JKKP / DOSH Kedah

Call Directions Website Contact the organization

JKKP / DOSH Kedah Standard Setting, Enforcement and Promotional and Advisory services in Occupational Safety and Health

MESYUARAT KETUA-KETUA SEKSYEN HIGIEN INDUSTRI DAN SEKSYEN KESIHATAN PEKERJAAN JKKP MALAYSIAMesyuarat Ketua-Ketua Seksyen...
23/10/2026

MESYUARAT KETUA-KETUA SEKSYEN HIGIEN INDUSTRI DAN SEKSYEN KESIHATAN PEKERJAAN JKKP MALAYSIA

Mesyuarat Ketua-Ketua Seksyen Higien Industri dan Seksyen Kesihatan Pekerjaan telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Ahmad Jailani bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan), JKKP Malaysia.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari, pada 21 hingga 22 Oktober 2026 ini, diadakan secara hibrid, bertempat di Bilik Mesyuarat SP4, JKKP Putrajaya serta menerusi platform Zoom.

Mesyuarat ini menjadi wadah perbincangan dan penyelarasan perkara berkaitan higien industri dan kesihatan pekerjaan bagi memperkukuh pelaksanaan inisiatif keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia.

23/10/2026

πŸŽ™οΈSafetyPOD - Podcast KKP

NARATIF UMBRELLA! PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU!

Mari, ikuti kupasan lanjut Ir. Ts. Ahmad Afizul Haq bin Abdul Razak, Ketua Seksyen Penguatkuasaan, JKKP WP Kuala Lumpur & Putrajaya dalam SafetyPOD, Podcast KKP Negara sekarang!

23/10/2026

Apakah makna keselamatan kepada anda?

Bagi sesetengah orang, keselamatan adalah mematuhi prosedur.
Bagi yang lain, ia adalah tempat kerja yang teratur, tanggungjawab yang dipikul bersama…

Tetapi pada akhirnya, maknanya tetap sama iaitu pulang kepada mereka yang menunggu kita, dengan selamat.

Inilah nilai yang dibina setiap hari.
Inilah budaya yang diperjuangkan.
Dan inilah kecemerlangan yang bakal kita raikan.

29 Oktober 2026, satu malam akan menghimpunkan mereka yang tidak sekadar bercakap tentang keselamatan tetapi menjadikannya budaya.

Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2025 πŸ†

Detiknya semakin hampir.
Pentas menanti.
Kecemerlangan bakal diraikan.


[ MAKLUMAN ]Dimaklumkan bahawa berikutan kerja-kerja penyelenggaraan sistem iGFMAS, semua urusan pembayaran dalam talian...
23/10/2026

[ MAKLUMAN ]

Dimaklumkan bahawa berikutan kerja-kerja penyelenggaraan sistem iGFMAS, semua urusan pembayaran dalam talian dan di kaunter fizikal melalui MyKKP dan MySKUD tidak dapat dilakukan sepanjang tempoh berikut:

Butiran penutupan:
πŸ“Œ Mula: 23 Oktober 2026 (Jumaat), 8.00 malam
πŸ“Œ Tamat: 25 Oktober 2026 (Ahad), 7.00 pagi

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui:
πŸ“§ E-mel: [email protected]
☎️ Telefon: 04-700 0100

Pengguna dinasihatkan untuk menyelesaikan urusan pembayaran lebih awal atau menunggu sehingga perkhidmatan dipulihkan.

JKKP PERKUKUH PEMATUHAN PERATURAN CDM 2024 DALAM SEKTOR AWAMYBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon, Ketua Pengarah JKKP M...
22/10/2026

JKKP PERKUKUH PEMATUHAN PERATURAN CDM 2024 DALAM SEKTOR AWAM

YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon, Ketua Pengarah JKKP Malaysia telah menyempurnakan perasmian program Sesi Libat Urus (SLU) Sektor Awam Berhubung Pematuhan Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Kerja Pembinaan) (Reka Bentuk Dan Pengurusan) 2024, atau juga dikenali sebagai Peraturan CDM 2024 di Hotel Everly, Putrajaya pada 22 Oktober 2026.

Program ini bertujuan meningkatkan pemahaman kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai tanggungjawab sebagai klien projek pembinaan, khususnya dalam memastikan keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dipatuhi.

Beliau menegaskan bahawa aspek KKP perlu diutamakan sejak peringkat perancangan dan reka bentuk projek bagi memastikan risiko dapat dikenal pasti dan dikawal sebelum kemalangan berlaku.

Pada program ini juga, turut diadakan sesi talimat berkenaan tangungjawab dan kewajipan di bawah Peraturan CDM 2024, pelaksanaan pematuhan bagi projek kerajaan serta pemberitahuan projek pembinaan (JKKP12) melalui sistem MyKKP.

JKKP berharap sesi libat urus ini dapat memperkukuh kerjasama sektor awam dalam memastikan setiap projek pembinaan dilaksanakan dengan mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerja, kontraktor serta orang awam.

πŸŽ™οΈ THEMATIC TALK DOSH 2026 | EPISOD 7🌍 Keselamatan pekerja bukan sekadar melindungi nyawa. Ia turut memacu ekonomi negar...
22/10/2026

πŸŽ™οΈ THEMATIC TALK DOSH 2026 | EPISOD 7
🌍 Keselamatan pekerja bukan sekadar melindungi nyawa. Ia turut memacu ekonomi negara!
Ikuti perkongsian Ir. Ahmad Jailani bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan), JKKP Malaysia menerusi topik:
β€œThe Ripple Effect: How Occupational Safety Directly Impacts National GDP & Export Competitiveness”
Ketahui bagaimana pelaburan dalam KKP mampu meningkatkan produktiviti, memperkukuh daya saing eksport dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
πŸ“… 21 Oktober 2026
⏰ 10.00 pagi
▢️ https://youtu.be/2TgS7LoMHjo
Pekerja Selamat. Industri Berdaya Saing. Ekonomi Negara Gemilang.

πŸŽ™οΈ THEMATIC TALK DOSH 2026 | EPISOD 7🌍 Keselamatan pekerja bukan ...

-[Makluman]-Selamat bersara diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Zulkifli bin Yahaya, Pengarah JKKP Selangor. Segala sumbang...
21/10/2026

-[Makluman]-

Selamat bersara diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Zulkifli bin Yahaya, Pengarah JKKP Selangor.

Segala sumbangan dan jasa Tuan dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) amatlah dihargai dan telah meninggalkan impak yang besar terhadap pembangunan serta pemerkasaan KKP di Malaysia.

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan Tuan di JKKP.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi
dan Seluruh Warga Kerja JKKP

β€˜π‘±π’‚π’”π’‚π’Žπ’– π‘«π’Šπ’Œπ’†π’π’‚π’π’ˆβ€™

21/10/2026

Siapakah yang membentuk budaya kerja selamat?

Bukan seorang.
Bukan satu jawatan.
Bukan satu bahagian.

Ia lahir apabila pengurusan memimpin, penyelia memastikan, dan pekerja memilih untuk melakukan perkara yang betul β€” setiap hari.

Kerana budaya kerja selamat tidak terbina dalam sehari.
Ia dibina melalui setiap keputusan, setiap tindakan dan setiap komitmen.

Dan apabila komitmen itu menjadi budaya,
ia layak menjadi penanda aras. πŸ†

Kini, detiknya semakin hampir.

πŸ“… 29 Oktober 2026
Pada malam itu, kita bukan sekadar menyampaikan sebuah trofi.
Kita akan meraikan mereka yang membuktikan bahawa keselamatan adalah asas kepada kecemerlangan.

✨ Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2025

Satu malam. Satu pentas. Nama-nama yang bakal mengukir sejarah KKP Malaysia.

🚨 PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGAMAL KKP DI MALAYSIA! 🚨Adakah anda bersedia untuk memperkasa peranan anda dalam industri da...
20/10/2026

🚨 PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGAMAL KKP DI MALAYSIA! 🚨

Adakah anda bersedia untuk memperkasa peranan anda dalam industri dan membina jaringan strategik yang mantap?

Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dengan kerjasama JKKP dan Pertubuhan Kebajikan Sukan (PKS) JKKP bakal menganjurkan:

✨ SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT ZON TAHUN 2027✨

Tema: "Memperkasa Pengamal KKP Sebagai Rakan Strategik Ke Arah Budaya Kerja Selamat Dan Sihat"

Jelajah seminar ini akan merangkumi 6 zon utama di seluruh negara:
* πŸ“ Zon Selatan (Tuan Rumah: Johor)
* πŸ“ Zon Utara (Tuan Rumah: Pulau Pinang)
* πŸ“ Zon Tengah (Tuan Rumah: Selangor)
* πŸ“ Zon Timur (Tuan Rumah: Terengganu)
* πŸ“ Sabah (Tuan Rumah: Sabah)
* πŸ“ Sarawak (Tuan Rumah: Sarawak)

Kenapa anda WAJIB hadir ke seminar ini?

🌟 Kupasan topik yang sangat menarik dan relevan merangkumi Hala Tuju OSHMP30, Transformasi Digital & AI dalam KKP, Revolusi Pematuhan Loji, Pengurusan Kerja Pembinaan, dan Pengawalseliaan Bahan Kimia.
🌟 Mendapatkan tafsiran Akta 514 yang lebih tepat serta maklumat terkini dasar kerajaan.
🌟 ACARA KEMUNCAK: Sesi Dialog eksklusif bersama YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon, Ketua Pengarah JKKP Malaysia serta Pengarah-pengarah JKKP Negeri.
🌟 Membina jaringan kerjasama strategik bersama rakan industri yang lain.
🌟 Peluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui sesi Cabutan Bertuah termasuk Cabutan Bertuah Perdana!
🌟 10 MATA CEP layak diberikan kepada para peserta!

Siapa yang patut mendaftar?
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO), Penyelia Keselamatan Tapak (SSS), Penyelaras KKP (OSH-Coordinator), Pengendali Perancah, Eksekutif OSH, dan Pengurus Fasiliti.

Penyertaan akan dibuka tidak lama lagi! Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran seminar ini akan disusuli dalam masa terdekat.

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
πŸ—“οΈ LOCK TARIKH INI DI KALENDAR ANDA SEKARANG! πŸ—“οΈ
Jangan sampai terlepas bas! Kami akan 'gegarkan' zon anda pada bulan Januari nanti. Bulatkan tarikh-tarikh keramat ini supaya anda tak terlepas 10 mata CEP yang berharga:

Sedia untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi? Pastikan anda kongsikan post ini dan tag rakan-rakan KKP anda di ruangan komen! Jumpa anda di sana! πŸš€

Address

Aras 5, Zon A, Wisma Persekutuan Anak Bukit
Anak Bukit
06550

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047000100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKKP / DOSH Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKKP / DOSH Kedah:

Shortcuts

Share