JKP Zon Dua Belas - 12 MPAJ

JKP Zon Dua Belas - 12 MPAJ

Share

Pusat Khidmat Komuniti Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 12 - MPAJ

21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! Semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, memperkukuh silaturahim, dan melimpahkan rezeki serta kesihatan yang baik buat anda sekeluarga. Raikan kemenangan selepas Ramadan dengan penuh kesyukuran.

17/03/2026
Photos from Yayasan Warisan Anak Selangor - YAWAS's post 16/03/2026
16/03/2026

📌 *TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN KUTIPAN SAMPAH PUKAL PERCUMA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2026*

Untuk memastikan kelancaran perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri serta mengelakkan lambakan sampah yang tidak terkawal, pihak KDEB Waste Management (KDEBWM) menetapkan terma dan syarat berikut:

*1. JENIS SAMPAH YANG DIBENARKAN UNTUK KUTIPAN*
Hanya sampah pukal berikut akan dikutip:
✅ Perabot lama (yang telah dileraikan)
✅ Barangan elektrik rosak
✅ Sisa kebun (daun, ranting kecil) – mesti diikat kemas dan dimasukkan ke dalam plastik bersesuaian
✅ Barang terpakai yang tidak lagi digunakan

*2. JENIS SAMPAH YANG TIDAK DIBENARKAN*
Kutipan TIDAK meliputi sampah berikut:
❌ Sisa pemotongan pokok berskala besar (dahan besar, batang pokok)
❌ Sisa pembinaan & renovation (simen, batu, kayu, jubin)
❌ Sisa perniagaan atau industri
❌ Sisa pembersihan / perpindahan rumah berskala besar

*Penduduk bertanggungjawab untuk menguruskan sendiri pembuangan sampah yang tidak termasuk dalam kategori kutipan ini.*

*3. PROSEDUR KUTIPAN*
🔹 Kutipan ini hanya tertakluk untuk rumah jenis _landed house_ sahaja.
🔹 Penghuni rumah bertingkat diminta berhubung dengan JMB / MC masing-masing dan menempatkan sampah pukal di rumah sampah yang telah ditetapkan.
🔹 Sampah pukal perlu dikeluarkan sendiri oleh penduduk dan ditempatkan di hadapan rumah pemohon atau lokasi yang bersesuaian.
🔹 Pekerja subkontraktor KDEBWM TIDAK dibenarkan masuk ke dalam rumah untuk mengangkat barangan /sampah.
🔹 Kutipan hanya akan dibuat mengikut permohonan / jadual yang telah ditetapkan.
🔹 Pastikan sampah tidak menghalang laluan atau menjejaskan keselamatan awam.
🔹 Perabot lama mesti dileraikan terlebih dahulu untuk mengoptimumkan ruang dalam lori.

*Bagi barangan /sampah pukal dengan kuantiti yang banyak, penduduk perlu menyewa sendiri lori roro lain untuk urusan pembuangan sampah tersebut.*

*4. KEPATUHAN DAN TINDAKAN*
⚠️ Sampah yang tidak menepati syarat di atas tidak akan dikutip.
⚠️ Kegagalan mematuhi garis panduan ini boleh menyebabkan tindakan lanjut oleh pihak berkuasa tempatan.
⚠️ Pihak KDEBWM tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan barang akibat pembuangan yang tidak mengikut peraturan.

*5. MAKLUMAT LANJUT & TEMPAHAN PERKHIDMATAN*
Untuk sebarang pertanyaan atau permohonan kutipan, sila hubungi:

📞 *Telefon:*
📌 019-3759592
📌 019-3753980

📲 *WhatsApp:*
📌 019-2742824

📲 *Aplikasi i-Clean Selangor:*
Muat turun aplikasi *i-Clean Selangor* untuk mendapatkan perkhidmatan ini dengan lebih mudah.

Kerjasama anda amat dihargai bagi memastikan persekitaran yang bersih dan selesa sepanjang musim perayaan ini. Terima kasih.

*KDEB Waste Management Cawangan Ampang Jaya*

Photos from Amirudin Shari's post 14/03/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Dewan Taman Sri Watan
Ampang
68000