Perpustakaan Najjatul Ilham

Call Directions

Perpustakaan Najjatul Ilham Perpustakaan Kolej Matrikulasi Perlis bertanggungjawab untuk menyediakan Keperluan Maklumat kepada semua warga kolej merangkumi pelajar, pensyarah dan staf

> Merealisasikan impian menjadikan Perpustakaan KMP sebagai " One Stop Centre "

> Menyediakan pelbagai sumber maklumat,perkhidmatan serta bantuan kepada pengguna untuk mengakses maklumat

> Berusaha mengukuhkan tabiat membaca serta minat berkunjung ke Perpustakaan di kalangan warga KMP

> Menyediakan sistem Pengurusan Perpustakaan yang efektif dan berkesan

> Menjadi pemangkin kepada kejayaan keseluruhan warganya, khususnya kejayaan para Pelajar

GOTONG ROYONG PERDANA NAJJATUL ILHAMSeramai 30 ahli Kelab Rakan Pustaka (KRP), 8 staf perpustakaan dan 12 sukarelawan te...
25/09/2026

GOTONG ROYONG PERDANA NAJJATUL ILHAM

Seramai 30 ahli Kelab Rakan Pustaka (KRP), 8 staf perpustakaan dan 12 sukarelawan telah menjayakan Program Gotong Royong Perdana Najjatul Ilham pada 19 September 2026 (Sabtu). Program ini bertujuan menceriakan kawasan perpustakaan serta mengeratkan silaturahim. Kerjasama semua pihak memastikan program berjalan lancar dan jayanya.

Karnival Kerjaya Kolej Matrikulasi Perlis (Cardec 2026) berlangsung meriah pada 12 hingga 13 September 2026 bertempat di...
15/09/2026

Karnival Kerjaya Kolej Matrikulasi Perlis (Cardec 2026) berlangsung meriah pada 12 hingga 13 September 2026 bertempat di Perpustakaan Najjatul Ilham, KMP.

Program ini memberikan pendedahan awal serta hala tuju akademik yang bermanfaat buat seluruh warga kolej. Syabas dan jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan wakil universiti yang hadir mempromosikan penawaran program Ijazah Sarjana Muda bagi sesi pengajian 2027/2028.

Setinggi-tinggi penghargaan turut ditujukan kepada warga Kelab Rakan Perpustakaan atas komitmen serta kerjasama padu dalam menguruskan persiapan tempat dan menyokong kelancaran program sepanjang Cardec 2026 ini.

Perpustakaan Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) telah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi pelbagai aktiviti dan pertan...
08/09/2026

Perpustakaan Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) telah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi pelbagai aktiviti dan pertandingan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026. Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pustakawan KMP, Encik Azizi Bin Janan,sebagai pengiktirafan kepada para pemenang pertandingan.

Bagi pertandingan utama, Kuiz Kemerdekaan 2026, kejuaraan telah dinobatkan kepada Intan Edylia Qaisara Bt. Mohd. Edyra. Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Syed Muhammad Zakwan B. Syed Yusof dan Danish Ashraf B. Muhammad. Selain itu, seramai 26 orang peserta turut menerima hadiah saguhati.

Acara Teka Kotak Misteri, di menangi oleh Azreeq Naufal B. Nasaruddin dan 3 hadiah saguhati bagi acara ini p**a menyebelahi pada Dania Adawiyah Bt. Muhammad Azuwan, Nik Norazyyati dan Husna Awatef Soppy.

Perjumpaan Jawatankuasa Kelab Rakan Pustaka Gen 27 (Sesi 2026/2027) bersama Tuan Timbalan Pengarah telah berlangsung den...
05/09/2026

Perjumpaan Jawatankuasa Kelab Rakan Pustaka Gen 27 (Sesi 2026/2027) bersama Tuan Timbalan Pengarah telah berlangsung dengan lancar pada 4 September 2026 di Bilik Redspot, Perpustakaan Najjatul Ilham, KMP.

Pertemuan mesra ini menjadi ruang untuk membincangkan hala tuju kelab, perancangan aktiviti serta usaha menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga kolej.

Syabas dan tahniah kepada seluruh barisan AJK Gen 27 atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan. Semoga Gen 27 terus aktif, kreatif dan berimpak.

Perpustakaan Najjatul Ilham akan ditutup pada Selasa, 25 Ogos 2026 bersempena dengan cuti umum sempena Sambutan Maulidur...
24/08/2026

Perpustakaan Najjatul Ilham akan ditutup pada Selasa, 25 Ogos 2026 bersempena dengan cuti umum sempena Sambutan Maulidur Rasul. Penutupan ini merangkumi semua perkhidmatan kaunter dan perpustakaan. Perpustakaan akan beroperasi semula seperti biasa pada Rabu, 26 Ogos 2026. Segala kesulitan amat dikesali. Harap maklum.

Pihak Pengurusan Perpustakaan Najjatul Ilham mengucapkan Selamat Bercuti Pertengahan Semester 1 2026/2027 buat semua pel...
24/08/2026

Pihak Pengurusan Perpustakaan Najjatul Ilham mengucapkan Selamat Bercuti Pertengahan Semester 1 2026/2027 buat semua pelajar dan pensyarah Kolej Matrikulasi Perlis bermula dari 22 Ogos hingga 2 September 2026. Manfaatkan masacuti ini dengan berehat secukupnya bersama keluarga serta mengulang kaji pelajaran. Selamat bercuti dan jaga diri ketika p**ang ke kampung halaman masing-masing!

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di Perpustakaan Najjatul Ilham, KMPPerpustakaan Najjatul Ilham, Kolej Matrikulasi Perlis ...
10/08/2026

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di Perpustakaan Najjatul Ilham, KMP

Perpustakaan Najjatul Ilham, Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) menganjurkan Pameran Buku Merdeka bertemakan Kemerdekaan dengan mendukung tema "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati" sempena Hari Kebangsaan Ke-69.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan khas untuk pelajar KMP, termasuk Kuiz Kemerdekaan, Teka Kotak Misteri, Pertandingan Mewarna, Cabutan Bertuah serta Pameran Buku-Buku Kemerdekaan. Penyertaan dibuka sehingga 21 Ogos 2026, manakala pemenang bakal diumumkan selepas tamat cuti pertengahan semester. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan. Semua pelajar dijemput menyertainya!

Pengarah BMKPM, YBrs. En. Azman b. Abd Karim bersama Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Pelajar BMKPM, YBrs. Tn. Hj. Kh...
27/07/2026

Pengarah BMKPM, YBrs. En. Azman b. Abd Karim bersama Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Pelajar BMKPM, YBrs. Tn. Hj. Khairudin b. Nazari serta barisan pengurusan tertinggi KMP telah melawat Perpustakaan Najjatul Ilham pada Sabtu, 25 Julai 2026.

Delegasi ini sempat beramah mesra bersama pelajar di samping meninjau kemudahan perpustakaan bagi memastikan perkhidmatan serta prasarana pembelajaran Kolej Matrikulasi Perlis kekal kondusif dan cemerlang.

Pada 24 Julai 2026, YBRS. Tn. Hj. Khairudin bin Nozari, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar, Bahagian Matrikula...
24/07/2026

Pada 24 Julai 2026, YBRS. Tn. Hj. Khairudin bin Nozari, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar, Bahagian Matrikulasi KPM, telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Najjatul Ilham, Kolej Matrikulasi Perlis. Lawatan bertujuan meninjau kemudahan, menilai keberkesanan program pembangunan pelajar serta mendengar maklum balas pengurusan dan pelajar. Beliau menzahirkan penghargaan atas komitmen kolej memperkukuh budaya ilmu.

Pada 10 Jun 2026, Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) menerima lawatan rasmi Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mo...
11/06/2026

Pada 10 Jun 2026, Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) menerima lawatan rasmi Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Azam Bin Ahmad. Beliau beramah mesra bersama pelajar baharu Generasi 27 (GEN27) sebelum meneruskan lawatan ke Perpustakaan KMP bagi meninjau kemudahan yang disediakan. Lawatan ini menekankan kepentingan perpustakaan sebagai pusat ilmu dan sokongan akademik kepada pelajar matrikulasi.

Address

Kolej Matrikulasi
Arau
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
20:30 - 23:00
Tuesday 08:00 - 17:30
20:30 - 23:00
Wednesday 08:00 - 17:30
20:30 - 23:00
Thursday 08:00 - 17:30
20:30 - 23:00
Friday 08:00 - 17:30
20:30 - 23:00
Saturday 08:00 - 17:30

Telephone

+6049868935

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Najjatul Ilham posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category