JKKP / DOSH Melaka

Call Directions Website Contact the organization

JKKP / DOSH Melaka Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang menguatkuasakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

12/10/2026
12/10/2026

NEAR MISS BUKAN SEKADAR “NASIB BAIK”.

Ia adalah amaran awal bahawa kemalangan boleh berlaku bila-bila masa.

Jangan diam.
Jangan abaikan.
Laporkan setiap Near Miss!

Kenal pasti bahaya. Cegah sebelum terlambat. ⚠️

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

12/10/2026

[INFOGRAFIK KES PENDAKWAAN]

SYARIKAT PENGILANGAN DIDENDA RM30,000 ATAS KESALAHAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

12/10/2026

🛡️ 𝗪𝗛𝗔𝗧 𝗔𝗥𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝟱 𝗦𝗧𝗘𝗣𝗦 𝗢𝗙 𝗟𝗢𝗖𝗞𝗢𝗨𝗧/𝗧𝗔𝗚𝗢𝗨𝗧 (𝗟𝗢𝗧𝗢)?

⚠️ LOTO = Lockout/Tagout

Lockout/Tagout (LOTO) is a critical safety procedure used to prevent the unexpected start-up of machinery or the release of hazardous energy during maintenance, repair, cleaning, or servicing activities.

It protects workers from electrical shock, crushing injuries, burns, entanglement, and other potentially fatal accidents.

👷‍♂️ 𝗧𝗛𝗘 𝟱 𝗘𝗦𝗦𝗘𝗡𝗧𝗜𝗔𝗟 𝗦𝗧𝗘𝗣𝗦 𝗢𝗙 𝗟𝗢𝗧𝗢

1️⃣ IDENTIFY & NOTIFY 🔍

Before starting maintenance work, identify all energy sources associated with the equipment and inform affected employees about the planned shutdown.

Energy sources may include: ▪️ Electrical energy ⚡ ▪️ Mechanical energy ⚙️ ▪️ Hydraulic energy 💧 ▪️ Pneumatic energy 💨 ▪️ Thermal energy 🔥 ▪️ Chemical energy 🧪 ▪️ Stored energy, such as pressure or a raised load.

Key point: Never begin LOTO without understanding all hazardous energy sources.

2️⃣ ISOLATE ENERGY SOURCES 🔌

Shut down the equipment using the approved procedure and isolate it from every hazardous energy source.

Isolation methods may include: ▪️ Opening electrical disconnects or circuit breakers. ▪️ Closing and securing appropriate valves. ▪️ Disconnecting power supplies. ▪️ Isolating hydraulic and pneumatic systems. ▪️ Blocking or lowering raised equipment safely.

Key point: An ordinary stop button is not an energy-isolating device. Use the correct isolation points and follow the approved procedure.

3️⃣ APPLY LOCKS & TAGS 🔒

Apply approved lockout devices to the energy-isolating devices and attach appropriate warning tags.

A lockout tag should clearly identify the authorized worker and communicate that the equipment must not be operated.

▪️ Use personal locks as required by site procedures. ▪️ Never remove another worker's lock without following the authorized removal procedure. ▪️ Ensure all relevant isolation points are secured. ▪️ Use group lockout arrangements when required.

Key point: A tag provides a warning, while a lock physically prevents operation of the isolation device.

4️⃣ VERIFY ZERO ENERGY ⚡

Before starting work, verify that the equipment is safely isolated and cannot unexpectedly start or release hazardous energy.

Verification may include: ▪️ Testing electrical circuits with an appropriate tester. ▪️ Attempting a start using the approved try-out procedure. ▪️ Checking for residual pressure. ▪️ Releasing or restraining stored energy safely. ▪️ Confirming that moving parts have stopped and hazardous loads are secured.

Important: Return controls to the OFF position after the try-out test. Electrical testing must be performed by qualified personnel using suitable equipment.

Key point: Never assume equipment is safe just because it is switched off or locked out. Verify the isolation before beginning work.

5️⃣ PERFORM WORK SAFELY & RESTORE EQUIPMENT 🦺

Once isolation has been verified, authorized personnel can perform the maintenance or repair work according to the approved procedure.

Before restoring equipment: ▪️ Inspect the work area and equipment. ▪️ Ensure tools and materials are removed. ▪️ Confirm that personnel are clear of danger. ▪️ Reinstall guards and safety devices. ▪️ Each worker must remove their own lock according to site procedures. ▪️ Notify affected personnel before re-energizing the equipment. ▪️ Restore energy in accordance with the approved procedure.

Key point: Never re-energize equipment until the work is complete and the area is confirmed safe.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━

🚨 𝗥𝗘𝗠𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥:

✅ Identify the hazards. ✅ Isolate the energy. ✅ Lock and tag the isolation points. ✅ Verify zero energy. ✅ Perform work safely.

⚠️ Never bypass LOTO procedures. One mistake can cost a life!

👷‍♂️ Safety With Basit — Learn | Share | Stay Safe

━━━━━━━━━━━━━━━━━━

12/10/2026

Jerebu bukan sekadar mengurangkan jarak penglihatan, tetapi ia merupakan ancaman serius kepada kesihatan pekerja, terutamanya bagi mereka yang terdedah lebih lama di luar bangunan atau di kawasan terbuka. Udara tercemar yang mengandungi zarah halus (PM2.5 dan PM10) serta bahan berbahaya lain berisiko masuk ke dalam paru-paru dan aliran darah.

Pendedahan kepada jerebu boleh membawa pelbagai kesan buruk kepada pekerja, antaranya:

- Masalah Pernafasan: Boleh menyebabkan batuk, selesema, sesak nafas, asma, dan jangkitan paru-paru.
- Iritasi Mata: Mengakibatkan mata menjadi merah, pedih, berair, dan gatal.
- Masalah Kardiovaskular: Meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, serangan jantung, dan strok.
- Sakit Kepala dan Penat: Mengurangkan tumpuan, menyebabkan pekerja mudah letih, dan menurunkan prestasi kerja.
- Sistem Imun Lemah: Menjadikan tubuh mudah dijangkiti penyakit seperti selesema dan jangkitan virus.
- Penyakit Kronik: Boleh memburukkan keadaan bagi pekerja yang sedia ada mempunyai masalah seperti COPD, bronkitis, dan alergi.

Bagi memastikan pekerja kekal sihat dan produktiviti meningkat, langkah-langkah pencegahan berikut perlu diambil:

- Gunakan Pelitup Muka: Pakai pelitup muka jenis N95 atau setara yang berupaya menapis zarah halus.
- Kurangkan Aktiviti Luar Bangunan: Elakkan melakukan kerja fizikal berat di luar dan hadkan pendedahan kepada udara terbuka.
- Pastikan Pengudaraan yang Baik: Gunakan sistem penapis udara (air purifier) dan pastikan ruang kerja mempunyai kualiti udara yang baik.
- Banyakkan Minum Air: Kekal terhidrat untuk membantu membersihkan saluran pernafasan dan mengurangkan kesan toksin dalam badan.
- Pantau Kesihatan Berkala: Segera dapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya mengalami simptom seperti batuk berpanjangan, sukar bernafas, atau pedih mata.
- Ikuti Arahan Pihak Berkuasa & Majikan: Sentiasa peka dengan maklumat terkini daripada JAS, KKM, serta mematuhi arahan keselamatan di tempat kerja.

Keselamatan dan kesihatan pekerja adalah tanggungjawab bersama. Lindungi diri untuk terus produktif, kerana pekerja yang sihat akan meningkatkan produktiviti. Cegah jerebu, jaga kesihatan!.

12/10/2026

MAKLUMAN KUALITI UDARA MELAKA

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga lokasi di Melaka kini berada pada tahap Tidak Sihat:

🟡 Bukit Rambai – 153
🟡 Bandaraya Melaka – 102
🟡 Alor Gajah – 101

Orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar, khususnya aktiviti fizikal yang berat. Kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan disaran mengambil langkah berjaga-jaga.

Semak bacaan IPU terkini melalui portal APIMS Jabatan Alam Sekitar:
https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main

12/10/2026
12/10/2026

- [RINGKASAN KEMALANGAN MAUT] -

Kemalangan akibat bekerja dalam ruang terkurung berkemungkinan besar berakhir dengan maut. Dan lebih teruk lagi ialah ianya akan melibatkan secara barantai bukan seorang mangsa malahan mereka yang tidak bekerja dalam ruang berbahaya ini.

Pada minggu lepas telah dilaporkan satu kes kemalangan maut semasa bekerja dengan ruang terkurung. Bukan seorang tetapi 3 orang terlibat. Jabatan amat berdukacita dengan berita ini. Rujuk https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=496103399286655&id=100066609968597&mibextid=Nif5oz .

Oleh sebab itu Jabatan acapkali mengingatkan semua pihak dan majikan yang mempunyai kawalan agar mematuhi dengan tegas AKKP serta Tatamalan Bekerja di Ruang Terkurung tanpa prejudis. Dari rekod saban tahun terdapat kemalangan ruang terkurung dilaporkan dan tidak ada pengajaran yang dijadikan oleh mereka ini dari kes-kes maut yang dilaporkan.

Jabatan tidak bertoleransi dengan apa jua kes kemalangan ruang terkurung dan jika terdapat kecuaian, tindakan perundangan akan diambil tanpa tolak ansur.

Bersama kita mencegah kemalangan, jika tidak anda mungkin mangsa kemalangan seterusnya. Inikah yang anda mahu? fikir-fikirkanlah.

- Admin Kasim Selamat

Tatamalan Bekerja diruang terkurung boleh dimuat turun di https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/perundangan/kod-amalan/higien-industri-1/587-kod-amalan-bekerja-selamat-di-ruang-terkurung-2010

12/10/2026
12/10/2026

- [RINGKASAN KEMALANGAN] -

Adakah kerja-kerja yang anda sedang lakukan telah menjalankan pengenalpastian risiko? adakah anda dimaklumkan tentang bahaya yang wujud dari pekerjaan anda oleh majikan? Dan sudahkah anda mengambil langkah-langkah kawalan terhadap risiko ini? Apa itu 'Lock Out Tag Out' (LOTO)?

Persoalan di atas jika telahpun dipatuhi sepenuhnya mungkin mampu menghalang kemalangan yang terjadi pada 6 Mei 2023 yang lepas (rujuk https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=579677030929291&id=100066609968597&mibextid=Nif5oz ). Kejadian ini amat mendukacitakan jabatan kerana tidak sepatutnya berlaku dikala pelbagai usaha dilakukan untuk memberi kesedaran kepada industri tentang pencegahan kemalangan di tempat kerja dengan pelbagai peruntukan undang-undang sediada.

Sudah sampai masanya Jabatan akan menguatkuasakan peraturan baharu yang khusus mewajibkan para majikan menjalankan penaksiran risiko di tempat kerja sebelum memulakan apa saja pekerjaan secara mandatori.

Bagaimana anda sebagai pekerja p**a? Katakan TIDAK pada kerja yang tiada penaksiran risiko serta langkah kawalan yang perlu di ambil untuk mencegah kemalangan. Jangan mulakan selagi perkara ini tidak dipatuhi. Atau anda adalah mangsa seterusnya.....

Katakan TIDAK pada pekerjaan tanpa penaksiran risiko. Anda mampu mengubahnya.

- Admikn Kasim Selamat

Address

Menara Persekutuan
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062345123

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKKP / DOSH Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKKP / DOSH Melaka:

Shortcuts

Share