Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra

Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra

Share

Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra, 02600 Bandar Diraja Arau, Perlis, Malaysia.

http://mylibrary.unimap.edu.my The library provides excellent services to support the teaching, learning and tesearch activities of the University. With it's customer focused orientation and the abundance use of Information Technology, the library inspires to be the leading engineering library in this region.

15/05/2026

15 Mei 2026 |

Salam Jumaat.

Kekuatan sebenar bukan diukur pada seberapa banyak kemenangan yang diraih, tetapi pada kemampuan untuk terus bertahan saat diuji dengan cabaran dan rintangan.

Setiap ujian mendewasakan, setiap kesabaran menguatkan jiwa. Terus melangkah dengan tenang, kerana mereka yang sabar akhirnya akan menemukan makna sebenar sebuah perjuangan.




Photos from Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra's post 15/05/2026

LAWATAN DARIPADA PERPUSTAKAAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA TUANKU SYED SIRAJUDIN (UniSIRAJ) KE PERPUSTAKAAN TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA, UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP)

Tarikh: 14 Mei 2026 (Khamis)
Masa: 0930 pagi

Sekalung ucapan terima kasih di atas kesudian mengunjungi PTSFP.





Photos from Universiti Malaysia Perlis's post 15/05/2026
14/05/2026

📢 TAWARAN KERJA JOB ON CAMPUS @ UniMAP 📢

Peluang dibuka kepada semua pelajar UniMAP untuk menyertai program Job On Campus UniPARCEL & Pusat Perumahan Pelajar bagi tahun 2026.

✨ Kelebihan Menyertai JOC UniMAP
✅ Menjana pendapatan sampingan bulanan
✅ Menimba pengalaman kerja sebenar
✅ Meningkatkan kemahiran komunikasi dan pengurusan

📌 Jawatan Ditawarkan
🔹 Pengurus UniPARCEL (Setiap Kolej Kediaman)
🔹 Penolong Pengurus UniPARCEL (Setiap Kolej Kediaman)
🔹 Pereka Grafik
🔹 Pereka Laman Web

📋 Kriteria Permohonan
✔️ Terbuka kepada pelajar prasiswazah UniMAP sahaja
✔️ Pelajar aktif Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
✔️ Bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas
✔️ Keutamaan diberikan kepada pelajar kategori B40

📅 Tarikh Tutup Permohonan: 14 Mei 2026

📲 Imbas kod QR pada poster untuk membuat permohonan.

‘’Lokasi Kolej yang tidak terlibat ada Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman (KKTAR) sahaja‘’

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
📞 Encik Mohamad Hafiz Bin Mohamad Shokri
012-593 4658

Photos from Office of The DVC - Student Affairs & Alumni, Universiti Malaysia Perlis's post 14/05/2026
14/05/2026

14 Mei 2026 |

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerusi Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Mekanikal (FKTM) terus memperkukuh peranan dalam memperkasa pendidikan TVET dengan menghubungkan kepakaran akademik dan keperluan industri bagi melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing global.

Jangan lupa saksikan perkongsian menarik bersama Prof. Ir. Ts. Dr. Shahriman Abu Bakar, Dekan FKTM UniMAP, dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia 1 Hari 1 Inspirasi terbitan RTM.

📅 Khamis, 14 Mei 2026
⏰ 9.42 pagi





14/05/2026

13 Mei 2026 |

Tahniah Universiti Malaysia Perlis atas pencapaian luar biasa 2025!

Kadar Bekerja Graduan 99.3% dan Kadar Kebolehpasaran 99.4% membuktikan kualiti pendidikan yang melahirkan graduan berdaya saing, relevan dan bersedia menghadapi dunia kerjaya.

Tahniah!



13/05/2026

Dalam era Kecerdasan Buatan (AI), di manakah kedudukan kepustakaan, bahasa, budaya dan terjemahan? Adakah teknologi menjadi pelengkap atau pencabar kepada pembudayaan ilmu?

Bagi merungkai persoalan ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Dinas Perpustakaan dan Kearsipan (DISPUSIP) DKI Jakarta bergabung menganjurkan:

𝐒𝐢𝐦𝐩𝐨𝐬𝐢𝐮𝐦 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐊𝐞𝐩𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐚𝐧, 𝐓𝐞𝐫𝐣𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 & 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐫𝐝𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐋𝐢𝐓𝐫.𝐀𝐈) 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝑇𝑒𝑚𝑎: 𝐾𝑒𝑏𝑒𝑟𝑎𝑑𝑎𝑎𝑛 𝐼𝑙𝑚𝑢, 𝐵𝑎ℎ𝑎𝑠𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑑𝑎𝑦𝑎 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝐸𝑟𝑎 𝐾𝑒𝑐𝑒𝑟𝑑𝑎𝑠𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑡𝑎𝑛: 𝑀𝑒𝑛𝑒𝑟𝑎𝑤𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝐾𝑒𝑠𝑒𝑚𝑝𝑢𝑟𝑛𝑎𝑎𝑛

𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬 𝐖𝐚𝐜𝐚𝐧𝐚:
💡 Evolusi perpustakaan dan ekosistem ilmu
💡 Bahasa dan terjemahan sebagai pengantara ilmu dan budaya
💡 Pemerkasaan karya agung sebagai teras pemikiran insani
💡 Inovasi penerbitan dalam era kecerdasan buatan
💡 Budaya membaca dan literasi digital
💡 Keseimbangan antara kemajuan AI dan nilai sejagat

Sertai platform intelektual serantau yang menghimpunkan sarjana, penggiat industri dan pakar dari seluruh Nusantara dalam meneroka persilangan ilmu, bahasa, budaya dan teknologi masa hadapan.

🗓️ 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟑 – 𝟒 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
📍 𝐋𝐨𝐤𝐚𝐬𝐢: 𝐖𝐢𝐬𝐦𝐚 𝐃𝐁𝐏, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
💰 𝐘𝐮𝐫𝐚𝐧: 𝐑𝐌𝟏𝟎𝟎 / 𝐩𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚

Terbuka kepada:
Pustakawan, Ahli Akademik, Penyelidik, Penterjemah, Penggiat Industri, Pelajar IPT dan Individu yang berminat

𝐃𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠!
Pastikan penyertaan anda dalam wacana intelektual yang membentuk masa depan bidang ini.

🔗 Daftar Sekarang: https://library.utm.my/litrai2026/pendaftaran/
⏰ 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐓𝐮𝐭𝐮𝐩: 𝟐𝟐 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu, memperluas jaringan dan bersama-sama mencorakkan masa depan!

𝐉𝐮𝐦𝐩𝐚 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐋𝐢𝐓𝐫.𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔!

Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)





Want your business to be the top-listed Government Service in Arau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysi Perlis, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra
Arau
02600

Opening Hours

Monday 08:30 - 23:00
Tuesday 08:30 - 23:00
Wednesday 08:30 - 23:00
Thursday 08:30 - 23:00
Friday 08:30 - 23:00
Saturday 08:30 - 17:00
Sunday 08:30 - 17:00