PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang

PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang

Share

Kami Menyokong Kepimpinan Ulamak

16/09/2024

Salam Maulidur Rasul.



Ramai yang mencintai Rasulullah SAW tanpa ilmu.

Kita berasa cukup dengan mengakui kerasulan baginda tanpa mengikut segala sunnah yang diajarkan.

Walhal kecintaan kepada Nabi itu adalah soal iman.

Baginda dilahirkan untuk menjadi qudwah seluruh manusia. Rahmat terbesar bagi seluruh alam.

Sempena Maulidur Rasul ini, marilah sama-sama kita kuatkan tekad untuk menegakkan sunnah Rasulullah SAW dari sekecil-kecil perkara sehingga kepada mendirikan negara Islam.

Banyakkan berselawat. Amalkan sunnah. Jangan berdusta atas nama baginda. Dan cintai Nabi melebihi diri kita sendiri.

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1446H.

31/07/2024

Kenyataan Media Presiden PAS

PAS MENGUTUK ISRAEL ATAS PEMBUNUHAN ISMAIL HANIYEH

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 20/07/2024

Alhamdulillah telah selamat berlangsung Majlis Ramah Mesra Bersama Pemuda DUN Lembah Jaya bagi PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang & Cawangan Bukit Sungai Putih) di sertakan dengan usrah bulan oleh Naqib tetap Ustaz Asmadi. Kehadiran anak muda memeriahkan suasana.
Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah Puan Wan Atiah & Wak Din di atas kesudian menjamu kami.


09/04/2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat-sahabat. Berhati-hati memandu bagi yang masih dalam perjalanan pulang ke kampung.



19/03/2024

Kami akan pertahankan.

Kami bersama PASTI, SRITI & SMITI

Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 11/03/2024

Selamat Kembali Ke Sekolah Sesi 2024/2025 buat adik-adik semua.
Selamat Menyambut Ramadan 1445/2024.



Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 10/03/2024

Aktiviti hari Ahad 10.03.24. Pasang signboard PAS Cawangan Lembah Jaya Utara. Terima kasih atas kehadiran Ketua Cawangan En Hisyam dan anak2 muda. Alhamdulillah signboard berjaya dinaikkan.


Photos from PAS Cawangan Lembah Jaya Utara, Ampang's post 08/03/2024

Alhamdulillah. Telah selesai Mesyuarat Agung Tahunan bagi Cawangan Lembah Jaya Utara dan Cawangan Bukit Sungai Putih.
Terima kasih kepada pemerhati dari PAS Ampang.
Mesyuarat kalini nampak lebih meriah dengan kehadiran ramai anak-anak muda yang akan menjadi pelapis bagi pimpinan.
Semoga semua yang hadir mesyuarat malam ini dan ahli-ahli PAS yang lain terus kekal istiqamah dalam perjuangan ini.



Want your business to be the top-listed Government Service in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Ampang
68000