25/03/2024
25 Mac/ 14 Ramadan- Nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya oleh warga kerja Bahagian Audit Dalam Dan Siasatan Awam, Jabatan Ketua Menteri Melaka.
BAHAGIAN AUDIT DALAM & SIASATAN AWAM (BADSA), JABATAN KETUA MENTERI MELAKA.
ARAS 2, BLOK BENTARA, KOMPLEKS SERI NEGERI, KOMPLEKS SERI NEGERI, 75450 AYER KEROH, MELAKA
25/03/2024
25 Mac/ 14 Ramadan- Nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya oleh warga kerja Bahagian Audit Dalam Dan Siasatan Awam, Jabatan Ketua Menteri Melaka.
19/03/2024
18.03.2024
Nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya oleh warga BADSA pada setiap hari Isnin jam 10.00 pagi merupakan aspirasi YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka dalam meningkatkan semangat patriotisme.
Ab Rauf Yusoh
Kerajaan Negeri Melaka
09/02/2022
30/11/2021
Bahagian Audit Dalam & Siasatan Awam (BADSA) dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM) telah mengadakan Seminar Auditor General Dashboard 3.0 : Pemantauan Terhadap Tindakan Susulan Dan Analisis Isu Laporan Ketua Audit Negara Negeri Melaka pada 30 November 2021 secara dalam talian.
Penceramah bagi seminar ini merupakan dua (2) orang pegawai daripada Bahagian Susulan Audit, Jabatan Audit Negara iaitu YBrs. Dr. Sarimah binti Umor, Timbalan Pengarah Audit dan Puan Juliana binti Shariman, Ketua Penolong Pengarah Audit.
Seminar ini disertai seramai 66 orang pegawai daripada pelbagai Jabatan / Agensi di Negeri Melaka. Tujuan seminar ini diadakan adalah memberi panduan kepada Pegawai Penyelaras dan Pegawai Pengesah yang telah dilantik mengenai proses dan operasi kerja AG’s Dashboard v3.0. Ini bagi memastikan tindakan segera diambil oleh Agensi Kerajaan terhadap penemuan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Pihak BADSA berharap seminar yang diadakan ini dapat membantu semua Jabatan/Agensi Negeri/Syarikat Kerajaan Negeri Melaka untuk memberikan maklum balas yang tepat dan menjawab isu yang dibangkitkan secara spesifik.