13/04/2017
*Makan Malam Amal Pemuda Amanah Johor dan Solidariti untuk Sdr Mazlan Aliman*
*誠信黨柔佛州青年團團慈善暨籌募黨領袖瑪茲蘭阿裡曼案件基金團結晚宴。*
📅14.4.2017
⏰7.30 Malam
🏚Dewan Akhlak Che Ann khor Yong Peng Batu Pahat Johor。
2017年4月14日晚上七點半在永平德教會隆重舉行。
GPS_*Lokasi*_地點:
2.021440.103.081282
*Untuk pertanyaan*
_*Boleh Hubungi*_
📞Sdr Serudin Soud
0127950952
📞Abdul Haq
01111777135
_*Terima kasih*_
感激不盡!
10/04/2017
FASAL 3 : DASAR DAN TUJUAN
1.1 Memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan.
1.2 Mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Li Al-‘Aalameen).
1.3 Melaksanakan pemerintahan yang berteraskan tadbir urus yang baik (good governance) selari dengan tuntutan prinsip amanah, keadilan, kesaksamaan, kecekapan dan ketelusan.
1.4 Mendukung pendekatan berhikmah, kesederhanaan (wasatiyyah), keterbukaan dan prinsip demokrasi di dalam kerangka Perlembagaan Malaysia.
1.5 Menggembleng seluruh segmen masyarakat dalam wadah perjuangan politik inklusif, merentasi jurang kaum, budaya dan kepercayaan agama.
1.6 Menghormati dan meluhuri Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta mempertahankan kebebasan asasi dan kedaulatan undang-undang.
09/03/2017
Statistik dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat Januari 2016 menunjukkan 4.2 juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Berikut hasil dapatan kajian terhadap statistik rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pemilih:-
Melayu – (1.8 juta = 43%)
Cina – (1.2 juta = 29%)
India – (>300 ribu = 9%)
Bumiputera Sarawak – (>300 ribu = 9%)
Bumiputera Sabah-(>200 ribu = 7%)
Lain-lain – (>100 ribu = 3%)
Orang Asli – (>30ribu = 0.71%)
Ternyata, orang Melayu mendominasi statistik ini dengan peratusan tertinggi. Menurut SPR, hanya senarai pemilih yang dikemaskini sehingga September sahaja akan digunakan sekiranya Pilihanraya Umum diadakan pada awal tahun hadapan.
Oleh hal yang demikian, kami menyeru rakyat Malaysia terutamanya anak muda untuk segera mendaftar sebagai pemilih sebelum berakhirnya bulan September.
Kecaknaan anda bakal menentukan pemimpin negara akan datang. Ayuh daftar mengundi!
08/03/2017
1. Umno sudah sangat tersepit. Dalam keadaan ini, Umno akan pergunakan agama dan agamawan sebagai senjata paling berkesan utk menang p/raya. Umno akan bakar sentimen agama dlm kalangan orang Islam. Kemas dan Jasa akan masuk kampung dan beritahu, Islam sedang dalam bahaya dan mesti diselamatkan.
2. Umno akan kambinghitamkan parti politik spt DAP dan individu tertentu (contohnya Siti Kasim) dan rakan-rakannya. Mereka akan dilabel liberalis, anti Islam, anti dakwah, anti pendakwah, agen kafir utk menaikkan sentimen pertahankan agama yg kononnya sedang terancam.
3. Orang Melayu yg malas berfikir, berfikiran singkat, taksub, sensitif melulu, menyokong membabi buta, mengambil agama secara sentimen, bersemangat agama tanpa ilmu akan percaya dakwaan Umno. Mereka pun bersingsing lengan, demi pertahankan Islam, kita mesti bersama Umno. Ketika itu, 1MDB dan segala datuk nenek penyelewengan Umno sudah diketepikan.
4. Bagi mereka, sesiapa saja yg lawan Umno dikira lawan Islam, tak sokong Umno dikira anti dakwah. Ketika ini, agamawan pun digunakan utk bersyarah ke hulu dan ke hilir atas nama pertahankan agama dan dakwah. Agamawan kelabu asap ini pun bercakap dgn nada Umno, w/pun secara lahirnya mereka tidak berkempen secara langsung utk Umno.
5. Agamawan kelabu asap ini bercanang ke sana sini, Islam sedang terancam oleh parti kafir dan golongan liberalis yg menjadi musuh Islam. Golongan ini jika dibiarkan akan memusnahkan Islam dan mereka mesti ditentang. Dakwaan agamawan kelabu asap ini biasanya mudah ditelan oleh orang Melayu yg beragama secara sentimen. Akhirnya, Najib dilambung-lambung lagi kerana menang p/raya dgn cara jual agama dan bodohkan agamawan.
6. Pada masa yg sama, agamawan dlm Pas yg termakan dedak akan turut berperanan menimbulkan kebencian umum kpd DAP dan individu tadi, juga atas sentimen agama. Bagi agamawan separuh masak Pas ini, orang-orang yg mengajak kpd kebebasan, keadilan, beramal dgn agama secara bijak, akan dilabel liberalis dan anti Islam. Nada mereka sama dgn nada Umno. Mereka membantu Umno utk menjual dan memperalatkan agama. Agamawan Pas ini akan bersuara dgn suara Umno walau pun berbaju hijau dan berserban.
7. Hakikatnya DAP dan individu tersebut bukan anti Islam, anti dakwah atau agen kafir. Mereka mengajak rakyat utk lawan penyeleweng, tuntut hak, pertahan kedaulatan negara dan undang-undang. Namun begitu, oleh kerana agamawan tajaan Umno ini jahil bahasa undang-undang, bahasa hak asasi, akhirnya mereka diperangkap oleh Umno utk menjadi burung kakak tua Umno.
8. Agamawan upahan Umno ini akan bergaya seperti pejuang agama. Lidah mereka manis tetapi mereka berhati ular sawa yg mencari mangsa dan membelitnya dgn serban agama utk survival Umno. W/pun mereka mengaku pejuang agama, melaung dasar lslam ke sana sini, hakikatnya mereka sedang dan akan melelong agama bersama Umno di nat pilihanraya sambil mulut mereka bersumbat dedak.
*Ustaz Zol Perlis*
06/03/2017
RUU 355 : Pemuda Amanah Kedah tawar biaya rawatan untuk pastikan Presiden PAS sihat.
Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas. Pemuda Amanah Kedah, merasa gusar dengan kenyataan Ustaz Idris Ahmad yang menyatakan bahawa Presiden PAS tidak dapat hadir ke parlimen atas alasan kesihatan. Kami merasa terpanggil untuk menawarkan rawatan kepada Tuan Guru Presiden PAS dengan bantuan doktor yang ada bersama Amanah.
2. RUU 355, merupakan satu isu yang sudah merobek kesatuan umat islam di Malaysia sejak ia mula-mula diuar-uarkan oleh Presiden PAS melalui ‘private bill’ beliau. Menyedari pentingnya isu ini, kami merasakan amatlah perlu untuk Presiden PAS menyempurnakan peluang pembentangan ini di parlimen secepat mungkin, agar kesatuan umat islam di negara ini kembali pulih seperti sebelumnya.
3.Mengambil semangat khalifah Salahuddin Al-Ayyubi yang terkenal dalam sejarah, apabila beliau menghantar doktor peribadinya untuk merawat Raja pihak musuh, maka Pemuda Amanah Kedah merasakan adalah lebih awla untuk membantu merawat Tuan Guru Presiden yang bukan sahaja rakan, tetapi murabbi kepada ummah ini.
4. Kami berharap agar, pihak Presiden PAS dapat memberi maklumat secepat mungkin, supaya kami boleh mengatur perjalanan doktor kami kepada beliau dengan segera. Harapan kami, agar beliau sudi menerima bantuan yang tidak seberapa ini agar beliau dapat menunaikan janji untuk membentangkan pindaan RUU355 yang dicanangkan sejak sekian lama.
Sekian, terima kasih.
Dr. Najmi Nadzir,
Biro Kesihatan
Pemuda Amanah Kedah.
03/03/2017
Panas; Pegawai LHDN Dedah Hasil Negara Cukup Tetapi Najib Terlalu BOROS
Menurut sumber dari LHDN - Malaysia sebenarnya tdk berhadapan dgn masalah utk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dlm menguruskan perbelanjaan.
Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan BN memangsakan rakyat. Hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas rakyat untuk menambah hasil negara.
Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kpd golongan berkemampuan utk menjadi sumber kpd negara sama ada menerusi cukai langsung korporat/individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan/perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.
Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.
Sekiranya kerajaan BN mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan drpd sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 30 juta.
Namun, ternyata kerajaan BN untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dlm berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:
a. Belanjawan Tahunan
Kerajaan BN membentangkan belanjawan defisit selama 19 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi.
Kerajaan BN hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 3 tahun mendatang.
Secara ringkas di bawah adalah data mengenai hasil yang dikutip berbanding perbelanjaan kerajaan sebagaimana tahun-tahun berikut:
Hasil (H) Perbelanjaan (P)
2008 (H) 148 bilion (P) 176 bilion
2009 (H) 161 bilion (P) 207 bilion
2010 (H) 148 bilion (P) 191 bilion
2011 (H) 165 bilion (P) 212 bilion
2012 (H) 186 bilion (P) 232 bilion
2013 (H) 208 bilion (P) 251 bilion
2014 (H) 224 bilion (P) 264 bilion
2015 (H) 235 bilion (P) 273 bilion
b. Hutang Negara
Belanjawan defisit menyumbang kpd peningkatkan hutang negara dari setahun ke setahun.
Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847.9 bilion.
Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:
1997 RM 90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion
2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
(Sumber International Monetary Fund)
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion
2016 RM847.9 bilion.
(Sumber The Economist)
Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 18 tahun pada tahun 2015 telah menjadi RM847.9 bilion.
Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.
Selepas Najib mengambil alih negara, hutang meningkat sekali ganda kpd 376 billion. Malang bagi rakyat Malaysia disebabkan Najib boros berbelanja maka hutang terkini Malaysia meningkat menjadi RM 847.9 Bilion
c. Ketirisan Perbelanjaan
Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. dan RM36 bilion pada 2016. Jika ketirisan ditangani maka GST sebenarnya tidak perlu.
Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM176 bilion tetapi untuk 2015 kerajaan merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM273 bilion.
Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?
Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dgn masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.
Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan GST kerana (GST) adalah cara paling mudah utk mengutip sumber terus drpd rakyat termasuk golongan miskin dan Asnaf.
GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai GST.
Menteri Kewangan Kabinet Najib pernah berkata bahawa negara lain juga mengenakan GST kenapa Malaysia tidak boleh? Dengan memberi contoh Indonesia mengenakan GST sejumlah 10% kepada rakyatnya berbanding Malaysia 6%. Namun Menteri kabinet kayu Najib terlupa bagitau rakyat Malaysia bahawa Indonesia hanya mengenakan GST terhadap barang yang diimpot sahaja dan barangan tempatan tidak dikenakan GST.
Di Malaysia, GST Tempatan menyumbang 90% kpd pungutan keseluruhan GST manakala GST import 10% sahaja. (GST Tempatan dikenakan kpd seluruh rakyat terhadap barang yg dibeli dan perkhidmatan yg diterima manakala GST import hanya dikenakan kpd peniaga yg mengimport barang dri luar negara)
GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas. Cara mudah kerajaan Najib mencari sumber kewangan tanpa perlu penasihat ekonomi yang profesional. Tetapi tidak bagi Najib penasihat kewangan bertaraf dan bergaji menteri lebih kurang 7 orang.
Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin. S**a atau tidak rakyat perlu bayar cukai, jika tidak keluar dari Malaysia kata beberapa orang Menteri/Ahli Parlimen Umno.
Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya dikenakan kpd orang yg berkemampuan sahaja.
Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada RM2,500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinan.
d. Rumusan
MUNGKIN ANDA MASIH KABUR, DARI MANA DATANG NYA DANA UNTUK MEMBAYAR HUTANG SEBANYAK RM 847.9 BILION DAN FAEDAH NYA, TENTUNYA DARI RAKYAT KHUSUSNYA CUKAI GST. DENGAN KATA LAIN, RAKYAT DISURUH MEMBAYAR HUTANG NEGARA MANAKALA PEMIMPIN TERUS BOROS BERBELANJA!!!
CUBA KITA KIRA - RM847.9 BILION HUTANG BAHAGI 30 JUTA RAKYAT MALAYSIA: RM847,000,000,000/30= RM28,233,300.00 JUTA, JADI SETIAP RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI HUTANG SEBANYAK RM 28.23 JUTA.
JADI JIKA PENGURUSAN KEWANGAN NEGARA TIDAK DIUBAH, MALAYSIA AKAN MENGHADAPI SITUASI CUKUP SUKAR/BENGKRAP, ITU SEBAB MENGAPA PENGURUSAN NAJIB SENTIASA MAHU MENAIKKAN SEMUA CUKAI BARANGAN DAN PERHIDMATAN, SUDAH BEGITU PUN NAJIB MASIH MENGEKALKAN HIDUP BERMEWAH2......
UNTUK MENGABURI MATA RAKYAT KHUSUSNYA PENDUDUK KG/LUAR BANDAR MAKA NAJIB MEMBUAT KEPUTUSAN MENAIKKAN NILAI BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA( BR1M).
SEBENARNYA PEMBERIAN BR1M HANYALAH UMPAN SUPAYA MULUT RAKYAT MARHEIN DITUTUP DAN DENGAN KENAIKAN BRIM MAKA MAK BEDAH DAN SUKU SAKATNYA DI KAMPUNG AKAN TERUS MENGUNDI UMNO/BN UNTUK MEMBERI NAJIB/ROSMAH BERKUASA 5 TAHUN LAGI.
MARILAH KITA BEBASKAN MINDA DAN MEMBUAT KEPUTUSAN YG BIJAK BERDASARKAN FAKTA DAN MAKLUMAT DI DEPAN MATA. JGN TERPERANGKAP DGN RETORIK UMNO YG SELALU MENAKUT2KAN RAKYAT UTK MENGEKALKAN SOKONGAN. NEGARA SUDAH LAMA MERDEKA DAN SEHARUSNYA RAKYAT BEBAS MERDEKA MENENTUKAN PEMIMPIN YG MEREKA KEHENDAKI TANPA PERLU DIUGUT. RAKYAT BOLEH MENILAI KALAU PEMIMPIN ITU IKHLAS BERKHIDMAT. KERAJAAN BN TIDAK PERLU TAKUT KEHILANGAN KUASA SERTA JAWATAN KERANA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN YG DIUNDI OLEH RAKYAT IALAH BERKHIDMAT KPD RAKYAT. DAN PEMIMPIN INI TDK PERLU MENGUNGKIT KERANA SETIAP PERKHIDMATAN YG MEREKA BERIKAN AKAN DIBERI BAYARAN YG SETIMPAL SEPERTI BERMACAM2 ELAUN/GAJI MENTERI/YB DAN IMBUHAN SERTA KEMUDAHAN2 YG LAIN. MAJORITI MENTERI/YB UMNO INI MENYANDANG PELBAGAI JWTN/PENGERUSI GLC.
KEPADA RAKYAT, BUATLAH KEPUTUSAN TANPA BEREMOSI DAN BERDASARKAN AKAL YG WARAS UTK KEPENTINGAN ANAK CUCU KITA DI MASA DEPAN. TOLAKLAH PEMIMPIN YG TERANG2 RASUAH DAN TIDAK BERINTEGRITI YG MEMPERBODOHKAN SERTA MENGHISAP DARAH RAKYAT.
JGN KELAK ANAK CUCU KITA MEMPERSALAHKAN KITA KERANA TIDAK MEMBUAT SESUATU WALAUPUN PEMIMPIN MENTADBIR NEGARA MENGIKUT KEMAHUAN MEREKA YG MENGAKIBATKAN KEROSAKAN DAN KEHANCURAN.
PEGAWAI LHDN PRIHATIN.
24/02/2017
😞 *BILA KITA INGAT MATI* 😞
🌑 Bila kita ingat *mati,*
_Tiada lagi nak DENGKI-DENGKI._
🌑 Bila kita ingat *mati,*
_Kita tak PENTING diri sendiri._
🌑 Bila kita ingat *mati,*
_Kita boleh buangkan BENCI._
🌑 Bila kita ingat *mati,*
_Semua orang kita MAAFI._
🌑 Bila kita ingat *mati,*
_Kita selalu INSAFI diri._
🌑 Bila kita ingat *mati,*
_Kita saling MENASIHATI._
🌑 Bila kita ingat *mati,*
_Kita telah MENGHIDUPKAN hati._
🌑 Bila kita ingat *mati,*
_Tidak ada KESEDIHAN lagi._
🌑 Bila kita ingat *mati,*
_Kita seronok hendak BERBAKTI._
🌑 Bila kita ingat *mati,*
_Hidup menjadi lebih BERERTI._
🌑 Bila kita ingat *mati,*
_Kita ingat ALLAH, kepadaNya kita akan KEMBALI._
_*Tapi ingatkah kite pada kematian...??*_
24/02/2017
Adakah Malaysia sebuah Negara Islam..??
https://youtu.be/cDO0HEJrI-k
Adakah Tanahair Kita Sebuah Negara Islam? | YBhg Dr Rozaimi Ramle
Bantu Gerak Kerja Mishkah Media - Nombor Akaun Mishkah Media | 5699 7206 0419 (Maybank Islamic) Support Us! - Mishkah Media Account Number | 5699 7206 0419 (...