25/03/2026
π’ JUALAN EHSAN RAHMAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa Program Jualan Ehsan Rahmah Madani akan diadakan seperti ketetapan berikut:
π Tempat: Dewan Komuniti Lembah Jaya Selatan (Bersebelahan Masjid Al-Aman)
π
Tarikh: 27 Mac 2026 (Jumaat)
β° Masa: 9.00 pagi β 12.00 tengah hari
Pelbagai barangan keperluan asas akan dijual pada harga istimewa yang lebih murah daripada harga pasaran bagi membantu meringankan kos sara hidup penduduk.
β οΈ Sila bawa kad pengenalan (IC) semasa pembelian.
Semua penduduk Kg. Lembah Jaya Selatan dan kampung rangkaian dijemput hadir untuk memanfaatkan program ini.
Terima kasih.
JPKK Kg. Lembah Jaya Selatan
20/02/2026
Hadir menunaikan solat tarawih bersama penduduk di Surau Al - Fikriah di Flat Taman Industri Lembah Jaya.
18/02/2026
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua.
Mari kita sama-sama mensyukuri nikmat iman dan Islam yang masih kita miliki dan jadikan bulan ini sebagai bukti ketaatan sejati kita kepada Allah SWT & Semoga kita keluar dari bulan ini dengan semangat yang baru untuk menjadi insan yang lebih dan bermanfaat kepada orang lain.
*Marhaban Ya Ramadhan*
10/02/2026
ποΈβ¨ Majlis Apresiasi Ketua Kampung / Pengerusi JPKK Kampung Tradisi Negeri Selangor β¨ποΈ
π 8 Februari 2026 | Ahad
π 6.00 petang β 11.00 malam
π IDCC Ideal Convention Centre, Shah Alam
Majlis Apresiasi Ketua Kampung / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tradisi Negeri Selangor sesi 2024β2025 telah berlangsung dengan penuh istiadat sebagai simbol penghargaan terhadap jasa dan sumbangan kepimpinan akar umbi dalam pembangunan komuniti setempat.
Majlis disempurnakan oleh YAB Datoβ Seri Amirudin bin Shari, Datoβ Menteri Besar Selangor. Turut hadir YBhg. Datuk Rizam bin Haji Ismail, Exco Kemajuan Desa dan Luar Bandar Negeri Selangor. Turut hadir
TS. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang mencerminkan sokongan berterusan kepimpinan negeri dan pihak berkuasa tempatan terhadap pengukuhan institusi kampung tradisi.
Pelbagai pengisian bermakna telah berlangsung sepanjang majlis termasuk penyampaian anugerah penghargaan, anugerah khas serta watikah pelantikan Ketua Kampung sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen mereka dalam memajukan komuniti.
06/02/2026
Assalammualaikum, Salam Sejahtera & Salam Sejati Madani.
Alhamdulillah selesai Majlis Tahlil & Sesi Ramah Mesra yang telah diadakan pada 5hb Feb 2026 ( Khamis ) di Dewan Komuniti Lembah Jaya Selatan.
Tahniah di ucapkan kepada Encik Roshaizad Bin Ahmad atas perlantikan beliau sebagai Pengerusi / Ketua Kampung Lembah Jaya Selatan yang baru bagi Tahun 2026 / 2027. Selamat menjalankan tugas dan semoga Kampung Lembah Jaya Selatan terus aman & makmur di bawah pimpinan beliau.
02/10/2025
1 October 2025
*Sesi Pemantauan program Sejati Madani Daerah Hulu Langat Bagi Tahun 2024/2025*
Pemantauan Projek Tanaman Cendawan Tiram Sejati Madani JPKK Lembah Jaya Selatan telah pun selesai dilaksanakan oleh Unit Pembangunan Masyarakat, Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat bersama dengan Penghulu Mukim Ampang 1.
17/09/2025
Program Tanaman Cendawan Tiram dibawah Pengurusan JPKK Lembah Jaya Selatan telah pun beroperasi sepenuhnya sejak awal Julai 2025.
Kepada yang ingin mendapatkan hasil cendawan Tiram segar dari kebun JPKK Lembah Jaya Selatan , boleh contact bahagian pengurusan kami di www.wasap.my/60173591518/cendawanjpkklejas @ www.wasap.my/601151632003/cendawanjpkklejas
Atau boleh walk in ke Dewan Komuniti Lembah Jaya Selatan bersebelah Masjid Al - Aman.
06/09/2025
*π JUALAN EHSAN RAHMAH (JER) Anjuran JPKK Kg Dato M***i Shuib*
π *β
Terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA sahaja*
β
Sila bawa Kad Pengenalan untuk tujuan pengesahan
ποΈ *Tarikh:* 7 September 25 (Ahad)
β° *Masa:* 9 pagi - 12.00 tengah hari
π *Lokasi:* Kebun Komuniti KDMS, Kg. Dato' M***i shuib, Ampang, Selangor
https://maps.app.goo.gl/e8muESfQkSDRFUbY9
https://waze.com/ul/hw283uh6gc
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan *12 produk utama* pada *harga yang sangat berpatutan!*
Mari hadir beramai-ramai dan manfaatkan Jualan Ehsan Rahmah ini.