28/05/2026
Ibadah Korban Tanda Kesyukuran
Rabu 27 Mei- Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini telah disambut dan diraikan dengan penuh penghayatan dan keinsafan oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS Kawasan Titiwangsa. Tahniah juga diucapkan kepada para tetamu Allah yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk melaksanakan ibadah Haji di Makkah Al-Mukarramah.
Seawal jam 8.00 pagi ahli-ahli telah berkumpul untuk solat sunat Aidil Adha secara berjamaah serta mendengar khutbah yang telah disampaikan oleh Ustaz Hj Abd Hadi Abd Halim selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Titiwangsa.
Sejurus selepas itu, acara pelaksanaan ibadah korban diteruskan secara bergotong-royong oleh para pimpinan dan para ahli meliputi ahli cawangan-cawangan serta Dewan Pemuda, Dewan Ulamak & Dewan Muslimat PAS Kawasan.
Kira-kira 3 ekor lembu dan 6 ekor kambing korban & akikah telah ditumbangkan pada kali ini. Semangat ukhuwah jelas terasa dan dirasakan ketika membuat kerja-kerja ini secara berjamaah di mana para muslimin bergotong royong menumbangkan binatang korban serta melapah dn memotong tulang, manakala para muslimat p**a ada yang membantu memotong dan membungkus daging serta memasak.
Yang DiPertua PAS Kawasan Titiwangsa, Ustaz Mohamad Suhaimi b Abd Aziz dalam perutusannya menyebut bahawa contoh ketaatan & pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam dalam melaksanakan perintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail Alaihissalam (yang kemudiannya digantikan oleh kibas) ialah merupakan kemuncak kecintaan seseorang hamba kepada Allah SWT. Allah SWT juga amat mengasihi dan mencintai hamba-hambaNya yang taat dan patuhnya kepadaNya.
Akhirnya beliau sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin serta muslimat khususnya dalam Kawasan Titiwangsa, serta didoakan kesejahteraan buat semua dan setiap amalan dan ibadah korban diterima sebagai amalan soleh disisi Allah SWT.
26/05/2026
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗔𝗗𝗛𝗔 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟲
Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H, saya mewakili seluruh saf kepimpinan PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya warga Wilayah Persekutuan.
Aidiladha bukan sekadar perayaan ibadah korban, bahkan merupakan simbol pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam melaksanakan perintah Allah SWT.
Semangat pengorbanan ini sewajarnya menjadi pedoman kepada seluruh umat Islam dalam memperkukuhkan ukhuwah, membantu golongan memerlukan serta meletakkan kepentingan agama dan ummah mengatasi kepentingan peribadi.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada suatu amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Nahar yang lebih dicintai Allah selain daripada mengalirkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah korban itu akan sampai kepada Allah sebelum ia jatuh ke bumi. Maka relakanlah hati kamu dengannya.”
*(Riwayat al-Tirmizi)*
Dalam suasana negara yang masih berhadapan dengan pelbagai cabaran ekonomi dan sosial, Aidiladha mengajar kita erti kebersamaan, kasih sayang dan keprihatinan terhadap masyarakat tanpa mengira latar belakang.
PAS Wilayah Persekutuan turut menyeru agar program ibadah korban dan sambutan Aidiladha dijadikan medan memperkukuhkan perpaduan masyarakat serta menyemarakkan budaya saling membantu dalam kalangan rakyat.
Semoga segala ibadah korban dan amal kebajikan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta membawa keberkatan kepada negara dan seluruh umat Islam.
“Korban Eratkan Ukhuwwah, Taqwa Diperkasa”
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026.
USTAZ HAJI AZHAR BIN YAHYA
Pesuruhjaya
PAS Wilayah Persekutuan
26/05/2026
Perutusan Hari Raya Aidiladha, 1447H/ 2026M
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
Pertama sekali, PAS Kawasan Titiwangsa ingin mengucapkan tahniah kepada para jemaah yang terpilih bagi menunaikan ibadah haji di Tanah Suci pada tahun ini. Kami mendoakan segala urusan buat para jemaah dimudahkan dan dikurniakan haji mabrur.
Manakala di Malaysia p**a, pastilah masyarakat muslim sibuk dengan perancangan aktiviti ibadah qurban di tempat masing-masing. Namun dalam kesibukan itu, diingatkan agar hendaklah kita mengisi masa dengan sebaik-baiknya dengan perbanyakkan doa terutamanya pada 9 Zulhijjah iaitu pada Hari Wukuf di Arafah.
Seterusnya marilah kita mengamalkan sunnah pada Hari Raya Aidiladha iaitu dengan memperbanyakkan takbir, tahlil serta tahmid dari 10 hingga 13 Zulhijjah.
Firman Allah SWT,
وَلِكُلِّ اُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِۗ فَاِلٰهُكُمْ اِلٰهٌ وَّاحِدٌ فَلَهٗٓ اَسْلِمُوْاۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِيْنَ ۙ
Dan bagi setiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (qurban), agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka berupa haiwan ternak. Maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan sampaikanlah (Muhammad) kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)
(Surah Al-Hajj : 34)
Kisah Nabi Ibrahim AS diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS, merupakan perintah yang amat berat untuk dilaksanakan sebagai seorang ayah. Namun Nabi Ibrahim AS tetap melaksanakannya dengan taat dan disampaikan dengan penuh hikmah kepada anaknya akan perintah Allah.
Nabi Ismail AS menunjukkan sikap yang sangat positif malah menyakinkan ayahnya untuk melaksanakan perintah Allah itu segera.
Saat melaksanakan perintah itu, Allah telah menggantikan Nabi Ismail AS dengan kibas untuk disembelih. Sungguh Allah Maha Mengetahui saat kesukaran yang dilalui.
Daripada kisah ini, pengorbanan dan ketaatan merupakan perkara paling kemuncak tanda kecintaan seorang hamba kepada Allah SWT.
Allah SWT amat mengasihi hamba-hambaNya yang taat dan patuh padaNya. Semoga kita juga termasuk dalam kalangan hamba Allah yang taat dan berserah diri kepada Allah SWT.
Akhir kata, PAS Kawasan Titiwangsa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya kepada masyarakat di kawasan Titiwangsa. Kami mendoakan kesejahteraan buat semua umat Islam dan juga didoakan semoga semua amalan serta ibadah qurban kita diterima di sisi Allah SWT.
Selamat Hari Raya Aidiladha & Selamat Mengerjakan Ibadah Qurban
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ وَجَعَلْنَا مِنَ الْعَآئِدِينَ وَالْفَآئِزِينَ
Semoga Allah menerima amalan kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan.
اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
USTAZ MOHD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Yang DiPertua PAS Kawasan Titiwangsa.
26 Mei 2026 | 9 Zulhijjah 1447H
18/05/2026
Hari Guru Disambut Meriah
Ahad 17 Mei- PAS Kawasan Titiwangsa telah mengadakan majlis Sambutan Hari Guru bertempat di Arena Skyview Kampung Baharu, Kuala Lumpur. Tujuan program ini diadakan ialah untuk menghargai jasa dan pengorbanan para guru & pendidik yang tidak jemu-jemu mendidik & mengajar anak-anak bangsa, samada ilmu akhirat mahupun ilmu dunia.
Dalam ucapan ringkasnya, Yang DiPertua PAS Kawasan Titiwangsa Ustaz Mohamad Suhaimi Abd Aziz telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua para guru samada di peringkat Sekolah Rendah Agama SRI Al Ummah mahupun di peringkat Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) di dalam parlimen Titiwangsa. Seterusnya beliau ada menyatakan hasrat untuk menubuhkan sebuah pusat tahfiz di sini jika ada rezeki dan diizinkan Allah SWT.
Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Faizal b Ibrahim.
Acara diserikan dengan persembahan pentas dari kump**an nasyid yang dijemput khas sebagai halwa telinga para hadirin, dan penyampaian Anugerah Idris Omar kepada Ustaz Nor Raihan Aziz, dan kepada wakil keluarga almarhum Hj Othman Ngah yang mula-mula mengasaskan Sekolah Rendah Agama SRI Al Ummah.
Selain itu penghargaan juga diberi guru-guru terpilih yang sedang berkhidmat.
Semoga majlis ini mencapai objektif dan hasrat PAS Kawasan Titiwangsa yang amat menitikberatkan bidang pendidikan. Insya Allah majlis yang baik ini akan terus dianjurkan pada masa akan datang, insya Allah.
16/05/2026
PAS Kawasan Titiwangsa mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.
'Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Ummah'
'Guru Bitara Nadi Negara'
01/05/2026
Ramai nampak bangunan…
Tapi tak ramai nampak siapa yang membinanya.
Ramai nikmati kemajuan…
Tapi tak semua hargai keringat di belakangnya.
Hari ini kita ingat.
Hari ini kita hargai.
Selamat Hari Pekerja! 💚
Ikhlas daripada PAS Kawasan Titiwangsa
16/04/2026
✨✨🎉🎉RUMAH TERBUKA AIDILFITRI P@AS WILAYAH PERSEKUTUAN🎉🎉✨✨
_Dengan kerjasama PAS Bandar Tun Razak_
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga Wilayah Persekutuan.
Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kami ingin menjemput seluruh warga Kuala Lumpur untuk menghadiri :
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
Rumah Terbuka tersebut akan diadakan pada :
Tarikh: 19 April 2026 (Ahad)
Masa: 12.00 tengahari hingga 3.00 petang
Tempat: Pusat Rukun Tetangga Taman Mewah, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
Lokasi: https://maps.app.goo.gl/HFE8CYvZf5xbqZNdA?g_st=ac
Pelbagai juadah akan disediakan :
✅ Mee dan sup daging
✅ Laksa Penang
✅Lontong
✅ Sate Kajang
✅Rendang daging & ayam
✅ Buah-buahan & kuih raya
✅ Nasi impit & kuah kacang
✅ Bihun, mee & kuey teow goreng
✅ Mee Bandung Muar
✅ Gulai kawah & nasi putih
✅ Lemang & ketupat
✅ Minuman sejuk & panas
Jom ramai-ramai memeriahkan suasana di rumah terbuka yang bakal diadakan nanti!
SEMUA DIJEMPUT HADIR