Penjara Negeri Melaka

Penjara Negeri Melaka

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penjara Negeri Melaka, Government Organization, Aras 1, Wisma Persekutuan Jalan Bussiness City MITC, Ayer Keroh.

Medium Sosial Jabatan dengan menyalurkan maklumat / program / aktiviti Jabatan Penjara Malaysia di dalam Negeri Melaka

Segala perkongsian maklumat boleh diemailkan ke [email protected]

Photos from Penjara Negeri Melaka's post 13/05/2026

*PELAKSANAAN PROFILING KE ATAS PROSPEK DI BAWAH PROGRAM MY FUTURE JOBS DI PENJARA DUSUN DATO’ MURAD MELAKA*

Pada 13 Mei 2026 (Rabu), bertempat di Dewan Kelab Penjara Dusun Dato’ Murad telah diadakan sesi pelaksanaan profiling ke atas prospek di bawah Program My Future Jobs yang melibatkan 11 Orang Di Selia (ODS) sebagai persediaan ke arah integrasi semula ke dalam pasaran pekerjaan setelah tamat menjalani hukuman. Seramai (4) pegawai PERKESO hadir diketuai oleh Puan Alia binti Mohd Azlan Selvarajah Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Puan Siti Zakiah Binti Izharrudin Pegawai PERKESO, Encik Asyroff Bin Azmi Pegawai PERKESO dan Muhammad Shahril Bin Muhammad Taufiq Pegawai PERKESO bagi sesi yang dijalankan. Pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) SAORA Industries turut menyumbangkan peralatan ICT iaitu Desktop Switcher dan Cable LAN bagi kegunaan sepanjang sesi dijalankan. Hadir bersama PKP Wan Huzaiman Bin Wan Hussain Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad dan KIP Bob Halil Bin Mustapha Pegawai Pemulihan merangkap Pegawai Penempatan Semula (PPS) Penjara Dusun Dato’ Murad.

Photos from Penjara Negeri Melaka's post 12/05/2026

*PELAKSANAAN PROFILING KE ATAS PROSPEK DI BAWAH PROGRAM MY FUTURE JOBS DI PUSAT KOREKSIONAL JASIN MELAKA*

Pada 12 Mei 2026 (Selasa), bertempat di Tempat Lawatan Bersemuka ODS Pusat Koreksional Jasin telah diadakan sesi pelaksanaan profiling ke atas prospek di bawah Program My Future Jobs yang melibatkan 31 Orang Di Selia (ODS) sebagai persediaan ke arah integrasi semula ke dalam pasaran pekerjaan setelah tamat menjalani hukuman. Seramai (4) pegawai PERKESO hadir diketuai oleh Puan Alia binti Mohd Azlan Selvarajah Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Muhammad Shahril Bin Muhammad Taufiq Pegawai PERKESO dan Puan Nur Shahera Binti Nordin Pegawai PERKESO bagi sesi yang dijalankan. Pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) SAORA Industries turut menyumbangkan peralatan ICT iaitu Desktop Switcher dan Cable LAN bagi kegunaan sepanjang sesi dijalankan. Hadir bersama PKP Shaharudin Bin Ahmad Pengarah Pusat Koreksional Jasin, TPP Rafizi Bin Ramli Ketua Seksyen Keselamatan dan Ketenteraman PKJ dan KIP Mohd Rizuan Bin Osman Pegawai Pemulihan merangkap Pegawai Penempatan Semula (PPS) Pusat Koreksional Jasin.

Photos from Penjara Negeri Melaka's post 11/05/2026

*PELAKSANAAN PROFILING KE ATAS PROSPEK DI BAWAH PROGRAM MY FUTURE JOBS DI PENJARA SUNGAI UDANG MELAKA*

Pada 11 Mei 2026, bertempat di Dewan PPI Penjara Sungai Udang telah diadakan sesi pelaksanaan profiling ke atas prospek di bawah Program My Future Jobs yang melibatkan 200 prospek penjara sebagai persediaan ke arah integrasi semula ke dalam pasaran pekerjaan setelah tamat menjalani hukuman. Seramai (5) pegawai PERKESO dan (2) pegawai SOARA Indutries (NGO) hadir bagi sesi yang dijalankan. Turut hadir IP Burhanudin Helmi bin Mohd Nasir Pegawai Penempatan Semula (PPS) Penjara Sungai Udang dan kakitangan PPI Penjara Sungai Udang Melaka.

Photos from Penjara Negeri Melaka's post 15/04/2026

πŸ”₯ WEH JOMMM SHARE!! πŸ”₯

Ada job fair besar dekat Melaka tau!! 😍
🎯 National Aspire Career Fair 2026 (UTeM x MYFutureJobs)

πŸ“… 21 & 22 April 2026
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Dewan Canselor, UTeM

πŸ’Ό Banyak gila peluang kerja!
Lebih 30+ syarikat join β€” bukan biasa-biasa 😎
Cohu, Singtel, Mahkota Medical, Xinyi Solar, Kotra Pharma & banyak lagi!

Nak cari kerja? Internship? Nak try luck?
πŸ‘‰ Ini tempat dia!!

✨ Jawatan pun macam-macam:
Engineer, Technician, Nurse, IT, Executive & banyak lagi πŸ”₯

πŸ“² Daftar cepat:

https://careerfair.myfuturejobs.gov.my/careerfair/socsocareerfair/daftarjobseeker.php?id=MjE0Ng=

Jom downloand MYFuturejobs app sekarang !
https://myfuturejobs.gov.my/

Jumpa di sana

15/03/2026

Ehsan Madani Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka. Kerjasama Strategic Bersama Syarikat Recron.

Photos from Penjara Negeri Melaka's post 07/11/2025

*PROGRAM GRADUASI HEADS UP 2025 BERSAMA ODP / OBB & BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT DENGAN KERJASAMA SAORA INDUSTRIES DAN YAYASAN HASANAH DI RUMAH PERANTARAAN ALOR GAJAH MELAKA*

Pada 6 November 2025 bertempat di Rumah Perantaraan, Alor Gajah Melaka, telah diadakan Program Graduasi Heads Up 2025 Bersama ODP/OBB & bacaan yassin, tahlil dan doa selamat dengan kerjasama Syarikat Saora Industries Sdn Bhd.

Antara pengisian program ialah Penyampaian Sijil dan Set kelengkapan pengurusan harian yang disumbangkan oleh Pihak Saora Industries Sdn Bhd Dan Yayasan Hasanah. Seramai 31 ODP/OBB terlibat dalam program tersebut yang terdiri daripada ODP/OBB Program Heads Up selama 5 siri yang telah dijalankan sepanjang tahun 2025.

Selain dari Peyampaian sijil dan set kelengkapan Harian juga di adakan majlis bacaan yassin bersama ODP/OBB Rumah Perantaraan Alor Gajah. Bacaan Yassin diketuai oleh Ustaz Ahmad Aizad Bin Adam iaitu guru takmir dari Jabatan Agama Islam Melaka. Program dihadiri oleh PKK Alik Bin Makim Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka, PP Norul Hisyam Bin Ismail Ketua Bahagian Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka, KIP Mohd Reduan Bin Yusup, Pegawai Parol Daerah Melaka Tengah Dan Encik Muhammad Hadi Bin Mahanif wakil daripada Saora Industries Sdn. Bhd.

Turut hadir bersama kakitangan Dan anggota dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah. Program berakhir kira-kira jam 9.30 malam.

18/10/2025

πŸ’₯ SAVE THE DATE! Pesta Kraf Paling Dinanti Tiba di Melaka! πŸ’₯

Korang cari barang unik & support local? Jom pergi MyPride Fair! Confirm rambang mata! πŸ‘€

βœ… Kraf tangan 100% buatan Malaysia
βœ… Tenunan, Batik, Anyaman & Macam-macam lagi!
βœ… Kualiti premium, harga special offer!
βœ… Support program pemulihan & beri harapan baru ❀️

πŸ—“οΈ 22-26 OKT 2025
πŸ“ KIPMall Melaka
⏰ 10AM - 10PM

Tag kawan korang yang kaki shopping! Jom serbu! πŸƒβ€β™€οΈπŸ’¨

18/10/2025

SENTUHAN JIWA, KARYA HARAPAN. MYPRIDE FAIR KEMBALI.

Di sebalik setiap corak batik dan kehalusan tenunan, ada sebuah kisah tentang kecekalan dan impian.

Jabatan Penjara Malaysia dengan bangganya mempersembahkan MyPride Fair Zon Selatan 2025, sebuah perayaan seni dan kemahiran. Miliki hasil kerja tangan yang bukan sahaja cantik di mata, tetapi juga sarat dengan makna.

Dari tenunan yang rapi hingga anyaman yang kemas, setiap produk adalah bukti bahawa bakat boleh mekar di mana sahaja. Pembelian anda adalah sokongan anda kepada program pemulihan dan langkah pertama mereka ke arah masa depan yang lebih cerah.

Mari raikan semangat mereka.

πŸ“… 22 - 26 Oktober 2025
⏰ 10 Pagi - 10 Malam
πŸ“ KIPMall Melaka

Tawaran Istimewa menanti. Jadilah sebahagian daripada kisah mereka.

Photos from Penjara Negeri Melaka's post 11/10/2025

*SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2025 PEJABAT PENGARAH PENJARA NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) SAORA INDUSTRIES*

Pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Melaka International Bowling Centre (MIBC) telah berlangsung Program Hari Sukan Negara 2025 Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Saora Industries. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Komisioner Penjara Rosman bin Norman@Normin Pengarah Penjara Negeri Melaka. Turut hadir Penolong Kanan Komisioner Alik bin Makim bersama Penguasa Penjara Norul Hisyam bin Ismail, Kakitangan PPN Melaka dan PPD Melaka Tengah serta OBB / ODP / PKW. Pelbagai acar diadakan seperti Senaman Aerobik, Brisk Walk, Kejohanan Bowling, permainan β€œIndoor Games” seperti Dart Competition, Carrom Tournament, Congkak Competition dengan penglibatan seramai (50) peserta dikalangan kakitangan dan OBB / ODP / PKW. Jalinan kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Saora Industries dapat mengukuhkan dan memperkasakan lagi Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Jabatan Penjara Malaysia. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang dalam acara sukan yang telah dipertandingkan.

Photos from Penjara Negeri Melaka's post 02/10/2025

MESYUARAT PENGURUSAN KALI PERTAMA DAN MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PELAWAT (ALP) SEKOLAH HENRY GURNEY SESI 2025/2026 DAN AHLI LEMBAGA HAKIM PELAWAT PENJARA SESI 2025/2027 BAGI PENJARA NEGERI MELAKA

02.10.2025 (Khamis), Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Kali Pertama serta Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan bagi Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara (LHP) sesi 2025/2027 dan Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Henry Gurney (ALP) sesi 2025/2026 bagi Penjara Negeri Melaka.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP Rosman bin Norman@Normin, yang turut menyampaikan watikah pelantikan kepada seramai 15 orang Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara (LHP) dan 10 orang Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Henry Gurney (ALP).

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Penjara Sungai Udang, pegawai-pegawai urusetia dari Penjara Sungai Udang serta wakil dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka.
Majlis ini turut diserikan dengan taklimat pengurusan Lembaga Hakim Pelawat Penjara (LHP) dan Lembaga Pelawat (ALP) Sekolah Henry Gurney yang telah disampaikan oleh KIP Roshaziwan bin Hassan dari Bahagian Korektif, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua ahli yang telah dilantik. Semoga pelantikan ini dapat menyumbang kepada peningkatan sistem koreksional serta kebajikan penghuni institusi-institusi di bawah seliaan Penjara Negeri Melaka.

Photos from Penjara Negeri Melaka's post 26/09/2025

*MAJLIS GRADUASI HEADS UP 2025 & SAMBUTAN HARI MALAYSIA ANJURAN PEJABAT PENGARAH PENJARA NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA EKUITI NASIONAL BERHAD, SAORA INDUSRTIES DAN PERKESO NEGERI MELAKA MELIBATKAN ORANG DI PAROL (ODP) & ORANG BEBAS BERLESEN (OBB)*

Pada 26 September 2025, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka telah menganjurkan Majlis Graduasi Heads Up 2025 bersama Orang di Parol (ODP) & Orang Bebas Berlesen (OBB) di Dewan Kristal Wisma PERKESO Melaka. Program ini adalah kerjasama bersama Saora Industries Sdn Bhd, Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) dan PERKESO Negeri Melaka. Majlis Graduasi Program Heads Up bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada 80 peserta terdiri daripada ODP dan OBB yang terlibat dengan beberapa siri kursus sepanjang tahun 2025 berbentuk motivasi dan kemahiran kerjaya yang ditaja oleh Ekuinas dan Saora Industries. Selain itu kursus ini bertujuan supaya ODP dan OBB mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan dan dapat membaiki taraf kehidupan. Pihak PERKESO juga memberi kesedaran berbentuk taklimat berkenaan pentingnya caruman SOCSO kepada ODP dan OBB. Majlis dirasmikan oleh YDH TKP Rosman bin Norman @ Normin Pengarah Penjara Negeri Melaka. Turut hadir Encik Redhuan Bin Muda@ Mohad Yatim Timbalan Pengarah PERKESO Negeri Melaka, penaja utama program iaitu Puan Najla binti Roslan Senior Executive CSR Education Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) dan Puan Farzena Balan Pengarah Urusan Saora Industries. Acara penutupan diakhiri dengan nyanyian Malaysia Madani sempena Sambutan Hari Malaysia tahun 2025

Want your business to be the top-listed Government Service in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Aras 1, Wisma Persekutuan Jalan Bussiness City MITC
Ayer Keroh

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00