Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang

Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang

Share

Laman Facebook Gabungan Ranting Keadilan Taman Sri Raya Ampang Selangor. Gabungan ini meliputi:
1. Ranting Taman Sri Raya (TSR)
2. Ranting TSR Evo
3.

Ranting TSR 5.5
4. Ranting TSR Jalan Besar

Photos from Kita Budak Ampang's post 26/03/2024
Photos from Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang's post 27/04/2023

Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang melalui Ketua Ranting, Saudara Noorudin bin Ibrahim telah menghulurkan sumbangan kepada golongan ibu yang telah menyertai majlis khatam al-Quran sempena Ramadan lalu.

Semoga kerjasama ini akan bukan sahaja menjadikan amalan dan pembudayaan bacaan al-Quran menjadi amalan hidup, tetapi juga mengeratkan hubungan sesama masyarakat.

Photos from Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang's post 27/04/2023

THROWBACK: Pada 9 April lalu, Keadilan Cabang Ampang telah menganjurkan Program Kari Ayam Mega Ampang Ramadan, bermula dari proses penyediaan, edaran dan juga majlis berbuka. Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang turut sama menyertai majlis ini.

Alhamdulillah, dalam suasana petang yang hujan, lebih kurang 200 peserta hadir termasuk tetamu jemputan dari rakan-rakan PH dan juga UMNO Bahagian Ampang.

Usai majlis, kami p**a menerima pelawaan dari UMNO Bahagian Ampang untuk majlis moreh ba'da terawih. Terima kasih kerana selain moreh, kami juga menerima buah tangan untuk di bawa p**ang.

Inilah hikmah suasana dan semangat Ramadan, penyatuan dan perpaduan sebenarnya mengeratkan tali persaudaraan dan mendekatkan jurang persahabatan untuk lebih akrab.

Photos from Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang's post 27/04/2023

Sebelum Ramadan menjelang tiba, Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang melalui Ketua Masyarakat yang juga Ketua Ranting Taman Sri Raya, Saudara Noorudin bin Ibrahim, dengan kerjasama Surau Taman Sri Raya, Ampang menganjurkan ceramah sempena Isra' dan Mikraj di Surau Taman Sri Raya Ampang.

Ceramah juga menarik, di mana penceramah jemputan banyak menggunakan pendekatan metafora yang menjadikan ceramahnya mudah difahami dan menarik.

Rasulullah S.A.W mengajar kita untuk hidup dengan perpaduan yang utuh dan tidak berpecah belah. Tindakan melaga-lagakan dan mengadu domba hanya akan menjadikan bukan sahaja masyarakat tidak bersatu padu, tetapi juga mengundang ketidak sefahaman dan perseteruan.

Semoga pengajaran dari peristiwa Isra dan Mikraj menjadikan kita sentiasa lebih menyayangi sesama insan dan bersatu hati ke arah masyarakat yang madani.

Photos from Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang's post 27/04/2023

THROWBACK: Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang telah memenuhi jemputan dari Persatuan Pencinta al-Quran Taman Sri Raya, Ampang di dalam Majlis Khatam al-Quran pada bulan Syaaban yang lepas.

Terima kasih kepada Saudara Altimet kerana sudi turut serta memeriahkan majlis pada pagi ini.

Al-Quran adalah petunjuk yang menjadi cahaya kepada umat Islam yang membaca, memahami dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Menghidupkan amalan membaca al-Quran sewajarnya disokong dan dijadikan amalan seharian, bukan sahaja kerana limpahan pahala bagi yang membacanya tetapi juga sebagai rujukan apatah lagi bagi kita sebagai umat akhir zaman.

Photos from Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang's post 27/04/2023

Sukan adalah aktiviti yang bermanfaat dan akan menjadi lebih efektif sekiranya mendapatkan sokongan daripada pimpinan setempat.

Sehubungan dengan itu, Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang tidak terkecuali dalam memberikan sokongan untuk anak muda supaya masa yang ada terisi dengan aktiviti yang berfaedah.

Terima kasih kepada Saudara Altimet yang sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan bola baling anjuran Kelab Bola Baling Bandar Baru Ampang dengan kerjasama Team Selangor, MPKK Tasik Tambahan Selatan dan JKP Zon 13.

Photos from Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang's post 27/04/2023

Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang melihat kemenangan sehingga tertubuhnya kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ingatan untuk terus memberikan sumbangan khidmat kepada masyarakat dengan lebih serius.

InsyaAllah, kami akan terus menjalankan khidmat dan sokongan kepada masyarakat agar sentiasa berada dalam suasana yang harmoni tetapi juga mengambil berat.

Semoga kerajaan perpaduan ini diberikan ruang dan peluang untuk terus berkhidmat dan menaikkan semula Malaysia sebagai Harimau Asia seperti suatu masa dahulu.

Photos from Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang's post 27/04/2023

THROWBACK: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Gabungan Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang telah sempat menziarahi sepasang suami isteri yang telah mengalami kemalangan di Bukit Langat pada November 2022.

Si suami yang jatuh ke gaung dalam kemalangan terbabit telah pun dibenarkan keluar, manakala isterinya masih ditahan dan perlu menjalani pembedahan untuk tangan kiri dan kaki kanannya yang patah.

Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan bebanan pihak keluarga dan semoga Allah permudahkan segala urusan mereka.

Photos from Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang's post 27/04/2023

THROWBACK: Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang memperingati salah seorang pendokong dan juga ahli Keadilan iaitu Almarhum Tuan Haji Sayudin yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Jun 2022.

Almarhum merupakan salah seorang yang kuat menyokong kami sepanjang hayatnya. Almarhum rebah di Surau Taman Sri Raya, Ampang dan difahamkan berkait dengan serangan jantung.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fuanhu. Allahummaj'al qubruhu roudhotun min riyadhi al-jannah.

Takziah buat ahli keluarga Almarhum dan semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Photos from Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang's post 27/04/2023

THROWBACK: Salah satu kenangan Ramadan bagi pihak Gabungan Keadilan Ranting Taman Sri Raya Ampang ialah membantu Almarhum Pak Hamzah yang uzur dan tinggal bersendirian.

Atas inisiatif Saudara Shahrom Hassan, yang menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (Hulu Langat) selepas mendapat makluman mengenai Almarhum, pihak JKM berjaya mendapatkan tempat di salah satu rumah kebajikan di Kajang, Selangor.

Namun tidak lama kemudian, almarhum telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah kebajikan tersebut. Pihak rumah kebajikan memaklumkan semenjak almarhum di tempatkan di sana, almarhum kelihatan gembira dan banyak menghabiskan masanya di surau.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fuanhu. Allahummaj'al qubruhu roudhotun min riyadhi al-jannah.

Want your business to be the top-listed Government Service in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Taman Sri Raya
Ampang
68000