Pejabat Audit Dalam UniMAP

Pejabat Audit Dalam UniMAP

Share

Official Group of Internal Auditor at University Malaysia Perlis

Pejabat Audit Dalam KUKUM/UniMAP telah ditubuhkan pada 12 Mei tahun 2003 selaras dengan kehendak Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 1998, Perkara 7, iaitu Peranan Unit Audit Dalam. Pejabat Audit Dalam UniMAP adalah berperanan menjalankan pengauditan selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil. 3, Tahun 1998.

Photos from Pejabat Audit Dalam UniMAP's post 16/04/2026

Perjumpaan Bersama Naib Canselor UniMAP

Pada 6 April (Isnin), telah berlangsung satu sesi perjumpaan bersama Naib Canselor bagi membincangkan status laporan pemantauan pengauditan yang masih belum selesai.

Masa: 9.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Eksekutif, Pejabat Naib Canselor, Aras 4

Perjumpaan ini bertujuan untuk memastikan setiap isu yang dibangkitkan dapat diteliti dan tindakan susulan diambil dengan lebih berkesan demi meningkatkan kecekapan pengurusan dan tadbir urus.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi ini.

Pejabat Audit Dalam, Universiti Malaysia Perlis

27/03/2026

26 Mac 2026 |

Setinggi-tinggi tahniah kepada Universiti Malaysia Perlis atas pencapaian membanggakan apabila berjaya tersenarai dalam QS World University Rankings by Subject 2026 bagi dua bidang utama:

πŸ“Œ Electrical & Electronic (501–550)
πŸ“Œ Materials Science (401–550)

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan UniMAP dalam memperkasa kecemerlangan akademik dan penyelidikan di peringkat global. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan.





21/03/2026

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™

Dengan penuh kesyukuran, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan silaturahim antara kita semua.

Ikhlas daripada,
Pejabat Audit Dalam
Universiti Malaysia Perlis

06/03/2026

Marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa Nuzul al-Quran, iaitu detik bersejarah turunnya wahyu pertama daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh umat manusia.

Semoga kita semua terus diberikan kekuatan untuk membaca, memahami serta mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Di kesempatan ini juga, marilah kita memperbanyakkan ibadah dan mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini.

Salam Nuzul al-Quran kepada seluruh umat Islam.

Ikhlas daripada:
Pejabat Audit Dalam

Photos from Pejabat Audit Dalam UniMAP's post 06/03/2026

Pada 2 Mac 2026, Pejabat Audit Dalam telah menerima keputusan Anugerah Lestari UniMAP 2026.

Bagi tahun 2026, Pejabat Audit Dalam telah memperoleh pengiktirafan β€œ3 Daun”, yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya yang memperoleh pengiktirafan β€œ2 Daun”.

Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan Pejabat Audit Dalam dalam menyokong matlamat UniMAP ke arah pelaksanaan inisiatif kampus lestari.

Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Pusat Tanggungjawab (PTj) lain yang turut menerima pengiktirafan sepanjang program ini dilaksanakan.

Terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat.






Photos from Pejabat Audit Dalam UniMAP's post 27/02/2026

Pada 16 Februari 2026, Pejabat Audit Dalam telah mengadakan sesi Exit Conference Pengauditan Penggunaan Aplikasi Sistem Di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Sesi ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Eksekutif Naib Canselor, Aras 4, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Pauh Putra.

Exit Conference ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Zaliman Sauli dan juga turut dihadiri oleh Pustakawan UniMAP, YBrs. Puan Mazmin Mat Akhir.






27/02/2026

Setinggi - tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Audit Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi tempoh 11 Februari 2026 hingga 15 Oktober 2026.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran, pengalaman serta kewibawaan YBhg Dato’ dalam bidang yang diceburi. Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen demi memperkukuh tadbir urus serta kecemerlangan universiti.

Semoga YBhg Dato’ terus maju jaya dan diberkati dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Ikhlas daripada : Pejabat Audit Dalam, Universiti Malaysia Perlis






19/02/2026

Semoga kehadiran Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan, menghapus dosa-dosa lalu, dan menguatkan iman serta takwa kita semua.

Semoga setiap amalan diterima, setiap doa dimakbulkan, dan setiap langkah menuju kebaikan dipermudahkan.

Ikhlas daripada :

Pejabat Audit Dalam
Universiti Malaysia Perlis






17/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina 2026! 🧧🐍
Gong Xi Fa Cai!

Semoga tahun ini membawa kesihatan yang baik, rezeki melimpah, dan kebahagiaan berpanjangan kepada anda dan keluarga.
Moga setiap langkah dipermudahkan, setiap usaha membuahkan hasil, dan hidup sentiasa dipenuhi kegembiraan.

✨ Xin Nian Kuai Le! ✨
Semoga tahun baru ini lebih bersinar daripada yang sebelumnya.

Ikhlas daripada :

Pejabat Audit Dalam
Universiti Malaysia Perlis






Photos from CGS UniMAP's post 02/02/2026
07/01/2026

Selamat Tahun Baharu 2026

Semoga tahun ini membawa keberkatan, kejayaan dan kecemerlangan berterusan dalam perkhidmatan untuk rakyat dan Malaysia tercinta.

Pejabat Audit Dalam, Universiti Malaysia Perlis




Photos from Pejabat Audit Dalam UniMAP's post 29/12/2025

Pada 3 hingga 4 Disember 2025, Pengarah Pejabat Audit Dalam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pn. Normiza Othman, telah menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Audit Dalam Universiti Awam (MKAD).

Bagi penganjuran mesyuarat kali ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah bertindak sebagai tuan rumah.

Info : Mesyuarat MKAD adalah platform tahunan bagi Ketua Audit Dalam Universiti Awam untuk memastikan standard dan integriti audit dalam sentiasa tinggi di seluruh institusi pengajian tinggi awam.



Want your business to be the top-listed Government Service in Arau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Arau
02600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00