Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka

PROGRAM PENDIDIKAN PERBURUHAN (PPP) SIRI 5/2026Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka telah menganjurkan Program Pendidikan ...
08/09/2026

PROGRAM PENDIDIKAN PERBURUHAN (PPP) SIRI 5/2026

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka telah menganjurkan Program Pendidikan Perburuhan (PPP) Siri 5/2026 bertemakan “Akta Kerja 1955: Upah, Pekerja & Permit” pada 8 September 2026 bertempat di Amverton Heritage Resort, Ayer Keroh, Melaka.

Program menampilkan perkongsian oleh Puan Noraini binti Nordin, Pengarah Tenaga Kerja Negeri Melaka, berkaitan tafsiran upah dan pekerja di bawah Akta Kerja 1955 serta permit perburuhan.

Program turut disusuli dengan sesi soal jawab bersama Puan Nur Hazwani bt Othman, Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan, Bahagian Perundangan & Perlesenan, JTKSM, yang memberi ruang kepada peserta mendapatkan penjelasan berkaitan perkara yang dibincangkan.

Semoga program ini dapat meningkatkan kefahaman peserta terhadap peruntukan undang-undang perburuhan serta hak dan tanggungjawab dalam hubungan pekerjaan.

30/08/2026

💼MEMAHAMI AKTA PEKERJA GIG 2025 (AKTA 872) 📌

Adakah anda seorang pemandu e-hailing, penghantar makanan, jurusolek, atau penggubah muzik? 🇲🇾

Jom fahami liputan asas Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)! 📍

Akta ini merangkumi tiga aspek teras perlindungan:

🔥Definisi Pekerja Gig: Warganegara atau Pemastautin Tetap (PR) yang membuat perjanjian perkhidmatan dan menerima bayaran bagi tugas yang diselesaikan.

✨Entiti Kontrak: Terbahagi kepada Penyedia Platform (aplikasi penghantaran/pemanduan) dan Tanpa Platform (non-platform seperti perfileman, terjemahan, estetika, kewartawanan, dll.).

📝Perjanjian Perkhidmatan: Perjanjian lisan atau bertulis, nyata atau tersirat antara pekerja gig dan entiti kontrak.

📢Simpan infografik ini dan kongsi dengan rakan-rakan gig anda yang lain untuk maklumat bersama! 💡

✅Maklumat lanjut: www.jtksm.gov.my





30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026! 🇲🇾

Semarakkan jiwa merdeka, suburkan rasa cinta kepada tanah air dan terus teguhkan semangat perpaduan demi Malaysia yang lebih sejahtera dan gemilang.💕

Marilah kita bersama-sama menghargai erti kemerdekaan serta menghayati pengorbanan para pejuang terdahulu dalam membina sebuah negara yang berdaulat.💪

🇲🇾 “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati" 💕

Ikhlas daripada✨
YBrs. Encik Kamal Bin Pardi
Ketua Pengarah
serta seluruh warga kerja
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia





Kunjungan Hormat Invest Melaka ke JTK Negeri Melaka.Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)Masa: 3.00 petangTempat: Bilik Mesyuara...
27/08/2026

Kunjungan Hormat Invest Melaka ke JTK Negeri Melaka.

Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat JTK Negeri Melaka
Delegasi: Diketuai oleh YBhg. Datuk Ginie Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka Berhad.

Kunjungan Hormat Pengarah JTK Negeri Melaka kepada Pengarah Mahkamah Negeri Melaka telah diadakan pada 26/8/2026, jam 3....
26/08/2026

Kunjungan Hormat Pengarah JTK Negeri Melaka kepada Pengarah Mahkamah Negeri Melaka telah diadakan pada 26/8/2026, jam 3.00 petang di Kompleks Mahkamah Negeri Melaka.

Kunjungan diketuai oleh Pn. Noraini binti Nordin, Pengarah Tenaga Kerja Negeri Melaka dan disambut oleh YBrs. Tuan Mohamad Kamil bin Nizam, Pengarah Mahkamah Negeri Melaka bersama Pn. Rohatul Akmar binti Abdullah, Hakim Mahkamah Sesyen (3).

🤝 KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI FPM KE JABATAN TENAGA KERJA (JTK) NEGERI MELAKA 🤝Pada 21 Ogos 2026, Jabatan Tenaga Kerja (JT...
21/08/2026

🤝 KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI FPM KE JABATAN TENAGA KERJA (JTK) NEGERI MELAKA 🤝

Pada 21 Ogos 2026, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Melaka amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi F.P.M. Academy of Management and Excellence (F.A.M.E.) dan Felda Plantation Management Sdn. Bhd. (FPMSB).

🎯 Kolaborasi Strategik & Advokasi Pematuhan Perburuhan ini diadakan bertujuan untuk membincangkan ruang kerjasama strategik bersempena dengan penganjuran program Vendor Connect 2026 - Toward Sustainability (Zon Selatan) yang dijadualkan berlangsung pada 7 & 8 September 2026 di Melaka.

Melalui perbincangan ini, kedua-dua pihak menyatakan komitmen bersama untuk memperkasakan pematuhan undang-undang perburuhan dan standard kebajikan pekerja dalam kalangan pengusaha industri perladangan, sekali gus memacu ke arah ekosistem sektor pekerjaan yang lebih mampan dan beretika.

Terima kasih diucapkan kepada delegasi FPM dan FPMSB atas inisiatif kunjungan hormat ini. Semoga jalinan kerjasama yang erat ini terus memupuk keharmonian perusahaan yang berkekalan di Negeri Melaka 🌿

Kunjungan Hormat FMM ke Jabatan Tenaga Kerja Negeri MelakaPada 18 Ogos 2026, Federation of Malaysian Manufacturing (FMM)...
18/08/2026

Kunjungan Hormat FMM ke Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka

Pada 18 Ogos 2026, Federation of Malaysian Manufacturing (FMM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan dan kerjasama antara kedua-dua pihak serta menjadi platform untuk bertukar pandangan dan maklumat berkaitan isu perburuhan dan keperluan industri.

Perbincangan berjalan dengan lancar, membincangkan cabaran semasa industri dan peluang kerjasama masa depan. Kunjungan ini diharap dapat mempererat jaringan kerjasama dan membuka ruang untuk kolaborasi yang lebih erat pada masa akan datang.

KURSUS TATACARA PENGURUSAN ADUAN GANGGUAN SEKSUAL DAN PERLINDUNGAN KEPADA GOLONGAN WANITA.Tarikh: 1 Ogos 2026Masa: 8.30 ...
03/08/2026

KURSUS TATACARA PENGURUSAN ADUAN GANGGUAN SEKSUAL DAN PERLINDUNGAN KEPADA GOLONGAN WANITA.

Tarikh: 1 Ogos 2026
Masa: 8.30 pagi - 6.00 petang
Tempat: Hotel Swiss Garden, Melaka

Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka telah mengadakan Kursus Tatacara Pengurusan Aduan Gangguan Seksual dan Perlindungan kepada Golongan Wanita. Kursus ini telah dihadiri oleh 41 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka dan Pejabat Tenaga Kerja Negeri Melaka. Kursus ini memberikan pendedahan menyeluruh mengenai isu gangguan seksual, perlindungan hak wanita, bidang kuasa tribunal anti gangguan seksual, serta jenayah terhadap wanita dari perspektif pihak polis dan mahkamah.

Antara penceramah yang dijemput adalah:

1) Ketua Pejabat PTK Melaka
Bertanggungjawab membentangkan topik mengenai gangguan seksual di tempat kerja, memberikan panduan dan kesedaran tentang isu ini dalam konteks persekitaran kerja.

2) Wakil Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Melaka
Menyampaikan ceramah berkaitan perlindungan kepada golongan wanita, termasuk hak-hak dan sokongan yang disediakan untuk wanita dalam pelbagai aspek kehidupan.

3) Wakil Tribunal Anti Gangguan Seksual (TAGS)
Memberi penerangan tentang bidang kuasa tribunal dalam menangani kes gangguan seksual, termasuk proses dan mekanisme pengurusan aduan.

4) Wakil Polis Diraja Malaysia
Membincangkan pendedahan tentang jenayah terhadap wanita, termasuk jenis-jenis jenayah dan langkah-langkah penguatkuasaan undang-undang yang diambil oleh pihak polis.

5) Pegawai Undang-Undang dari Kompleks Mahkamah Ayer Keroh
Menjelaskan jenayah terhadap wanita dari perspektif mahkamah, termasuk proses perundangan dan tindakan undang-undang yang berkaitan.

Melalui sesi ceramah oleh pakar-pakar dari pelbagai agensi berkaitan, peserta telah didedahkan dengan pengetahuan praktikal dan undang-undang yang penting untuk menangani dan mengurus aduan gangguan seksual serta melindungi golongan wanita secara efektif. Kursus ini juga menggalakkan kesedaran dan pemahaman yang lebih mendalam dalam kalangan peserta bagi memastikan persekitaran yang selamat dan bebas daripada gangguan seksual."

28/07/2026

Setinggi-tinggi Tahniah🔥

Puan Noraini Bt Nordin
(Pegawai Perhubungan Perusahaan S12)✅

ATAS PELANTIKAN SEBAGAI
Pengarah JTK Negeri Melaka💼

MULA BERKUATKUASA PADA 29 Julai 2026📌

* ikhlas daripada •
YBrs. Encik Kamal Bin Pardi
Ketua Pengarah & Warga Kerja Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia





📸 PROGRAM  PERHIMPUNAN BULANAN, UCAPTAMA DAN AMANAT KETUA PENGARAH JTKSM SERTA SESI DIALOG BERSAMA WARGA JTK NEGERI MELA...
22/07/2026

📸 PROGRAM PERHIMPUNAN BULANAN, UCAPTAMA DAN AMANAT KETUA PENGARAH JTKSM SERTA SESI DIALOG BERSAMA WARGA JTK NEGERI MELAKA DAN JTK NEGERI SEMBILAN

📝 Majlis yang penuh bermakna ini telah diadakan pada 21 Julai 2026 di dan disempurnakan oleh Tuan Haji Kamal bin Pardi, Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) bertempat di Level 2, Convention Centre, Melaka International Trade Centre, Ayer Keroh, Melaka.

📌Dalam amanat yang disampaikan, beliau berkongsi hala tuju, aspirasi serta penekanan terhadap usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan demi kecemerlangan organisasi. Beliau turut memberi penekanan kepada perkembangan pesat Teknologi AI yang sentiasa menuntut pegawai agar sentiasa meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dalam menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi semasa.

💬 Turut berlangsung Sesi Dialog Bersama Pengurusan Tertinggi, yang menjadi platform komunikasi dua hala antara warga JTK Negeri Melaka dan JTK Negeri Sembilan dengan Ketua Pengarah JTKSM serta Pegawai Kanan Ibu Pejabat JTKSM iaitu Encik Abdul Ghalim Bin Latip,Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Encik Abdul Kadir Bin Muhamad, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan (BPN) dan Pn Zahrahtul Najihah Binti Haji Razi, Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan, Bahagian Perundangan dan Perlesenan JTKSM.

💼Sesi ini memberi ruang kepada warga kerja untuk mengemukakan pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan isu-isu pelaksanaan tugas di lapangan, di samping memperolehi maklum balas dan panduan secara langsung daripada pihak pengurusan tertinggi.

🤝 Semoga amanat dan sesi dialog ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga JTK Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk terus memperkukuh komitmen, meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi

Address

Aras 4, Menara Persekutuan, Jalan MITC
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062345171

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka:

Shortcuts

Share