RELA Daerah Melaka Tengah

RELA Daerah Melaka Tengah

Share

Dibawah Pimpinan PgKR Mahanum Binti Zainal
(Pegawai RELA Daerah Melaka Tengah)

Photos from RELA Daerah Melaka Tengah's post 06/05/2026

๐„๐ฑ๐ž๐ซ๐œ๐ข๐ฌ๐ž ๐‡๐ฎ๐ฆ๐š๐ง๐ข๐ญ๐š๐ซ๐ข๐š๐ง ๐€๐ฌ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐š๐ง๐œ๐ž ๐š๐ง๐ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ ๐‘๐ž๐ฅ๐ข๐ž๐Ÿ (๐‡๐€๐ƒ๐‘)

Kem Terendak - Exercise Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) telah berjaya dilaksanakan di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka dengan penglibatan pelbagai agensi seperti ATM, BOMBA, APM, JKM, KKM dan RELA.

Program ini turut disertai oleh Timbalan Pegawai RELA Daerah, PPgKR Abu Sofian Bin Idris bersama 9 kakitangan dan anggota RELA.

Pelaksanaan latihan melibatkan simulasi operasi bencana termasuk menyelamat mangsa, pemindahan, rawatan awal serta pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) secara bersepadu.

Program ini berjaya meningkatkan kesiapsiagaan, kecekapan serta kerjasama antara agensi dalam menghadapi situasi bencana.

RELA Malaysia Rela Negeri Melaka Kementerian Dalam Negeri (KDN)



๐‘๐„๐‹๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐“๐„๐๐†๐€๐‡ || ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€

Photos from RELA Daerah Melaka Tengah's post 06/05/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐“๐„๐๐†๐€๐‡ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Lawatan kebajikan telah diadakan bagi menziarahi ibu kepada PPgKR Mohd Izzuddin Bin A. Majid, Penolong Pegawai RELA Daerah Alor Gajah iaitu Puan Zakiah Binti Abd Hamid yang kini menerima rawatan di Hospital Melaka.

Lawatan ini diketuai oleh PgKR Mahanum Binti Zainal, Pegawai RELA Daerah bersama kakitangan Pejabat RELA Daerah Melaka Tengah sebagai tanda sokongan dan keprihatinan.

Difahamkan beliau telah menjalani pembedahan dan kini berada dalam keadaan semakin pulih. Semoga diberikan kesembuhan sepenuhnya.

RELA Malaysia Rela Negeri Melaka Kementerian Dalam Negeri (KDN)



๐‘๐„๐‹๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐“๐„๐๐†๐€๐‡ || ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€

Photos from RELA Daerah Melaka Tengah's post 06/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐๐€๐Š๐“๐ˆ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Program Khidmat Bakti RELA MADANI Daerah Melaka Tengah (Gotong-Royong) telah berjaya dilaksanakan di Kompleks Tabika KEMAS, Taman Taming Sari, Sungai Udang, Melaka.

Program ini disertai oleh Penolong Pegawai RELA Daerah, PPgKR Razali bin Salim dan PPgKR Zulkifli Bin Amir Hussin bersama 23 anggota RELA yang terdiri daripada kakitangan, Ketua Perhubungan RELA Kawasan serta Ketua Platun RELA.

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk kerja-kerja mengecat serta pembersihan kawasan sekitar tabika. Program ini bukan sahaja menceriakan persekitaran, malah turut memperkukuh semangat kesukarelawanan serta hubungan erat antara RELA dan komuniti setempat.

RELA Malaysia Rela Negeri Melaka Kementerian Dalam Negeri (KDN)



๐‘๐„๐‹๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐“๐„๐๐†๐€๐‡ || ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€

01/05/2026

1 MEI 2026 | ๐Œ๐”๐“๐ˆ๐€๐‘๐€ ๐Š๐€๐“๐€

โ€œKERENDAHAN HATI MENINGGIKAN BUDI,
KEKURANGAN HARTA TIDAK MENGHALANG KEKAYAAN JIWA,
KESEMPITAN HIDUP MELAHIRKAN KEKUATAN ILMU..โ€



๐”๐๐ˆ๐“ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐‘๐„๐‹๐€ || ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐“๐„๐๐†๐€๐‡

27/04/2026

๐‘น๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฒ๐‘จ ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘ผ๐‘ฏ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ณ๐‘ผ๐‘จ๐‘ต
๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฒ๐‘ป๐‘ฐ ๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ด๐‘ผ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ป๐‘ฐ

MELAKA - Program Khidmat Bakti RELA MADANI Daerah Melaka berjaya dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti gotong-royong seperti pembersihan kawasan, pemotongan rumput dan penyelenggaraan asas. Program ini turut memupuk semangat kesukarelawanan serta mengeratkan hubungan antara RELA Melaka Tengah dan komuniti setempat.

RELA Malaysia Rela Negeri Melaka Kementerian Dalam Negeri (KDN)



๐‘๐„๐‹๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐“๐„๐๐†๐€๐‡ || ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€

Photos from RELA Daerah Melaka Tengah's post 27/04/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐๐€๐Š๐“๐ˆ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐“๐„๐๐†๐€๐‡ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Program Khidmat Bakti RELA MADANI Daerah Melaka Tengah telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Agama JAIM, Kampung Tersusun Bukit Larang, Telok Mas, Melaka.

Program ini disertai oleh PPgKR Razali bin Salim bersama 55 anggota RELA melibatkan kakitangan, Ketua Perhubungan RELA Kawasan dan Ketua Platun RELA.

Pelbagai aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan termasuk pembersihan kawasan sekolah, memotong rumput, membersihkan kelas serta kerja-kerja penyelenggaraan asas.

Program ini bukan sahaja mencapai objektif yang ditetapkan, malah berjaya memupuk semangat kesukarelawanan serta mengeratkan hubungan antara RELA Melaka Tengah dan komuniti setempat.

RELA Malaysia Rela Negeri Melaka Kementerian Dalam Negeri (KDN)



๐‘๐„๐‹๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐“๐„๐๐†๐€๐‡ || ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€

Photos from RELA Daerah Melaka Tengah's post 21/04/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐๐€๐Š๐“๐ˆ ๐‘๐„๐‹๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—” ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Melaka - Program khidmat bakti RELA Daerah Melaka Tengah iaitu โ€œGotong-Royongโ€ telah berjaya dilaksanakan di Balai Raya Kampung Baru Ayer Keroh, Melaka dengan penglibatan Ahli Kehormat dan Bersekutu RELA, Ketua Perhubungan RELA Kawasan, Ketua Platun RELA serta sembilan orang Anggota RELA Bertugas.

Aktiviti gotong-royong melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar balai raya seperti mengutip sampah, menyapu halaman, serta membersihkan longkang bagi memastikan persekitaran lebih kemas, selamat dan kondusif. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua anggota dan penduduk setempat memperlihatkan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang pelaksanaan program.

Program ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif kebersihan kawasan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota RELA dan komuniti setempat. Nilai-nilai murni seperti kerjasama, tanggungjawab dan keprihatinan jelas dizahirkan, sekali gus menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. ๐Ÿค๐Ÿงน๐ŸŒฟ

RELA Malaysia Rela Negeri Melaka Kementerian Dalam Negeri (KDN)



๐‘๐„๐‹๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐“๐„๐๐†๐€๐‡ || ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€

Want your business to be the top-listed Government Service in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Seri Negeri
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00