PAS Taman Rasmi Jaya, Ampang

Directions

PAS Taman Rasmi Jaya, Ampang Pas Cawangan Taman Rasmi Jaya, Ampang Selangor

09/10/2026
16/09/2026

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa Malaysia dibina atas semangat kebersamaan, kepelbagaian dan kesatuan rakyat dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak.

Kita mungkin berbeza latar belakang, budaya, bahasa dan negeri, namun kita berkongsi satu tanah air dan satu tanggungjawab untuk memelihara keamanan, kedaulatan serta keharmonian negara.

Islam mengajar kita agar berlaku adil, menjaga amanah dan menghormati hak sesama manusia. Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang yang sentiasa menegakkan keadilan kerana Allah.”
— Surah al-Ma’idah: 8

Marilah kita membina Malaysia yang lebih adil, amanah dan sejahtera; memperkukuh perpaduan rakyat serta memastikan pembangunan dapat dirasai oleh semua, termasuk masyarakat di luar bandar, Sabah dan Sarawak.

Malaysia milik kita bersama. Perpaduan adalah kekuatan, keadilan adalah asas, dan amanah adalah tanggungjawab.

Semoga Allah SWT terus memelihara negara kita, mengurniakan keamanan, keberkatan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia

YB Datuk Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
Pesuruhjaya PAS Perak@top fans

07/09/2026

Catatan Duha
Ketika senang, jangan sombong.Ketika susah, jangan berputus asa. Ketika diberi nikmat, jangan lupa Allah. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 25 Rabiul Awal 1448, 7 September 2026 Isnin. fans

06/09/2026

Ucapan Penangguhan TG Presiden PAS di Muktamar PAS di Putik, Kelantan.

06/09/2026
06/09/2026

Catatan Duha
Binalah ketika senang, suburilah dengan ibadah ketika lapang, kerana apabila ujian datang, kita akan mendapati Allah tidak pernah meninggalkan kita. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 23 Rabiul Awal 1448, 5 September 2026 Sabtu@top fans

NAK ANAK SERONOK BELAJAR, DALAM MASA YANG SAMA DEKAT DENGAN AL-QURAN & AKHLAK ISLAM?Pendaftaran PASTI ILMI Taman Uda Jay...
04/09/2026

NAK ANAK SERONOK BELAJAR, DALAM MASA YANG SAMA DEKAT DENGAN AL-QURAN & AKHLAK ISLAM?

Pendaftaran PASTI ILMI Taman Uda Jaya bagi sesi 2027 kini DIBUKA!

Untuk anak-anak 4, 5 & 6 tahun, pembelajaran bukan sekadar membaca dan mengira. Anak-anak turut dibimbing dengan Al-Quran, Hadith, Solat dan Akhlak dalam suasana yang ceria, selamat dan bermakna.

Lebih menarik, ada pelbagai aktiviti sepanjang tahun seperti Fun Run, Alam Ria, Projek Aulad, Lawatan, Souq Cilik, Sukaneka dan banyak lagi!

LOKASI BARU:
No. 6, Jalan Rasmi 10,
Taman Rasmi Jaya, 68000 Ampang.

Tempat adalah terhad. Daftar awal untuk sesi 2027!

Hubungi / WhatsApp Cikgu Azwa: 019-529 3293

PASTI ILMI Taman Uda Jaya
Di sini bermulanya langkah kecil menuju generasi hebat.

26/08/2026

Catatan Duha
Ya Allah, semaikan dalam hati kami cinta kepada Nabi Muhammad SAW, cinta yang tidak pernah luntur sepanjang zaman. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 13 Rabiul Awal 1448, 26 Ogos 2026 Rabu@top fans

22/08/2026

Catatan Duha
Jangan hanya mencari Allah ketika sedang susah.Dekatilah Allah ketika hidup sedang senang, kerana siapa yang menjaga hubungan dengan Allah ketika lapang, Allah akan menjaganya ketika sempit. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 8 Rabiul Awal 1448, 21 Ogos 2026 Jumaat . fans

18/08/2026

Catatan Duha
Dampingilah orang-orang yang soleh, kerana pergaulan yang baik akan melembutkan hati, menyuburkan iman dan mendorong kita untuk sentiasa melakukan amal kebaikan. Ustaz Hj Idris Hj Ahmad 4 Rabiul Awal 1448, 17 Ogos 2026 Isnin

Address

Taman Rasmi Jaya
Ampang
68000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Taman Rasmi Jaya, Ampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share