Kuarters BSPT Ampang Jaya

Kuarters BSPT Ampang Jaya

Share

Komuniti Sejahtera Komitmen Kami

07/04/2023

GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT IPD AMPANG JAYA.

07 April 2023 ( Jumaat )

Pada pagi ini satu aktiviti gotong royong telah dijalankan di Kuarters Kakitangan Polis Trafik Ampang Jaya.

Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengekalkan kebersihan dan keceriaan di sekitar kawasan kediaman penduduk bagi melahirkan suasana yang sihat.Selain itu ia turut memupuk semangat kejiranan dan kerjasama dikalangan anggota yang tinggal di kuarters ini.

Photos from Kuarters BSPT Ampang Jaya's post 21/03/2023

MESYUARAT AGONG PERSATUAN PENDUDUK KUATERS TRAFIK AMPANG JAYA BAGI SESI TAHUN 2023 - 2024

AMPANG JAYA,21 MAC 2023
Telah berlansungnya Mesyuarat Agong Persatuan Penduduk Kuarters Trafik Ampang Jaya bagi kali yang Ke-3 untuk tahun 2023 - 2024 di Bilik Mesyuarat Bunga Raya Balai Polis BSPT Ampang Jaya pada pagi tadi.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Penasihat Persatuan Penduduk Kuaters Trafik Ampang Jaya iaitu ASP Mani Segaran A/L Ramalinggam diikuti dengan ucapan kata-kata aluan seterusnya merasmikan pembubaran Ahli Jawatankuasa Persatuan bagi Tahun 2021/2022 dan merasmikan perlantikan Ahli Jawatankuasa Persatuan yang baru bagi sesi 2023/2024.

Majlis berlansung dengan jayanya dan Penasihat Persatuan Penduduk turut menyampaikan amanat dan nasihat kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik supaya menguruskan Persatuan Penduduk dengan berhemah dan teratur.

Photos from Kuarters BSPT Ampang Jaya's post 10/03/2023

GOTONG ROYONG PERANGI AEDES KUARTERS KAKITANGAN TRAFIK BSPT PERINGKAT IPD AMPANG JAYA

10/03/2023 (Jumaat)

Pada pagi tadi warga kuarters BSPT telah mengadakan program gotong-royong perangi Aedes kuarters Kakitangan Polis Trafik BSPT peringkat IPD Ampang Jaya.

Matlamat program gotong royong mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat di sekitar kawasan Kuarters Trafik BSPT IPD Ampang Jaya.

Antara gotong royong yang diadakan membuang takungan-takungan air, membersihkan saluran air dan longkang bagi mengelakkan nyamuk Aedes membiak.

Selain itu program ini memupuk semangat kerjasama dalam menjalankan sesuatu aktiviti.
Gotong-royong ini berjalan dengan lancar dan telah mencapai objektif yang ditetapkan disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta memupuk kerjasama erat diantara warga Kuarters BSPT IPD Ampang Jaya.

Photos from Kuarters BSPT Ampang Jaya's post 09/03/2023

PROGRAM CUTI SEKOLAH KUARTERS KAKITANGAN TRAFIK ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK KUARTERS TRAFIK.
Tarikh: 08/03/2023
Hari:Rabu
Masa: 0900Hrs hingga selesai
Tempat: Kuarters Kakitangan Trafik Ipd

-meraikan anak-anak penduduk bagi mengisi masa terluang dengan bermain bersama rakan sebaya
-mengadakan majlis hari jadi anak penduduk

Photos from Kuarters BSPT Ampang Jaya's post 09/03/2023

PERTANDINGAN ANUGERAH PENGURUSAN PERUMAHAN TERBAIK PDRM TAHUN 2022 PERINGKAT PUSAT KATEGORI 'C' SEMPENA SAMBUTAN HARI POLIS KE-216 TAHUN 2023

Tarikh: 07/03/2023
Hari: Selasa
Masa: 1000 Hrs hingga selesai
Tempat: Kuarters Kakitangan Trafik Ipd Ampang Jaya.

➡️Kehadiran Panel Penilai:
▪️YDH Supt. Azamuddin Bin Ahmad @ Abu, Penolong Pengarah (Pengurusan Kepolisan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman - Pengerusi Panel Penilai
▪️YDH DSP Nooraffendi Bin Mohamad Noor, Pegawai Turus Kepolisan Am Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman - Panel 1
▪️ASP Nor Fadhilah Hani Binti Abu Bakar, D13 Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman - Panel 2
▪️Insp Pravin A/L Sasidharan, Pendataan Jenayah, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman - Setiausaha

➡️ Kuarters Kakitangan Trafik IPD Ampang Jaya telah menjadi Johan Perumahan Terbaik Peringkat Kontijen Selangor dan seterusnya terpilih ke pertandingan Perumahan Terbaik Peringkat Pusat yang telah diadakan pada 07hb Mei 2023.
➡️Objektif Program:-
➖ Pertandingan ini bertujuan memupuk nilai-nilai murni bagi membentuk disiplin yang tinggi dalam memastikan kawasan kuarters sentiasa dalam keadaan bersih, terjaga dan ceria
➖ Menjalin hubungan mesra dengan masyarakat setempat dalam usaha mengeratkan kerjasama dalam menjayakan setiap program anjuran PDRM selaras dengan slogan Polis Dan Masyarakat, Berpisah Tiada.

Want your business to be the top-listed Government Service in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuarters Kakitangan Polis Trafik
Ampang
56100