JKP MPAJ ZON 12

JKP MPAJ ZON 12

Share

Pejabat Ahli Majlis MPAJ, JKP Zon 12

Photos from JKP MPAJ ZON 12's post 13/01/2025

Tahun baru aduan baru! Seperti biasa permulaan tahun 2025 ini saya bersama tim JKP Zon 12 meronda seluruh pelusuk kawasan Zon 12 untuk mengenal pasti aduan-aduan baru awal bulan ini.

Terima kasih kepada KRT Taman Halaman dan Persatuan Penduduk Taman Dagang Jaya yang setia dan komited menjalankan amanah bersama-sama saya. InsyaAllah 2025 ini akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.

ZON 12, Cara Kita, Milik Kita!



Photos from JKP MPAJ ZON 12's post 27/12/2024

๐—ž๐—”๐—— ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—™๐—œ๐—ค ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—ž๐—œ๐—™๐—Ÿ๐—œ
๐—”๐—›๐—Ÿ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐— ๐—ฃ๐—”๐— ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

Alhamdulillah syukur Tahun 2024 akan melabuhkan tirai lagi beberapa hari.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datoโ€™ Seri Amirudin Shari Datoโ€™ Menteri Besar Selangor dan YB Syed Ahmad @ Altimet selaku Ketua Cabang Ampang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya atas peluang yang diberikan sekali lagi kepada saya untuk berkhidmat sebagai Ahli Majlis MPAJ untuk sesi 2024.

Buat warga Zon 12 khususnya KRT dan Persatuan Penduduk, saya dengan rendah diri dan penuh takzim mempersembahkan kad laporan saya sebagai Ahli Majlis MPAJ untuk penggal 2024 ini. Terima kasih atas komitmen dan kerjasama daripada semua pihak. Usah biarkan anasir luar yang tidak bertanggungjawab menganggu ukhwah yang telah dibina utuh di Zon 12.

Saya akan terus berkhidmat mewakili anda, insya-Allah.

Zon 12, Cara Kita, Milik Kita! ๐Ÿซถ๐Ÿป

-๐Ÿ†‚๐Ÿ†ˆ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ…ต๐Ÿ…ธ๐Ÿ†€ ๐Ÿ†‰๐Ÿ†„๐Ÿ…ป๐Ÿ…บ๐Ÿ…ธ๐Ÿ…ต๐Ÿ…ป๐Ÿ…ธ-

#๐Ÿ…ฐ๐Ÿ…ผ๐Ÿ†‚๐Ÿ†‰
#๐Ÿ…ฟ๐Ÿ…พ๐Ÿ…ป๐Ÿ…ธ๐Ÿ†ƒ๐Ÿ…ธ๐Ÿ…บโ“šโ“—โ“˜โ““โ“œโ“โ“ฃ๐Ÿ†๐Ÿ…ฐ๐Ÿ…บ๐Ÿ†ˆ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ†ƒ

Photos from JKP MPAJ ZON 12's post 21/11/2024

20hb November 2024. Jalan Watan 29.

Syukur Alhamdulillah hampir setahun saya memohon dan berusaha untuk mendapatkan turapan di jalan Watan 29 yang selama ini tidak mendapat perhatian oleh penyandang terdahulu. Terima kasih Kerajaan Madani & Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi kerana meluluskan permohonan sy.

Enjoy your new road Watanians! Jaga jalan kita sebaik mungkin.




Photos from JKP MPAJ ZON 12's post 31/10/2024

Malam semalam saya dan YB Syed Ahmad Altimet dijemput ke Bazar Deepavali Ampang anjuran NGO Persatuan Ceria dan Kesejahteraan Masyarakat dengan kerjasama JKP Zon 12. Majlis dturut dirasmikan oleh YB Syed Ahmad.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Mr. Ragunathan kerana menganjurkan Bazar Deepavali ini dengan berjaya. Initiatif ini membantu para peniaga menjana ekonomi mereka menjelang perayaan Pesta Cahaya ini.

JKP Zon 12 mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Cahaya 2024. Semoga festival cahaya ini membawa kebahagiaan, kedamaian, dan kemakmuran kepada anda dan keluarga. Yang mana balik kampung tu hati-hari di jalan raya ya!

Deepavali Nan Vathukalโค๏ธ



20/07/2024

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 20 Julai 2024 bersamaan 14 Muharam 1446H.

Sembah takzim daripada seluruh warga JKP ZON 12.



27/05/2024

โœ’๏ธ SYABAS & TAHNIAH PELAJAR SPM 2023

Syabas dan tahniah kepada semua pelajar SPM 2023 yang menerima keputusan pada hari ini terutama di kawasan Dun Lembah Jaya.

Semoga keputusan yang diperolehi mendapat keberkatan Allah Taala.

Apa juga keputusan yang diperolehi, ia bukanlah suatu penamat tapi hakikatnya perjalanan baru bermula.

Teruskan perjuangan & Selamat Maju Jaya!



11/03/2024

Ramadan adalah bulan yang penuh berkat, rahmat, dan ampunan. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah dan upaya kita untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Selamat menjalankan ibadah puasa kepada seluruh warga Ampang & Lembah Jaya khususnyaโค๏ธ


Photos from JKP MPAJ ZON 12's post 10/03/2024

Settle Program Gunting Rambut percuma anjuran JKP Zon 12 dengan kerjasama Kelab Sukan Kebajikan dan Kebudayaan (KESUKE) Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi.

Terima kasih kepada warga Zon 12 yang datang memeriahkan majlis ini. Terima kasih juga kepada YB Syed Ahmad Syed Ahmad Altimet & Pengarah Perlesenan MPAJ Puan Marlina yang turut hadir ke majlis ini. InsyaAllah JKP Zon 12 akan komited mengadakan program-program rakyat sebegini.


06/03/2024

*Program Potong Rambut Percuma 2024 @ Back To School*
Anjuran JKP MPAJ Zon 12 bersama Kelab Sukan Kebajikan dan Kebudayaan (KESUKE) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)

๐Ÿ—“ 9th Mac 2024 (Sabtu)
โฐ 11.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari
๐Ÿ“ Lokasi : Dewan Taman Sri Watan
https://maps.app.goo.gl/UUdpXQPPfnQxNM9YA?g_st=ic

*Terhad kepada 60 orang pelajar sahaja
*First Come First Serve Basis

Jangan lepaskan peluang ini!

Photos from JKP MPAJ ZON 12's post 04/03/2024

Semalam telah berlangsung Program Sambutan Chinese New Year / Tahun Baru Cina 2024 yang diadakan di Dewan SRJK (C) Kampung Baru Ampang.

Turut hadir pada program ni YB Hajah Rodziah Ismail Rodziah Ismail(Ahli Parlimen Ampang), YB Syed Ahmad Syed Ahmad Altimet (ADN Lembah Jaya), YB Mohd Kamri Kamaruddin (Timbalan Speaker & ADN Bukit Antarabangsa), Tuan Nazruel Ekram Bin Abu Saare (Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya), Ahli-Ahli Majlis Dun Lembah Jaya & Dun Bukit Antarabangsa, Pegawai-Pegawai Polis, Pegawai-Pegawai Bomba & orang ramai yang dijemput hadir.

Sambutan Tahun Baru Cina 2024 kali ini sangat meriah dengan pelbagai persembahan & juadah yang disediakan. Memang best. Sekali lagi saya ingin ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2024.

Gong Xii Fatt Chaii๐Ÿ™


Want your business to be the top-listed Government Service in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Taman Watan
Ampang
68000