10/09/2023
Program Memasak Bubur Lambuk telah diadakan pada 9 Ogos yang lepas.
Murid-murid telah dibahagikan kumpulan dan diagihkan pada setiap stesen.
Terdapat stesen penyediaan bahan masakan, stesen memasak, stesen mengemas dan stesen pembungkusan.
Terima kasih diuacapkan kepada ibu bapa atas sumbangan barang masakan.
Hasil masakan diedarkan kepada setiap murid dan guru-guru.
10/09/2023
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Hulu Langat.
Tarikh : 20 Julai 2023
Tempat : SK Beranang
Seramai 9 orang murid telah terpilih untuk menyertai kejohanan ini.
2 orang murid telah mendapat tempat iaitu:
📍Noor Assmaisarah binti Mohd Gan- Tempat ke-6
📍Nur Azrina binti Suhaimi : Tempat ke-8
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang.
09/09/2023
Throwback
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah pada 14 Julai yang lalu.
Tahniah kepada semua murid yang terpilih untuk mengambil bahagian.
09/09/2023
Throwback
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah
pada 14 Julai 2023 yang lalu.
Tahniah kepada semua peserta yang terpilih untuk mengambil bahagian.
13/07/2023
| Pengenalan Trek Merentas Desa |
Pagi ini diadakan pengenalan trek merentas desa.
Lebih kurang 50 orang MBPK terlibat dengan pengenalan trek kali ini.
Semoga murid-murid lebih bersedia dengan pertandingan pada hari esok.
12/07/2023
Program Amalan Gaya Hidup Sihat.
✔️Tarikh : 12.07.2023 ( Rabu )
✔️Masa : 8.00 - 10.30 pagi
✔️Tempat : Sports Challenger Ampang
Program ini telah disertai seramai 27 orang MBPK. 2 gelang badminton telah ditaja sewaannya oleh Naib Yang diPertua PIBG SMK Taman Tasik.
Semua murid kelihatan gembira dengan aktiviti bermain badminton yang diadakan pada hari ini. Mereka semua teruja dan menunjukkan sikap kesukanan yang tinggi, tambahan dapat bermain di gelanggang yang sebenar.
Murid-murid juga dikejutkan dengan sumbangan hadiah di akhir program oleh En Siva dan juga En Kumar.
Warga PPKI sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan yang diberikan oleh En. Siva dan En.Kumar.
Jasa kalian amat kami hargai.
’Tasik d’hati♥️
11/07/2023
Telah berlangsung pertandingan tarian khas (PPKI & PDK) anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada,
☘️ Tarikh : 11.07.2023 (Selasa)
☘️ Tempat : Auditorium MPAJ Pandan Indah, Ampang.
Pertandingan ini telah disertai oleh Program Pendidikan Khas dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sekitar Ampang dan Gombak.
Berkat latihan berterusan selama lebih kurang 3 minggu, PPKI SMK Taman Tasik telah berjaya mendapat tempat ke-3. Peserta telah membawa pulang piala dan wang tunai bernilai RM500.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan dua orang guru pembimbing iaitu Cikgu Rupenee dan Cikgu Natrah.
’Tasik d’hati♥️
05/07/2023
Program ‘Aqua Kick’
Tarikh : 5 Julai 2023
Masa : 8.00 - 10.00 pagi
Tempat : Kolam Renang Hotel Grand Barakah Ampang
Seramai 27 orang MBPK telah mengikuti program ini.
Antara objektif program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan ‘water confident’ kepada MBPK.
MBPK juga diajar teknik asas renang oleh jurulatih renang yang berkelayakan yang juga merupakan guru PPKI iaitu Cikgu Mohd Salman.
Terima kasih atas sokongan ibu bapa.
22/06/2023
Telah berlangsung ujian SEGAK penggal 1 pada 21.6.2023.
Ujian telah diadakan di Dewan Ibnu Khaldun
22/06/2023
Program hari ini, Masak Apa Tu?
Murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa stesyen di bawah kelolaan beberapa orang guru.
Pelbagai stesen masakan yang ada seperti stesyen nasi goreng, jemput-jemput pisang, sardin gulung goreng, roti, donat, roti puri dan sambal sardin.
Murid-murid menikmati hidangan bersama-sama dan sesi mengemas selepas selesai aktiviti memasak.