28/09/2026
Ada insan yang pergi, namun kebaikan dan jasanya kekal hidup dalam ingatan.
Hari ini, negara kehilangan seorang wanita yang cukup dihormati dan disayangi. Sosok yang dikenang bukan hanya kerana kedudukannya, tetapi kerana kelembutan, kesederhanaan dan khidmatnya kepada masyarakat.
Salam takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.
Semoga setiap kebaikan yang pernah ditaburkan menjadi amal yang berpanjangan, dan semoga Allah SWT menempatkan rohnya dalam kalangan insan yang beriman dan dikasihi-Nya.
Perginya seorang insan, tinggallah sebuah keteladanan.
Al-Fatihah.
Ikhlas Daripada JKP MPAJ Zon 15