09/10/2026
๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐@๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Pada 8 Oktober 2026, Kelab Program Pelancongan Pelajar (K3P) Negeri Melaka dengan kerjasama Pejabat MOTAC Melaka telah melaksanakan lawatan sambil belajar ke Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Muzium Negara. Program ini melibatkan murid-murid sekolah menengah yang terdiri daripada Kelab Pelancongan di Sekolah Menengah yang berdaftar di bawah Program K3P Motac. Sebanyak 6 buah sekolah telah terlibat dalam lawatan sambil belajar ini iaitu SMK Seri Pengkalan, SMK Ayer Keroh , St. Francis' Institution Melaka - Official School , SMK Tun Syed Zahiruddin -TUSZA , SMK Lubok China dan SMK DATO' DOL SAID.
Menerusi program ini, para peserta dibawakan pengalaman menaiki KTM Komuter dari Pulau Sebang ke KL Sentral, melawat Pusat Kawalan Tren, dan menjejaki sejarah di Galeri KTMB. Selain memberi pendedahan tentang sejarah, operasi, keselamatan, dan kejituan teknikal kereta api, program ini turut membuka minda peserta mengenai peluang kerjaya di KTMB serta peranan industri rel dalam memajukan pelancongan negara.
Kemudian para peserta dibawakan melawat ke Muzium Negara. Melalui lawatan ini para peserta diberikan pendedahan tentang sejarah, budaya, warisan dan perkembangan negara Malaysia melalui pengalaman pembelajaran secara langsung. Lawatan ini telah memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna serta meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta terhadap kepentingan menghargai dan memelihara sejarah serta warisan negara.
MOTAC juga menggalakkan lebih banyak sekolah menengah untuk menubuhkan dan mendaftar Kelab Program Pelancongan Pelajar (K3P) di bawah bimbingan MOTAC bagi membudayakan pelancongan dalam kalangan pelajar serta melahirkan generasi yang celik pelancongan.
Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.
KTM Berhad Muzium Negara RASMI