Maahad Integrasi Tahfiz Selangor - MITS Pandan Indah

Maahad Integrasi Tahfiz Selangor - MITS Pandan Indah

Share

Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Pandan Indah, Hulu Langat Selangor

Photos from Maahad Integrasi Tahfiz Selangor - MITS Pandan Indah's post 12/05/2026

Alhamdulillah,

Syabas & Tahniah diucapkan kepada NurFatimah Binti Ahmad Ashrif kerana berjaya memperolehi Tempat Ke-3๐Ÿฅ‰ bagi Acara Kategori 1-20Juz Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Daerah Hulu Langat 1447H

Terima kasih kpd barisan Pentadbir, guru-guru serta Ibubapa atas doa, bimbingan dan sokongan yg diberikan.

Semoga anak-anak MITSPI terus cemerlang bersama Al-Quran yg dibawa.

Terima Kasih.

Photos from Maahad Integrasi Tahfiz Selangor - MITS Pandan Indah's post 12/05/2026

Alhamdulillah, tirai Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Negeri Selangor akhirnya melabuhkan tirai dengan penuh kenangan, semangat ukhuwwah dan pengalaman yang sangat bermakna. ๐ŸŒŸ

Pencapaian MITSPI dalam acara KAMIL NEGERI adalah seperti berikut :-

*ACARA INDIVIDU*

1. Musabaqah Al-quran 1-20 (L)
Johan : Muhamad Afnan Qays Bin Ayub

2. Musabaqah Al-Quran 1-10 (P)
Naib Johan : Hannan Assyifa' Binti Mohd Fadzil

3. Musabaqah Al-Quran 1-30 juz (L)
Tempat ketiga: Waseem bin Hashrul Niezam

4. Musabaqah Al-Quran 1-30 juz (P)
Tempat ketiga: Nurfatimah binti Ahmad Asyrif

5. Hafazan LMA
Tempat ketiga : Muhammad Nasruldin Nizar bin Mohd Nizar

6. Hafazan PMA
Naib Johan : Nuraqeelah Husna binti Abdul Azhar

7. Hafazan PMR
Naib Johan : Anum Sofiyyah binti Aidil Shahriman

8. Syarahan BI (LMR)
Naib Johan : Khalish Naufal bin Hardi

*ACARA BERKUMPULAN*

1. Kalam Jamaie (P)
Naib Johan

*KEDUDUKAN ke-4 ATAU ke-5*
1. Nasyid L : ke-4
2. Musabaqah Al-quran 1-10 (L) : ke-4
3. Musabaqah Al-quran 1-20 (P) : ke-4
4. Syarahan BA -MA (P) : Ke-5
5. Khutbah MA : Ke-5

Terima kasih juga atas segala sokongan yang diberikan. โœจ

Tahniah kepada semua peserta, guru pembimbing dan pihak urus setia yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga segala ilmu, bakat dan pengalaman yang diperoleh menjadi asbab kejayaan dunia dan akhirat. ๐Ÿคฒโœจ

Jumpa lagi di pentas KAMIL yang akan datang! ๐Ÿ’š



Photos from Maahad Integrasi Tahfiz Selangor - MITS Pandan Indah's post 06/05/2026

๐Œ๐”๐‘๐ˆ๐ƒ ๐Œ๐ˆ๐“๐’ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐Œ๐„๐๐€๐Œ๐€๐“๐Š๐€๐ ๐‡๐€๐…๐€๐™๐€๐ ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐‰๐”๐™๐”๐Š ๐€๐‹ ๐๐”๐‘๐€๐.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid yang telah berjaya Khatam Hafazan 30 juzuk.

Semoga Allah mudahkan urusan mereka untuk proses mengingati Al Quran dan sentiasa istiqomah menjaga kalamullah hingga akhir hayat, InsyaAllah.


10/04/2026

Majlis Penutupan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) 2026

๏ฟฝ New to streaming or looking to level up? Check out StreamYard and get $10 discount! ๏ฟฝ

03/04/2026

NASIHAT-NASIHAT UNTUK PARA HUFFAZ

Rasulullah SAW bersabda, โ€œPerumpamaan seorang mukmin yang membaca al-Quran ialah seperti limau manis, baunya wangi dan rasanya pun sedap. Seorang mukmin yang tidak membaca al-Quran ialah seumpama buah tamar walaupun tidak mempunyai bau namun rasanya manis. Seorang munafik yang membaca al-Quran ialah seumpama bunga Raihan yang baunya harum tapi rasanya pahit. Sementara seorang munafik yang tidak membaca al-Quran ialah seumpama buah Hanzalah (seperti buah tembikai susu yang kelihatan cantik) namun tidak mempunyai bau dan rasanya pun pahit.(muslim)

โ€œPerumpamaan seorang hafiz yang membaca Al-Quran dengan hafalannya bagaikan malaikat-malaikat yang menyampaikan wahyu. Keduanya setara dari segi kemuliaan.

Terdapat dua pahala untuk orang yang bukan hafiz yang membaca Al-Quran dengan tergagap-gagap, iaitu pahala membaca Al-Quran dan pahala susah payahnya.โ€

โ€œHafalan seorang hafiz bagaikan seekor unta yang terikat. Apabila pemiliknya menjaga untanya, ia dapat memegangnya. Apabila ia melepaskannya, unta itu pun akan malarikan diri.โ€

โ€œPerkataan โ€˜Aku terlupa ayat ituโ€™ adalah suatu perkara yang sangat buruk bagi seorang pemilik (hafiz) Al-Quran. Akan tetapi, seharusnya mengatakan, โ€œIa telah dibuat lupa.โ€

Mengatakan โ€˜aku lupa dengan ayat-ayat ituโ€™ hukumnya adalah makruh. Namun, mengatakan โ€˜aku telah dibuat lupa akan ayat-ayat ituโ€™ tidak menjadi masalah. Kerana, pada perkataan โ€˜aku lupaโ€™ terdapat makna acuh tidak acuh dan kelalaian terhadap ayat-ayat Al-Quran, sedangkan pada perkataan โ€˜telah dibuat lupaโ€™ tidak terdapat makna kelalaian tersebut.

Fudhail bin โ€˜Iyadh RH berkata, โ€œMakam (darjat) seorang hafiz menghalanginya dari kederhakaan terhadap Allah SWT. Bukankah demikian? Bagaimanakah seorang hafiz menderhakai Allah SWT, sedangkan setiap huruf dari Al-Quran berkata kepadanya, โ€˜Janganlah kau berbuat sesuatu yang bertentangan denganku demi kecintaanmu kepada Allah SWT!โ€™ Seorang hafiz seharusnya tidak bersenang-senang seperti orang-orang yang menyia-nyiakan waktunya, lebih berhati-hati daripada orang-orang muslim yang lain, dan tidak berkumpul dengan orang-orang yang lalai sehingga ikut menjadi lalai.

Photos from Maahad Integrasi Tahfiz Selangor - MITS Pandan Indah's post 01/04/2026

Alhamdulillah, Keputusan SPM 2025 akhirnya diumumkan hari ini ๐ŸŽ“โœจ

Segala usaha, doa dan pengorbanan kini terjawab. Tahniah kepada semua calon yang berjaya! Bagi yang kurang bernasib baik, ini bukan pengakhiran teruskan melangkah, masih banyak peluang menanti ๐Ÿ’ช

Terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan semua yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti โค๏ธ

Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada perjalanan yang lebih gemilang di masa hadapan ๐ŸŒŸ

Photos from Maahad Integrasi Tahfiz Selangor - MITS Pandan Indah's post 17/03/2026

Alhamdulillah, Majlis Penutup Ihyaโ€™ Ramadan telah melabuhkan tirainya dengan penuh keberkatan dan keinsafan ๐ŸŒ™

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua para penginfaq serta pihak yang telah menjayakan pelbagai program sepanjang Ihyaโ€™ Ramadan seperti ceramah, halaqah huffaz, tausiyah bersama Sahibus Samahah Datoโ€™ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir (M***i Selangor), iftar jamaie, qiamullail, solat tarawih dan banyak lagi.

Sesungguhnya setiap sumbangan, masa dan tenaga yang diberikan amat bermakna dalam menyemarakkan roh Ramadan serta menyuburkan kecintaan terhadap ibadah.

Semoga segala amal kebajikan diterima Allah SWT dan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran. Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang dalam keadaan lebih baik dan penuh keimanan ๐Ÿคฒ


Photos from Maahad Integrasi Tahfiz Selangor - MITS Pandan Indah's post 17/03/2026

Alhamdulillah, halaqah huffaz berjalan dengan penuh ketenangan dan keberkatan. Setiap ayat yang dilantunkan menjadi saksi usaha dan kesungguhan para huffaz dalam memelihara kalam Allah ๐Ÿค

Semoga istiqamah terus mekar dalam hati, dan al-Quran sentiasa menjadi panduan hidup dunia dan akhirat.

๐Ÿ“– Sabda Rasulullah SAW:
ยซุฎูŽูŠู’ุฑููƒูู…ู’ ู…ูŽู†ู’ ุชูŽุนูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ู‘ูŽู…ูŽู‡ูยป
(ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุจุฎุงุฑูŠ)

Terjemahan: Orang yang paling baik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.



Photos from Maahad Integrasi Tahfiz Selangor - MITS Pandan Indah's post 17/03/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Iftar Jamiโ€™e telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan kemesraan pada 14/3/2026 bersamaan 25 Ramadan 1447.

Terima kasih kepada semua ibu bapa, guru serta warga sekolah yang hadir dan memberikan komitmen padu demi kecemerlangan anak-anak kita ๐Ÿ’™

Semoga ukhwah yang terjalin terus erat dan segala usaha kita diberkati serta dipermudahkan.

โœจ Pantun istimewa:
Pergi ke taman memetik melati,
Singgah sebentar di tepi perigi;
Mesyuarat selesai eratkan hati,
Iftar bersama tambah harmoni.

Want your business to be the top-listed Government Service in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Ampang
68000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 16:30