30/04/2026
Setiap hari ialah peluang baharu untuk memulakan sesuatu yang indah🌅✨
Kadangkala kita terlalu memikirkan apa yang telah berlalu, sedangkan hari ini hadir bersama harapan yang segar. Walaupun perlahan, jangan takut untuk bermula semula, kerana setiap langkah kecil hari ini mampu membentuk sesuatu yang besar pada masa hadapan.
Mulakan hari ini dengan hati yang tenang, fikiran yang positif, dan keyakinan bahawa sesuatu yang indah sedang menanti.🌿✨
19/03/2026
Bunga melati di dalam raga,
Harum semerbak di pagi hari;
Kesejahteraan emosi sentiasa dijaga,
Salam Aidilfitri ikhlas dari kami."
Raya, raya juga... Kesihatan mental pun kena jaga! 🌙✨
Aidilfitri bukan sekadar tentang juadah yang enak, tapi juga tentang memberi ruang untuk hati kembali tenang dan hubungan sesama kita kembali jernih.
Kami mendoakan agar Syawal anda kali ini penuh dengan kebahagiaan yang bermakna.
Kalau rasa 'overwhelmed' dengan persiapan raya, jangan lupa ambil masa untuk 'self-care' sekejap ya😉
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada seluruh warga Unit Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Ketua Menteri Melaka! 🏛️❤️
11/03/2026
Program Webinar Psikologi Siri I Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2026 pada 12 Mac 2026 (Khamis)
Tajuk : “Belanja atau Simpan: Psikologi Kepuasan Kewangan”
Penceramah : YBrs. Encik Salleh bin Mohd Nor, Pegawai Psikologi, Jabatan Ketua Menteri Melaka
Moderator: Encik Riza Izuan bin Abd Rahim
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (Ahli AKRAB Negeri Melaka)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Melalui Link Capaian : Facebook Online https://www.facebook.com/UnitPsikologidankaunselingJKMM/
Sijil digital diberikan bagi peserta yang mendaftar semasa program berlangsung
25/04/2025
Visi, Misi & Objektif. Pemangkin perkhidmatan psikologi dan kaunseling ke arah memantapkan modal insan yang sejahtera, beretika dan berprestasi tinggi.
20/02/2025
Program Webinar Psikologi Siri I Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2025 pada 28 Februari 2025 (Jumaat)
Tajuk : “Biar Cakna, Jangan Merana!”
Penceramah : YBrs. Dr. Ummi Habibah binti Abd Rani, Pegawai Psikologi, Polis Diraja Malaysia
Moderator: Encik Salleh bin Mohd Nor, Pegawai Psikologi, Jabatan Ketua Menteri Melaka
Masa : 3.00 petang – 4.00 petang
Melalui Link Capaian : Facebook Online https://www.facebook.com/UnitPsikologidankaunselingJKMM/
*Sijil digital diberikan bagi peserta yang mendaftar semasa program berlangsung*
13/02/2025
Senyuman mampu meningkatkan dan memperbaiki hubungan baik, meredakan perasaan negatif dan membina komunikasi positif antara satu sama lain. Pada masa sama, ia dapat membantu meningkatkan mood yang baik dan memperbaiki kesihatan emosi, mental dan fizikal. Senyumlah!
20/12/2024
Program Jelajah AKRAB “Menyemai Kasih, Menuai Keberkatan Tahun 2024" yang diadakan pada 19 Disember 2024 (Khamis) di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Temerloh Jaya, Pahang. Program ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan atau impak positif kepada komuniti atau golongan yang memerlukan, seperti membantu mengindahkan masjid dan membantu golongan asnaf yang kurang berkemampuan. Seramai 15 orang ahli AKRAB di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka telah terlibat dalam jelajah konvoi ini. Program ini juga melibatkan 30 orang asnaf selaku penerima kit makanan daripada Pejabat Ketua Menteri Melaka serta AJK-AJK masjid yang turut terlibat dalam aktiviti CSR mengecat masjid.
01/11/2024
Kemahiran daya tindak adalah kemahiran seseorang individu itu untuk mengurus perasaan, pemikiran dan tindakan apabila berhadapan dengan situasi yang mencabar. Setiap orang menggunakan kemahiran daya tindak yang berbeza mengikut jenis halangan yang dihadapi.
14/10/2024
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Azlina binti Johan atas segala jasa bakti dan pengorbanan dalam menerajui segala program dan aktiviti bagi Unit Psikologi dan Kaunseling, JKMM selama beliau berkhidmat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.
08/10/2024
Program Kolaborasi Akrab Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka ke Lawatan Penanda Aras AKRAB Bernama, Kuala Lumpur pada 8 Oktober 2024. Seramai 29 orang ahli akrab yang terlibat.
Antara pengisian program adalah lawatan bilik Akrab Bernama dan Taklimat Aktiviti Akrab Bernama.