11/05/2026
Setiap didikan yang disampaikan bukan sekadar ilmu di bilik darjah, tetapi satu amanah besar dalam membentuk insan berakhlak dan berwawasan.
โGuru Bitara, Nadi Negaraโ menggambarkan peranan guru sebagai pemacu kecemerlangan pendidikan yang menyemai ilmu dan membentuk insan demi masa depan negara.
Jasa dan pengorbanan guru merupakan tunjang utama dalam melestarikan kecemerlangan negara, melahirkan generasi berilmu serta berdaya saing dalam mendepani cabaran global.
Tahun Ini, Tahun Kita
โGuru Bitara, Nadi Negaraโ
11/05/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat rakan-rakan pendidik sekalian!
Sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2026, Google for Education Malaysia dengan kerjasama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) membawakan sebuah program khas untuk pemerkasaan digital guru:
๐ PROGRAM GEMINI ACADEMY ๐
Mari terokai potensi kecerdasan buatan (AI) dalam memudahkan tugasan harian dan meningkatkan kreativiti pengajaran anda!
๐ Tarikh: 12 Mei 2026 (Selasa)
โฐ Masa: 2.00 petang - 5.00 petang
๐ Pautan Live: goo.gle/gemini-academy-malaysia
*Daftar Sekarang!*
โ
Sila imbas kod QR pada poster atau klik pautan pendaftaran ini untuk mengesahkan penyertaan anda: https://forms.gle/meRLRxiEcPmoXsdq6.
โ
Rebut peluang untuk memenangi swag Google for Education dan dapatkan sijil pengiktirafan peringkat kebangsaan dan global!
Jumpa anda di sana!
08/05/2026
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ULANGAN SEMESTER 2 STPM 2025
08/05/2026
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ULANGAN SEMESTER 1 STPM 2025
08/05/2026
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 3 STPM 2025
06/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah (PPDMT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Zafran Hariz bin Zaini, Mantan Pembantu Tadbir, Unit Sumber Manusia, ICT & Pentadbiran Am, Sektor Pengurusan atas segala khidmat bakti dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di sini.
Terima kasih atas segala sumbangan dan kerjasama yang diberikan. Semoga terus cemerlang, berdedikasi, dan berjaya di tempat kerja yang baharu.
"๐บ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐
๐, ๐ฒ๐๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐"
06/05/2026
[๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐]
Dunia pendidikan sentiasa dinamik, maka kita juga perlu terus belajar dan menambah nilai kendiri. Daripada penguasaan teknologi digital hinggalah kepada sesi konsultasi strategik, segalanya dilakukan demi satu matlamat โ Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti.
Syabas kepada seluruh warga PPD Melaka Tengah dan para pendidik yang tidak pernah penat menuntut ilmu. Mari kita teruskan momentum kecemerlangan ini!
06/05/2026
[๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐] ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ฃโจ
โAssalamualaikum & Salam Sejahtera warga pendidikan Melaka Tengah,
โSetinggi-tinggi TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada semua peserta (Sekolah Rendah & Sekolah Menengah) yang berjaya menempatkan diri dalam senarai 15 TERBAIK bagi pelbagai acara Pertandingan Koakademik peringkat daerah tahun ini! ๐๐
Pencapaian anda semua amat membanggakan!
โBuat semua finalis, teruskan momentum cemerlang anda dan buat persediaan yang rapi. Kami mendoakan Selamat Maju Jaya untuk pusingan pertandingan secara bersemuka (face-to-face) nanti. Serlahkan potensi dan buktikan kehebatan bakat anda di pentas akhir! ๐ช๐ค
โ
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru pembimbing, pihak sekolah, dan ibu bapa atas sokongan padu yang tidak berbelah bahagi. Sila rujuk poster-poster di bawah untuk senarai penuh finalis bagi setiap kategori.
โTerus cemerlang, warga Melaka Tengah! ๐
โ
04/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, bakti, dan keringat yang telah dicurahkan oleh Puan Arfah Binti Abd Ghani sepanjang berkhidmat sebagai School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) TVET.
Sesungguhnya segala ilmu yang dikongsi dan nasihat yang dititipkan akan sentiasa mekar dalam ingatan serta menjadi sumber inspirasi buat kami semua.
Semoga Puan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga tercinta, dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
"Selamat Menjalani Persaraan dengan Penuh Keberkatan"
04/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah (PPDMT) ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Markhdayu binti Marwaji, School Improvement Specialist Coaches Plus (SISC+) TVET, atas segala khidmat bakti dan sumbangan yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau.
Segala jasa, ilmu, dan bimbingan yang telah diberikan pastinya akan meninggalkan impak yang mendalam bagi kecemerlangan pendidikan di daerah Melaka Tengah.
Kami mendoakan agar Puan sentiasa diberkati, diberikan kesihatan yang berpanjangan, dan berbahagia di samping keluarga tercinta dalam meniti fasa persaraan ini.
"๐ป๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐ ๐ช๐๐๐๐! ๐ฑ๐๐๐ ๐ด๐ ๐ซ๐๐๐๐๐๐๐."