Perpustakaan PTSS

Call Directions Website Contact the organization

Perpustakaan PTSS Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

Ilmu Pemangkin Pembangunan Unit Pusat Sumber
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600, Arau
Perlis.

No Telefon : 04-9886200
No Faks : 04-9886300

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UNDengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhama...
28/09/2026

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN

Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapan Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikan serta jasa yang telah dicurahkan, dan menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam syurga-Nya.

🌷 MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI UNIT PUSAT SUMBER PTSS 2026 πŸŒ·πŸ“… 18 September 2026 (Jumaat)Unit Pusat Sumber,...
22/09/2026

🌷 MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI UNIT PUSAT SUMBER PTSS 2026 🌷

πŸ“… 18 September 2026 (Jumaat)

Unit Pusat Sumber, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah mengadakan Majlis Perpisahan Pelajar Latihan Industri 2026 bagi meraikan tiga orang pelajar daripada Fakulti Sains Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani, Program Diploma Informatik Perpustakaan (IM144).

Ketiga-tiga pelajar telah menjalani latihan industri selama 8 minggu, bermula dari 27 Julai 2026 hingga 18 September 2026. Sepanjang tempoh latihan, para pelajar telah memperoleh pelbagai pengalaman dan pendedahan berkaitan pengurusan serta operasi pusat sumber, di samping berpeluang mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari sepanjang pengajian.
Majlis ini menjadi ruang untuk Unit Pusat Sumber merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala komitmen, kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh latihan industri. πŸ’

Walaupun pertemuan ini berakhir, segala pengalaman dan kenangan yang tercipta akan terus menjadi sebahagian daripada perjalanan pembelajaran dan kehidupan. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekalan untuk melangkah dengan lebih yakin ke alam kerjaya. πŸ“šβœ¨

🌸Pergi ke pekan membeli suasa,
Singgah sebentar di tepi perigi;
Walau berpisah membawa haluan,
Kenangan bersama kekal di hati.🌸

πŸŽ“ Selamat maju jaya buat ketiga-tiga pelajar!

Semoga terus cemerlang dalam pengajian dan kerjaya serta berjaya mencapai segala impian. Jangan lupakan kenangan bersama Unit Pusat Sumber PTSS! 🌷

β€œTerima kasih atas kenangan, selamat melangkah menuju kejayaan!” πŸ’™








🀟 BENGKEL ASAS BAHASA ISYARAT MALAYSIA (BIM) 2026 πŸ€ŸπŸ“… 18 September 2026Telah berlangsung Bengkel Asas Bahasa Isyarat Mala...
22/09/2026

🀟 BENGKEL ASAS BAHASA ISYARAT MALAYSIA (BIM) 2026 🀟

πŸ“… 18 September 2026

Telah berlangsung Bengkel Asas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) 2026 yang melibatkan seramai 20 orang peserta terdiri daripada warga Jabatan Akademik, Unit Pusat Sumber dan Unit Sokongan Akademik, serta 6 orang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS).

Bengkel ini merupakan satu inisiatif dalam meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran asas Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dalam kalangan warga PTSS, khususnya sebagai usaha memperkukuh komunikasi dan interaksi yang lebih berkesan bersama pelajar OKU pendengaran. 🀝✨

Penglibatan pelajar OKU pendengaran dalam bengkel ini turut mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif, inklusif dan bermakna, selain memberi peluang kepada peserta untuk memahami dengan lebih dekat kepentingan komunikasi tanpa halangan.

πŸ’™ Bersama Membina Kampus Inklusif
Bengkel ini diharapkan dapat menyemai budaya saling memahami, menghormati dan menyokong antara warga PTSS agar persekitaran pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan dapat dinikmati secara lebih inklusif oleh semua.

πŸ‘ Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta serta pelajar OKU pendengaran yang telah menjayakan Bengkel Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) 2026!

β€œBahasa Menghubungkan Kita, Isyarat Menyatukan Semua.” πŸ€ŸπŸ’™











Selamat Hari Kemerdekaan kali ke 69, Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati πŸ‡²πŸ‡ΎMarilah kita sama-sama menghayati makna ...
31/08/2026

Selamat Hari Kemerdekaan kali ke 69, Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati πŸ‡²πŸ‡Ύ

Marilah kita sama-sama menghayati makna disebalik kemerdekaan yang kita kecapi agar semangat cinta akan negara terus tersemai di jiwa anak bangsa. Ini tanah tumpahnya darah kita, maka siapa lagi yang akan mempertahankannya?
Jom like, follow dan share!
Facebook : https://www.facebook.com/PerpustakaanPTSS/
Instagram : https://www.instagram.com/perpustakaanptss/
Tiktok : https://www.tiktok.com//
Website : https://sites.google.com/view/ptsslibrary



πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ HEBAHAN | MERDEKA 360 @ PTSS 2026 βœ¨πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰ SEJARAH DIHAYATI, PATRIOTISME DISEMAI, MASA DEPAN DICORAK! πŸŽ‰Jom raikan semang...
14/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ HEBAHAN | MERDEKA 360 @ PTSS 2026 βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸŽ‰ SEJARAH DIHAYATI, PATRIOTISME DISEMAI, MASA DEPAN DICORAK! πŸŽ‰

Jom raikan semangat kemerdekaan dengan pengalaman yang interaktif, kreatif dan penuh cabaran! β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

πŸ“… TEMPOH PROGRAM
πŸ‡²πŸ‡Ύ 17 Ogos 2026 hingga 15 September 2026
πŸ“ LOKASI
πŸ“š Unit Pusat Sumber, PTSS
πŸ”₯ 4 ZON MENARIK MENANTI ANDA! πŸ”₯

πŸ”΄ ZONE 01 – JEJAK SEJARAH
πŸ“œ Pameran Sejarah Kemerdekaan Malaysia
Selami perjalanan sejarah Malaysia daripada era sebelum kemerdekaan, perjuangan tokoh-tokoh terdahulu, rundingan kemerdekaan sehingga pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

πŸ”΅ ZONE 02 – KUIZ MERDEKA
🧠 Kuiz Interaktif
Uji pengetahuan anda melalui kuiz dan elemen gamifikasi berkaitan sejarah kemerdekaan, tokoh negara, Jalur Gemilang, Rukun Negara dan identiti Malaysia.
πŸ“± Imbas & Jawab!

🟠 ZONE 03 – WHEELS OF LUCK
🎑 β€œPusing Roda, Uji Minda, Raih Ganjaran!”
Pusing roda dan dapatkan kategori soalan atau cabaran berkaitan sejarah kemerdekaan Malaysia, patriotisme, tokoh negara dan pengetahuan am Malaysia.
🎁 Spin it! Answer it! Win it!

🟣 ZONE 04 – KREATIF MERDEKA
🎨 Pertandingan Poster Merdeka 2026
Pertandingan poster bertemakan Kemerdekaan Malaysia, terbuka kepada anak-anak ahli keluarga staf PTSS:
πŸ…°οΈ CILIK MERDEKA – bawah 12 tahun
πŸ…±οΈ REMAJA MERDEKA – bawah 17 tahun
✨ Serlahkan kreativiti dan gambarkan semangat patriotisme, perpaduan, kecintaan kepada negara, Jalur Gemilang serta aspirasi Malaysia melalui karya seni anda!

🌟 JANGAN LEPASKAN PELUANG!
Datang, sertai, hayati dan raikan kemerdekaan bersama-sama! πŸ‡²πŸ‡Ύ

❀️ DATANG! SERTAI! HAYATI! RAIKAN KEMERDEKAAN! ❀️

πŸ“Œ 17 OGOS 2026 – 15 SEPTEMBER 2026
πŸ“ Unit Pusat Sumber, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
🎊 JOM! SERTAI SEMUA ZON MENARIK MENANTI ANDA! 🎊

Anjuran:
πŸ“š Unit Pusat Sumber, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

TAHNIAH & PENGHARGAANPusat Sumber Tuanku Syed Sirajuddin, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah menerima Penghargaan P...
24/07/2026

TAHNIAH & PENGHARGAAN

Pusat Sumber Tuanku Syed Sirajuddin, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah menerima Penghargaan Peminjam Terbanyak Kategori Agensi/Jabatan (Pinjaman Kelompok) sempena Majlis Perasmian Pesta Buku Perlis dan Karnival Membaca 2026.

Majlis tersebut telah diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ—“ Tarikh: 24 Julai 2026 (Jumaat)
πŸ•£ Masa: 8.30 pagi
πŸ“ Tempat: Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis dan YBrs. Encik Edy Irwan bin Zulkafli, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.

Dalam majlis tersebut, sijil penghargaan berserta wang saguhati berjumlah RM100.00 telah disampaikan oleh YBrs. Encik Edy Irwan bin Zulkafli, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, dengan diiringi oleh YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis kepada Dr. Isyati binti Suparman, Timbalan Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan kepada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, khususnya Pusat Sumber Tuanku Syed Sirajuddin, atas komitmen berterusan dalam membudayakan amalan membaca dan menggalakkan penggunaan sumber perpustakaan secara aktif dalam kalangan warga kampus.

Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya ilmu, memperluas akses kepada sumber maklumat serta menyokong aspirasi melahirkan warga yang berpengetahuan, berdaya saing dan berbudaya membaca.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga Pusat Sumber Tuanku Syed Sirajuddin atas pencapaian yang membanggakan ini.

22/06/2026

Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu Sesi I 2026/2027 ke Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC)

Pemilihan anda untuk melanjutkan pengajian di institusi TVET terbesar negara ini merupakan langkah penting ke arah pembentukan masa depan yang cemerlang.

Dengan ekosistem pembelajaran yang berteraskan TVET serta kerjasama erat bersama industri, POLYCC komited melahirkan graduan yang kompeten, berketerampilan dan bersedia memacu pembangunan negara.

Ikhlas daripada;
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC





09/06/2026

MAKLUMAN !
Tarikh Penting Pendaftaran Pelajar PTSS Sesi1: 2026/2027

Address

UNIT PUSAT SUMBER, POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PAUH PUTRA
Arau
02600

Opening Hours

Monday 08:15 - 16:45
Tuesday 08:15 - 16:45
Wednesday 08:15 - 16:45
Thursday 08:15 - 16:45
Friday 08:15 - 16:45

Telephone

+6049886200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan PTSS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan PTSS:

Shortcuts

Share