13/05/2026
*PELAKSANAAN PROFILING KE ATAS PROSPEK DI BAWAH PROGRAM MY FUTURE JOBS DI PENJARA DUSUN DATOβ MURAD MELAKA*
Pada 13 Mei 2026 (Rabu), bertempat di Dewan Kelab Penjara Dusun Datoβ Murad telah diadakan sesi pelaksanaan profiling ke atas prospek di bawah Program My Future Jobs yang melibatkan 11 Orang Di Selia (ODS) sebagai persediaan ke arah integrasi semula ke dalam pasaran pekerjaan setelah tamat menjalani hukuman. Seramai (4) pegawai PERKESO hadir diketuai oleh Puan Alia binti Mohd Azlan Selvarajah Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Puan Siti Zakiah Binti Izharrudin Pegawai PERKESO, Encik Asyroff Bin Azmi Pegawai PERKESO dan Muhammad Shahril Bin Muhammad Taufiq Pegawai PERKESO bagi sesi yang dijalankan. Pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) SAORA Industries turut menyumbangkan peralatan ICT iaitu Desktop Switcher dan Cable LAN bagi kegunaan sepanjang sesi dijalankan. Hadir bersama PKP Wan Huzaiman Bin Wan Hussain Pengarah Penjara Dusun Datoβ Murad dan KIP Bob Halil Bin Mustapha Pegawai Pemulihan merangkap Pegawai Penempatan Semula (PPS) Penjara Dusun Datoβ Murad.
12/05/2026
*PELAKSANAAN PROFILING KE ATAS PROSPEK DI BAWAH PROGRAM MY FUTURE JOBS DI PUSAT KOREKSIONAL JASIN MELAKA*
Pada 12 Mei 2026 (Selasa), bertempat di Tempat Lawatan Bersemuka ODS Pusat Koreksional Jasin telah diadakan sesi pelaksanaan profiling ke atas prospek di bawah Program My Future Jobs yang melibatkan 31 Orang Di Selia (ODS) sebagai persediaan ke arah integrasi semula ke dalam pasaran pekerjaan setelah tamat menjalani hukuman. Seramai (4) pegawai PERKESO hadir diketuai oleh Puan Alia binti Mohd Azlan Selvarajah Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Muhammad Shahril Bin Muhammad Taufiq Pegawai PERKESO dan Puan Nur Shahera Binti Nordin Pegawai PERKESO bagi sesi yang dijalankan. Pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) SAORA Industries turut menyumbangkan peralatan ICT iaitu Desktop Switcher dan Cable LAN bagi kegunaan sepanjang sesi dijalankan. Hadir bersama PKP Shaharudin Bin Ahmad Pengarah Pusat Koreksional Jasin, TPP Rafizi Bin Ramli Ketua Seksyen Keselamatan dan Ketenteraman PKJ dan KIP Mohd Rizuan Bin Osman Pegawai Pemulihan merangkap Pegawai Penempatan Semula (PPS) Pusat Koreksional Jasin.
11/05/2026
*PELAKSANAAN PROFILING KE ATAS PROSPEK DI BAWAH PROGRAM MY FUTURE JOBS DI PENJARA SUNGAI UDANG MELAKA*
Pada 11 Mei 2026, bertempat di Dewan PPI Penjara Sungai Udang telah diadakan sesi pelaksanaan profiling ke atas prospek di bawah Program My Future Jobs yang melibatkan 200 prospek penjara sebagai persediaan ke arah integrasi semula ke dalam pasaran pekerjaan setelah tamat menjalani hukuman. Seramai (5) pegawai PERKESO dan (2) pegawai SOARA Indutries (NGO) hadir bagi sesi yang dijalankan. Turut hadir IP Burhanudin Helmi bin Mohd Nasir Pegawai Penempatan Semula (PPS) Penjara Sungai Udang dan kakitangan PPI Penjara Sungai Udang Melaka.
15/04/2026
π₯ WEH JOMMM SHARE!! π₯
Ada job fair besar dekat Melaka tau!! π
π― National Aspire Career Fair 2026 (UTeM x MYFutureJobs)
π
21 & 22 April 2026
β° 8.00 pagi β 5.00 petang
π Dewan Canselor, UTeM
πΌ Banyak gila peluang kerja!
Lebih 30+ syarikat join β bukan biasa-biasa π
Cohu, Singtel, Mahkota Medical, Xinyi Solar, Kotra Pharma & banyak lagi!
Nak cari kerja? Internship? Nak try luck?
π Ini tempat dia!!
β¨ Jawatan pun macam-macam:
Engineer, Technician, Nurse, IT, Executive & banyak lagi π₯
π² Daftar cepat:
https://careerfair.myfuturejobs.gov.my/careerfair/socsocareerfair/daftarjobseeker.php?id=MjE0Ng=
Jom downloand MYFuturejobs app sekarang !
https://myfuturejobs.gov.my/
Jumpa di sana
07/11/2025
*PROGRAM GRADUASI HEADS UP 2025 BERSAMA ODP / OBB & BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT DENGAN KERJASAMA SAORA INDUSTRIES DAN YAYASAN HASANAH DI RUMAH PERANTARAAN ALOR GAJAH MELAKA*
Pada 6 November 2025 bertempat di Rumah Perantaraan, Alor Gajah Melaka, telah diadakan Program Graduasi Heads Up 2025 Bersama ODP/OBB & bacaan yassin, tahlil dan doa selamat dengan kerjasama Syarikat Saora Industries Sdn Bhd.
Antara pengisian program ialah Penyampaian Sijil dan Set kelengkapan pengurusan harian yang disumbangkan oleh Pihak Saora Industries Sdn Bhd Dan Yayasan Hasanah. Seramai 31 ODP/OBB terlibat dalam program tersebut yang terdiri daripada ODP/OBB Program Heads Up selama 5 siri yang telah dijalankan sepanjang tahun 2025.
Selain dari Peyampaian sijil dan set kelengkapan Harian juga di adakan majlis bacaan yassin bersama ODP/OBB Rumah Perantaraan Alor Gajah. Bacaan Yassin diketuai oleh Ustaz Ahmad Aizad Bin Adam iaitu guru takmir dari Jabatan Agama Islam Melaka. Program dihadiri oleh PKK Alik Bin Makim Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka, PP Norul Hisyam Bin Ismail Ketua Bahagian Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka, KIP Mohd Reduan Bin Yusup, Pegawai Parol Daerah Melaka Tengah Dan Encik Muhammad Hadi Bin Mahanif wakil daripada Saora Industries Sdn. Bhd.
Turut hadir bersama kakitangan Dan anggota dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Pejabat Parol Daerah Melaka Tengah. Program berakhir kira-kira jam 9.30 malam.
18/10/2025
π₯ SAVE THE DATE! Pesta Kraf Paling Dinanti Tiba di Melaka! π₯
Korang cari barang unik & support local? Jom pergi MyPride Fair! Confirm rambang mata! π
β
Kraf tangan 100% buatan Malaysia
β
Tenunan, Batik, Anyaman & Macam-macam lagi!
β
Kualiti premium, harga special offer!
β
Support program pemulihan & beri harapan baru β€οΈ
ποΈ 22-26 OKT 2025
π KIPMall Melaka
β° 10AM - 10PM
Tag kawan korang yang kaki shopping! Jom serbu! πββοΈπ¨
11/10/2025
*SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2025 PEJABAT PENGARAH PENJARA NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) SAORA INDUSTRIES*
Pada 10 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Melaka International Bowling Centre (MIBC) telah berlangsung Program Hari Sukan Negara 2025 Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Saora Industries. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Komisioner Penjara Rosman bin Norman@Normin Pengarah Penjara Negeri Melaka. Turut hadir Penolong Kanan Komisioner Alik bin Makim bersama Penguasa Penjara Norul Hisyam bin Ismail, Kakitangan PPN Melaka dan PPD Melaka Tengah serta OBB / ODP / PKW. Pelbagai acar diadakan seperti Senaman Aerobik, Brisk Walk, Kejohanan Bowling, permainan βIndoor Gamesβ seperti Dart Competition, Carrom Tournament, Congkak Competition dengan penglibatan seramai (50) peserta dikalangan kakitangan dan OBB / ODP / PKW. Jalinan kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Saora Industries dapat mengukuhkan dan memperkasakan lagi Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Jabatan Penjara Malaysia. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang dalam acara sukan yang telah dipertandingkan.
02/10/2025
MESYUARAT PENGURUSAN KALI PERTAMA DAN MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN AHLI LEMBAGA PELAWAT (ALP) SEKOLAH HENRY GURNEY SESI 2025/2026 DAN AHLI LEMBAGA HAKIM PELAWAT PENJARA SESI 2025/2027 BAGI PENJARA NEGERI MELAKA
02.10.2025 (Khamis), Telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Kali Pertama serta Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan bagi Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara (LHP) sesi 2025/2027 dan Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Henry Gurney (ALP) sesi 2025/2026 bagi Penjara Negeri Melaka.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP Rosman bin Norman@Normin, yang turut menyampaikan watikah pelantikan kepada seramai 15 orang Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara (LHP) dan 10 orang Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Henry Gurney (ALP).
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah Penjara Sungai Udang, pegawai-pegawai urusetia dari Penjara Sungai Udang serta wakil dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka.
Majlis ini turut diserikan dengan taklimat pengurusan Lembaga Hakim Pelawat Penjara (LHP) dan Lembaga Pelawat (ALP) Sekolah Henry Gurney yang telah disampaikan oleh KIP Roshaziwan bin Hassan dari Bahagian Korektif, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua ahli yang telah dilantik. Semoga pelantikan ini dapat menyumbang kepada peningkatan sistem koreksional serta kebajikan penghuni institusi-institusi di bawah seliaan Penjara Negeri Melaka.
26/09/2025
*MAJLIS GRADUASI HEADS UP 2025 & SAMBUTAN HARI MALAYSIA ANJURAN PEJABAT PENGARAH PENJARA NEGERI MELAKA DENGAN KERJASAMA EKUITI NASIONAL BERHAD, SAORA INDUSRTIES DAN PERKESO NEGERI MELAKA MELIBATKAN ORANG DI PAROL (ODP) & ORANG BEBAS BERLESEN (OBB)*
Pada 26 September 2025, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka telah menganjurkan Majlis Graduasi Heads Up 2025 bersama Orang di Parol (ODP) & Orang Bebas Berlesen (OBB) di Dewan Kristal Wisma PERKESO Melaka. Program ini adalah kerjasama bersama Saora Industries Sdn Bhd, Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) dan PERKESO Negeri Melaka. Majlis Graduasi Program Heads Up bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada 80 peserta terdiri daripada ODP dan OBB yang terlibat dengan beberapa siri kursus sepanjang tahun 2025 berbentuk motivasi dan kemahiran kerjaya yang ditaja oleh Ekuinas dan Saora Industries. Selain itu kursus ini bertujuan supaya ODP dan OBB mampu bersaing dalam pasaran pekerjaan dan dapat membaiki taraf kehidupan. Pihak PERKESO juga memberi kesedaran berbentuk taklimat berkenaan pentingnya caruman SOCSO kepada ODP dan OBB. Majlis dirasmikan oleh YDH TKP Rosman bin Norman @ Normin Pengarah Penjara Negeri Melaka. Turut hadir Encik Redhuan Bin Muda@ Mohad Yatim Timbalan Pengarah PERKESO Negeri Melaka, penaja utama program iaitu Puan Najla binti Roslan Senior Executive CSR Education Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) dan Puan Farzena Balan Pengarah Urusan Saora Industries. Acara penutupan diakhiri dengan nyanyian Malaysia Madani sempena Sambutan Hari Malaysia tahun 2025