22/03/2026
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1447H/2026M Maaf Zahir Batin…
JPKK Persekutuan (Komuniti Desa Madani) Kampung Kemensah merupakan entiti menggerakkan komuniti setempat di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW).
YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri KKDW merangkap Timbalan Perdana Menteri.
22/03/2026
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1447H/2026M Maaf Zahir Batin…
16/03/2026
14 Mac 2026 | Sabtu | 10.00 pagi | Dewan Komuniti Kg Kemensah
Alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA pada tahun ini Kampung Kemensah menjadi tuan rumah bagi Majlis Santunan Kasih Aidil Fitri 1447H/2026M Asnaf & Anak Yatim di DUN Hulu Kelang anjuran UMNOBahagianGombak Bersama Yayasan Felcra Dan MSU.
Seramai 400 orang Asnaf & Anak Yatim dari DUN Hulu Kelang telah menerima Sumbangan Aidil Fitri.
Majlis telah disempurnakan oleh Ybhg Datuk Wira Megat Zulkarnain TanSri Omardin Ketua UMNO Bahagian Gombak merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan Setiausaha Politik Kanan Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir Ybhg Encik Ismail Ahmad, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Gombak merangkap Penyelaras BN DUN Hulu Kelang, Ybhg Prof Dato Dr Mohd Zainul Fithri mewakili MSU, Sdra Mohd Shaffie Omar Ketua Pemuda UMNO Gombak, Tuan Haji Roslan Mashud Setiausaha UMNO Bahagian Gombak, Puan Hanizah Md Sani Penyelars Wanita UMNO DUN Hulu Kelang, Pengerusi JPKKP Kg Klang Gate & Kg Pasir Hulu Kelang.
Jutaan terima kasih kepada Datuk Wira Ketua UMNO Bahagian Gombak yang mana majlis ini diadakan setiap tahun dan merupakan tahun ini tahun yang ke 10. JPKKP Kampung Kemensah merakam ucapan terima kasih kerana memilih Kampung Kemensah sebagai tuan rumah dan semoga segala amal kita di bulan Ramadhan ini diberkati Allah SWT.
Inshaa Allah kita berjumpa di tahun hadapan, Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.
11/03/2026
11 Mac 2026 | 6.00 petang | Rabu | Kampung Kemensah
ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
Agihan Bubur Lambuk & Kurma Ramadan 1447H/2026M JPKKP (Komuniti Desa Madani) Kampung Kemensah di hadapan Surau At-Taufiqiah Kampung Kemensah.
Jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Kahar Sekeluarga yang Infaq kepada penduduk Kampung Kemensah.
Semoga Tuan Haji Kahar Sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.
JPKKP (Komuniti Desa Madani) Kampung Kemensah merakamkan jutaan terima kasih atas kepercayaan menjalankan Agihan Bubur Lambuk & Kurma pada tahun ini. Semoga amal jariah kita semua di bulan Ramadan ini diterima Allah SWT. Inshaa Allah.
18/02/2026
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1447H/2026M
11/12/2025
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Merafak Sembah dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Sembah takzim daripada,
JPKKP (Komuniti Desa Madani) Kampung Kemensah
08/12/2025
07 Dis 2025 | Ahad | 9.00 malam | KLMO
Alhamdulillah… Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan JPKKP (Komuniti Desa Madani) Parlimen Gombak 2025 telah disempurnakan oleh Ybhg Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Ketua UMNO Bahagian Gombak merangkap Setiausaha Politik Kanan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Sebanyak 17 JPKKP (Komuniti Desa Madani) Parlimen Gombak hadir bersama Ahli Jawatankuasa making-masing.
Majlis juga mengadakan Tahlil Arwah dan Doa Selamat yang turut dihadiri Ahli Jawatankuasa 4 Peringkat UMNO Bahagian Gombak.
07/12/2025
06 Dis 2025 | Sabtu | 2.00 Petang | Semenyih Eco Venture Resort
Encik Muhamad Hafiez Abdul Malek, Pengerusi JPKKP (Komuniti Desa Madani) Kampung Kemensah mewakili Ybhg Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin menyampaikan sumbangan baju untuk Anak-Anak Istimewa dan Guru-Guru Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Hulu Kelang (PDK) sempena Sambutan Hari OKU & Hari Keluarga Serta Graduasi PDK Hulu Kelang.
Seramai 80 Anak-Anak Istimewa diraikan dan pelbagai acara diadakan. Tahniah kepada Guru-Guru PDK Hulu Kelang dan IbuBapa yang turut hadir memeriahkan majlis.
07/12/2025
06 Dis 2025 | Sabtu | 10.00 Pagi | PUSPEN Jelebu
Kampung Kemensah melalui JPKKP (Komuniti Desa Madani) Kampung Kemensah merupakan Kampung Angkat Bebas Dadah AADK Negeri Selangor telah mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar ke PUSPEN Jelebu, Negeri Sembilan. Alhamdulillah program telah berjalan lancar dan dapat melihat sendiri bagaimana usaha kerajaan melalui AADK menjalankan pemulihan kepada pelatih-pelatih untuk kembali pulih dan kembali kepada masyarakat disamping melihat pelbagai aktiviti yang diusahakan seperti pembuatan kek, kuih dan tanaman nenas yang dipasarkan di kedai-kedai.
Program hari ini sangat bertuah kerana Ybhg Dato’ Ruslin Jusoh, Ketua Pengarah AADK Malaysia dan isteri turut hadir meraikan rombongan dari Kampung Kemensah.
Jutaan terima kasih kepada Puan Norasiken Ahmad, Pengarah PUSPEN Jelebu dan Pegawai-Pegawai yang meraikan rombongan kami dan tidak lupa kepada Puan Zaiton Jaafar yang menaja bas untuk program lawatan ini.
Inshaa Allah JPKKP (Komuniti Desa Madani) Kampung Kemensah akan merancang beberapa program lawatan pada tahun hadapan.
06/12/2025
05 Dis 2025 | Jumaat | 10.00 pagi | Kg Orang Asli Hulu Kemensah
JPKKP (Komuniti Desa Madani) Kampung Kemensah menerima Lawatan Dan Libat Urus dari Jabatan Perubatan Kemasyarakatan Dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya bagi kursus berkaitan isu penyakit tidak berjangkit (NCD) khususnya berkenaan saringan kanser payudara dalam kalangan wanita masyarakat Orang Asli.
Lawatan telah diketuai oleh Dr Adibah Hamran dan mendapat kerjasama yang baik dari Penduduk Kampung Orang Asli Hulu Kemensah.
Terima kasih kepada pihak Universiti Malaya kerana bekerjasama dengan JPKKP (Komuniti Desa Madani) Kampung Kemensah dan tidak lupa kepada Penduduk Kampung Orang Asli Hulu Kemensah yang telah memberi kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan.
06/12/2025
18 Nov 2025 | Selasa | 2.00 ptg
Sdra Mohd Shaffie Omar mewakili Ybhg Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Ketua UMNO Bahagian Gombak dan JPKKP (KDM) Kampung Kemensah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Puan Puteri Yuzira Murni Megat Mohd Yusoff yang 3 orang anaknya dapat menyambung pelajaran
1. Tun Muhammad Aqil Haikal bin Jasmi (UPSi - Diploma Muzik)
2. Tun Muhammad Airil Hariz bin Jasmi (UiA - Asasi Undang2)
3. Tun Muhammad Adam Haziq bin Jasmi (MRSM Kuala Berang)
Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan urusan beliau sekeluarga dan semoga anak2 berjaya dalam bidang masing2.
06/12/2025
14 Nov 2025 | Isnin | 10.00 pagi
Encik Muhamad Hafiez Bin Abdul Malek, Pengerusi JPKKP (Komuniti Desa Madani) Kampung Kemensah mengadakan perbincangan bersama En Muhammad Bin Mahmuddin, Ketua Penolong Pengarah Kreatif Dan Teknikal FINAS bagi mengenal pasti lokasi sekitar Chalet-chalet di Kampung Kemensah untuk pengambaran Rancangan Nur Ramadan 1447H/2026M “Refleksi Jiwa” yang melibatkan 5 episod.
Sebagai Kampung Angkat FINAS Malaysia, JPKKP (Komuniti Desa Madani) Kampung Kemensah merakamkan jutaan terima kasih atas pemilihan Kampung Kemensah sebagai lokasi pengambaran Nur Ramadan 1447H/2026M.
02/11/2025
02 Nov 2025 | Ahad | 8.00 pagi | Dewan Komuniti Kampung Kemensah, Hulu Kelang
Alhamdulillah telah selesai Program Bersama Keluarga “Komuniti Peduli Masyarakat Harmoni” anjuran AADK Negeri Selangor dan AADK Daerah Gombak dengan kerjasama JPKKP (Komuniti Desa Madani) Kampung Kemensah.
Program Komuniti Peduli, Masyarakat Harmoni yang merupakan antara pendekatan komuniti yang diperkenalkan oleh AADK bagi memperkukuhkan usaha pencegahan penyalahgunaan dadah melalui kerjasama erat antara agensi rakan sinergi, pemimpin komuniti dan penduduk setempat.
Pelbagai aktiviti interaktif dan gaya hidup sihat turut diadakan seperti sesi Ceramah “Pencegahan Dadah Dalam Komuniti – Faktor Pelindung & Faktor Risiko”, Ceramah “Keselamatan Dalam rumah & Keluarga”, pertandingan mewarna kategori kanak-kanak berusia empat hingga 10 tahun, pertandingan Futsal, pertunjukan silat, penyampaian perkhidmatan pelbagai agensi melalui reruai, saringan kesihatan dan jualan produk Sokongan Untuk Kepulihan Anda (S**A).
Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Nazirah binti Abd Hamid, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil AADK dan turut hadir ialah Tuan Nazir bin Mohamad, Pengarah AADK Negeri Selangor, Puan Juwairiya Zulkifli, Penyelaras Dun Hulu Klang, Encik Zafarrul bin Ismail, Ahli Majlis MPAJ Zon 2, Encik Mohd Shaffie bin Omar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak dan Ketua-ketua AADK Daerah di Seluruh Selangor serta pemimpin & Ketua komuniti setempat.
Jutaan terima kasih kepada AADK Negeri Selangor & AADK Daerah Gombak yang telah memilih Kampung Kemensah sebagai lokasi program.
Program ini juga tidak akan berjaya tanpa penglibatan semua. Sekalung penghargaan kepada penyumbang dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.