Sakinah Yusoff

Sakinah Yusoff

Share

Ahli Majlis MPAJ & Ketua JKP MPAJ Zon 15

23/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Aidilfitri ๐ŸŒ™โœจ

Di kesempatan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga yang dikasihi.

Semoga Syawal yang tiba membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan keberkatan buat kita semua. Setelah sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga serta mendidik hati dan jiwa, semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT dan menjadi bekalan yang berharga dalam kehidupan kita.

Hari Raya bukan sekadar perayaan, tetapi juga waktu untuk kita mempereratkan silaturahim, saling bermaafan dan menyatukan hati yang mungkin pernah terpisah. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga kasih sayang dan semangat kebersamaan terus subur dalam komuniti kita.

Terima kasih kepada semua penduduk dan komuniti setempat yang sentiasa memberi kerjasama, sokongan dan semangat dalam setiap program dan usaha yang dijalankan. Keharmonian yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada keprihatinan dan kesatuan kita bersama.

Akhir kata, semoga Hari Raya ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan kesederhanaan bersama insan tersayang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ๐ŸŒ™๐Ÿ’›

Ikhlas daripada

SAKINAH YUSOFF
Ahli Majlis MPAJ Zon 15
Pengerusi JKP Zon 15

17/02/2026

Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikannya. Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, dan kemakmuran berpanjangan buat anda sekeluarga.

Semoga tahun baharu ini membuka lebih banyak peluang, menguatkan hubungan sesama kita, dan membawa kejayaan dalam setiap usaha yang dilakukan.

Gong Xi Fa Cai & Xin Nian Kuai Le,
SAKINAH YUSOFF
Ahli Majlis MPAJ Zon 15 & Setiausaha Wanita AMANAH Selangor

Photos from Sakinah Yusoff's post 10/02/2026

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat
dalam menjayakan program Trash To Cash. Tidak lupa juga tahniah diucapkan kepada semua warga penduduk yang datang seawal pagi untuk sama memeriahkan lagi program ini.

Dengan adanya program Trash To Cash, kita dapat melihat bagaimana ia membawa kesedaran serta kesan positif kepada masyarakat untuk lebih menyayangi alam sekitar. Bukan sekadar mengumpul barangan kitar semula, tetapi juga memupuk sikap bertanggungjawab, kerjasama komuniti, dan keprihatinan terhadap kelestarian alam untuk generasi akan datang.

Photos from Sakinah Yusoff's post 07/02/2026

C for COMBI ๐Ÿ˜‰

JKP15 hantar enam (6) orang peserta ke Bengkel Kepimpinan Communication For Behavioral Impact (COMBI) kepada Ahli Majlis dan Komuniti hari ini di Hotel Flamingo.

Nampaknya semua dah bersemangat nak buat pelbagai aktiviti bawah COMBI. Tahun lepas JKP15 berjaya tubuhkan enam (6) pertubuhan COMBI dalam kawasan bersempena Riuh Pandan Merdeka dan Sambutan Hari Cuci Malaysia peringkat MPAJ.

Photos from Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi's post 20/01/2026

Terima kasih Jabatan Belia, Masyarakat dan Landskap MPAJ yang menganjurkan Majlis Apresiasi Ahli Majlis bagi penggal 2024-2025.

Photos from Sakinah Yusoff's post 03/01/2026

Tahniah dan syabas buat semua Ahli-ahli Majlis MPAJ yang telah mengangkat sumpah semalam. Moga lembaran 2026-2027 ini memberi seribu makna sebagai pentas pembelajaran dan khidmat. ๐Ÿ’

Photos from Sakinah Yusoff's post 22/12/2025

Program ini bukan sekadar satu proses berkhatan, tetapi satu pengalaman yang penuh dengan nilai keberanian, kasih sayang dan kebersamaan. Melihat adik-adik melalui detik ini dengan berani, ditemani doa serta sokongan penuh daripada ibu bapa dan penjaga, benar-benar menyentuh hati kami semua.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak masjid sudi bekerjasama bersama kami, ibu bapa yang telah memberi kepercayaan, kepada para petugas perubatan, sukarelawan, urus setia serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Setiap senyuman, setiap usaha dan setiap pengorbanan amatlah bermakna.

Semoga usaha kecil ini memberi manfaat besar kepada masyarakat, menjadi kenangan manis buat adik-adik yang terlibat, dan menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua yang menyumbang tenaga, masa dan sokongan. Insya-Allah, kebersamaan seperti inilah yang akan terus menguatkan hubungan sesama kita

Photos from Sakinah Yusoff's post 12/12/2025

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐Œ ๐’๐Œ๐€๐‘๐“ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐Š๐† ๐๐€๐๐ƒ๐€๐

Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan Dalam dengan penuh teruja menjemput semua anak kariah berumur 7-15 tahun untuk menyertai Kem Smart Solat Kg Pandan 2025 yang akan diadakan pada :

๐Ÿ“† ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐Ÿ๐Ÿ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

โŒ›๏ธ ๐‡๐š๐ซ๐ข : ๐€๐ก๐š๐

โฐ ๐Œ๐š๐ฌ๐š : ๐Ÿ•:๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข โ€“ ๐Ÿ“:๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 

๐Ÿ“ ๐Œ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐‡๐ข๐๐š๐ฒ๐š๐ก, ๐Š๐  ๐๐š๐ง๐๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ

๐Ÿ’ฐYuran Penyertaan hanya RM10.

๐ŸŽฏ Apa yang menanti peserta?
โ€ข Aktiviti pembelajaran solat yang interaktif
โ€ข Modul ceria & penuh motivasi
โ€ข Bimbingan dari tenaga pengajar berpengalaman
โ€ข Suasana mesra, selamat dan sangat menyeronokkan!

๐Ÿ”ฅ Jangan lepaskan peluang! Ayuh daftarkan anak-anak anda. Sebarang urusan pendaftaran boleh hubungi Ust Adib Farhan di talian 019-6156259.

Link pendaftaran :
https://tinyurl.comKemSmartSolatMNH

๐Ÿ’™ Sebarang sumbangan boleh dibuat ke akaun Masjid Nurul Hidayah 14032010005999 Bank Islam.

11/12/2025

Daulat Tuanku
Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj,
Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku dengan penuh keberkatan, kurniaan kesihatan yang berpanjangan, serta memakmurkan negeri Selangor di bawah pemerintahan Tuanku.

Menjunjung kasih Tuanku.
Daulat Tuanku.

03/12/2025

Program Sunathon Masjid Nurul Hidayah kini kembali!
Jom daftarkan anak-anak anda untuk pengalaman berkhatan yang selesa, ceria & penuh aktiviti bermanfaat!

๐Ÿ“ Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan Dalam
๐Ÿ—“ 20 Disember 2025 (Sabtu)
โฐ 7.30 pagi โ€“ 1.00 tengah hari
๐Ÿ‘ฆ Terbuka untuk kanak-kanak
umur 6 โ€“ 12 tahun

๐ŸŽ‰ Aktiviti Menarik Menanti Peserta!
๐Ÿฆ Booth Ice Cream
๐Ÿคก Clown Show
๐Ÿš’ Mandi Air Bomba
๐ŸŽ Cenderahati eksklusif

๐Ÿ’ธ Yuran Penyertaan
๐Ÿ”– RM130 sahaja
โญ Harga istimewa RM100 untuk 20 peserta terawal
๐ŸŽ— Percuma untuk peserta Asnaf yang berdaftar Zakat selangor
๐Ÿ“Œ Terhad kepada 50 peserta sahaja!

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan & pendaftaran:
WhatsApp Pejabat Masjid: 011-59455354
Firdaus: 018-310 0487

๐Ÿ“„ Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Masjid

Daftar segera sebelum tempat penuh!
Beri pengalaman berkhatan yang meriah & penuh kenangan kepada anak-anak anda !

Want your business to be the top-listed Government Service in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jalan Cempaka 14a, Taman Cempaka
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 10:00 - 15:00
Tuesday 10:00 - 15:00
Wednesday 10:00 - 15:00
Thursday 10:00 - 15:00
Friday 10:00 - 15:00