22/10/2026
KENYATAAN MEDIA
PN TETAP TEGUH, FOKUS PRN MELAKA
Alhamdulillah, kita bersyukur atas keputusan Mahkamah Tinggi hari ini menggantung notis ROS berhubung pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional.
Pendirian PN jelas. Kita berada pada landasan yang benar dalam mempertahankan hak melalui saluran undang-undang. Usaha pihak yang mahu memadamkan PN tidak akan mematahkan tekad kita. PN tetap teguh dan perjuangan ini akan diteruskan.
Terima kasih kepada semua atas doa, sokongan dan kesabaran, serta pasukan peguam atas usaha gigih mereka. Kita terus menghormati proses undang-undang yang berjalan dan akan mempertahankan hak kita dengan tegas.
Kini, seluruh jentera mesti memberikan tumpuan penuh kepada PRN Melaka. Perkukuh persiapan, eratkan kerjasama dan bawa tawaran terbaik untuk rakyat. Kita terus mara.
DATO’ SERI IR. DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Pengerusi Perikatan Nasional
22 Oktober 2026