08/07/2022
Ada graduan sarjanamuda psikologi kecewa tidak boleh beri perkhidmatan psikologi.
Sebenarnya, ramai ahli psikologi yang juga tidak boleh beri perkhidmatan psikologi profesional. Mereka beri perkhidmatan dalam bentuk kajian & pengajaran. Dan mereka tidak kisah.
Bidang psikologi pentingkan sains & etika.
Memang ambil masa juga hendak memahamkan masyarakat tentang hakikat sebenar bidang psikologi yang sangat saintifik dan sangat bervariasi ini.
Dan memang ambil masa juga untuk fahamkan orang awam yang ceramah motivasi yang popular sekarang banyak kandungannya yang tidak saintifik, lebih berbentuk komersil, ada yang boleh memudaratkan untuk jangka panjang.
