Salam Aidilfitri, maaf zahir & batin 🌙✨
Kepada yang masih bertugas dan yang dalam perjalanan p**ang ke kampung, hati-hati di jalan raya… jangan terlalu seronok sampai lupa keselamatan 🚗💛
Yang beraya bersama keluarga, inilah masanya untuk bermaaf-maafan… yang keruh kita jernihkan, yang jauh kita dekatkan. Salam penuh kasih sayang daripada keluarga PEMSS 🤍
Raya tetap raya… tapi ingat, makan jangan ikut nafsu sangat 😜
Kuih nampak sikit, tangan ambil banyak… last-last perut yang “menangis” 🤣
Dan please… jangan sampai tercekik ya 😆
Nanti bukan setakat raya jadi kecoh, kami p**a kena jadi hero emergency 🚑😂
Selamat Hari Raya, jaga diri & jaga perut semua! 🎉
PEMSS Paramedic Ambulance
Delivering High Quality and Professional Ambulance Services:
1. Patient Transport (Pre-Hospital Care & Non-Emergency Care)
2. First Aid, CPR & AED Training
3.
Event Medical Standby
4. On-site COVID-19 Screening
5. EMS for Construction Industry
6. MEDEVAC
20/03/2026
Alhamdulillah, Ramadan sudah sampai ke penghujungnya… tapi kali ini terasa lebih berat untuk melepaskannya.
Entah kenapa, hati terasa kosong… seolah-olah kita sedang mengucapkan selamat tinggal kepada sesuatu yang sangat kita perlukan. Ramadan datang membawa ketenangan, tapi pergi meninggalkan seribu persoalan… cukupkah amalan kita? diterimakah semuanya?
Malam raya ini mungkin yang terakhir untuk kita… mungkin juga Ramadan terakhir dalam hidup kita, siapa tahu.
Jadi malam ini, jangan lepaskan peluang… menangislah dalam doa, luahkan segala yang terbuku di hati. Kerana di saat inilah pintu-pintu langit terbuka luas, dan setiap doa didengari tanpa hijab.
Ya Allah… jika ini Ramadan terakhir kami, terimalah segala amalan kami… dan jika masih ada kesempatan, izinkan kami bertemu lagi dengan Ramadan yang akan datang.
Selamat tinggal Ramadan… kau akan sentiasa dirindui. 🤍
09/03/2026
Alhamdulillah… tanpa kita sedari, telah genap 20 hari kita berada di dalam bulan Ramadan Al-Mubarak yang penuh rahmat dan keberkatan. Semoga setiap amalan, doa dan ibadah yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT.
Pada Ramadan yang ke-17, kita memperingati Nuzul Al-Quran, peristiwa agung turunnya Al-Quran sebagai cahaya dan petunjuk bagi seluruh umat manusia. Sebagaimana firman Allah SWT bahawa Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk yang memimpin manusia ke jalan kebenaran.
Kini kita sedang melangkah menuju 10 malam terakhir Ramadan, malam-malam yang penuh kemuliaan dan keampunan. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan ibadah, memperbaiki diri, serta menyempurnakan bacaan juzuk-juzuk dan surah-surah terakhir dalam Al-Quran.
Semoga setiap huruf yang dibaca menjadi saksi kebaikan kita, setiap doa yang dipanjatkan didengari oleh-Nya, dan semoga kita semua dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
Ramadan semakin menuju penghujung… semoga hati kita semakin dekat dengan-Nya. 🤍
04/03/2026
🚨 WE’RE HIRING 🚨
Paramedic / EMR / Medical Assistant
Lokasi: Pandan Indah, Ampang
Benefit lengkap ✔️
Email: [email protected]
WhatsApp only : : 011-29593365
📍 Ibu pejabat - pandan indah ampang
📍 Branch - Sandakan Sabah
28/02/2026
Alhamdulillah… 🌙✨
Hari ini sudah masuk hari ke-11 kita di bulan Ramadan. Cepat masa berlalu, kan? Diam tak diam, separuh perjalanan hampir kita tempuh.
Semoga setiap doa yang kita bisikkan dalam sujud, setiap sabar yang kita pendam, setiap penat yang kita tahan kerana berpuasa… semuanya Allah kira sebagai pahala dan diterima sebagai amal yang ikhlas 🤍
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi tentang membersihkan hati, memperbaiki diri, dan mendekatkan diri kepada-Nya.
Marhaban ya Ramadan…
Semoga kita terus kuat hingga ke penghujungnya, dan semoga kita dipertemukan dengan malam yang penuh keberkatan.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadan ini berlalu tanpa Kau ampunkan dosa kami dan Kau lembutkan hati kami. 🌙✨
ASSALAMUALAIKUM & GOOD EVENING 🌹
PEMSS – Medical Standby telah bertugas sepanjang program Putrajaya Open Day yang berlangsung di Perbadanan Putrajaya, Putrajaya dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
Di sini kami menjalankan tugas medical standby bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pengunjung sentiasa terjaga sepanjang event berlangsung. Perkhidmatan kecemasan turut disediakan bagi menghadapi sebarang insiden atau kecederaan yang mungkin berlaku.
Selain itu, kami juga mengambil peluang untuk berkongsi ilmu bersama para pengunjung yang hadir ke medical base dengan mengajar cara melakukan CPR dan penggunaan AED yang betul ketika waktu kecemasan. Turut diberikan adalah health education sebagai pendedahan awal tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan tindakan pantas dalam situasi kecemasan.
Keselamatan anda adalah tanggungjawab kami 🚑💚
19/02/2026
18/02/2026
Selamat menjalani ibadah puasa 🫶🏻
Semoga kita dikurniakan Ramadan yang barokah, penuh keampunan, rahmat dan keberkatan, serta diberi kekuatan untuk istiqamah dalam beribadah 🤍🌙
17/02/2026
PEMSS 🚑
Medical Standby for Hevea Carnival
📍 Hevea Arena, Sg. Buloh
🗓 07 February 2026
⏰ 8.00 AM – 6.00 PM
Team Charlie 01 & 02 on duty 💪
PEMSS Medical Standby sentiasa bersiap siaga memberikan sokongan perubatan sepanjang Hevea Carnival.
16/02/2026
🧧✨ Selamat Tahun Baru Cina ✨🧧
Semoga tahun ini membawa:
🍊 Rezeki melimpah ruah
🏮 Kesihatan yang baik
🎉 Kebahagiaan bersama keluarga
💰 Kemakmuran & kejayaan
Gong Xi Fa Cai! 🐉
Ikhlas daripada KL operation
PARAMEDIC EMS SERVICES SDN. BHD
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Address
No. 23, Jalan KPAT 6, Kawasan Perindustrian Kg Baru Ampang Tambahan
Ampang
68000
