Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Laman Sosial Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka diwujudkan bertujuan untuk membekalkan suatu perkhidmatan kesihatan penggalakan dan pencegahan dan rawatan asas kepada orang ramai terutama sekali penduduk luar bandar untuk membolehkan keseluruhan masyarakat memperolehi dan menikmati kemudahan- kemudahan kesihatan untuk menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam proses penukaran saikap ke arah mencapai taraf kesihatan yang baik dan mengelakkan dari berlaku dan merebaknya penyakit serta menjauhkan mereka daripada bahaya - bahaya kesihatan yang boleh menjejaskan kehidupan ekonomi dan sosial mereka.

Orang Melaka Ahad depan dah ada perancangan untuk keluarga?Jika belumJom sertai Senam Tradisi Malaysia Sihat di AEON Sho...
26/10/2026

Orang Melaka
Ahad depan dah ada perancangan untuk keluarga?

Jika belum
Jom sertai
Senam Tradisi Malaysia Sihat
di AEON Shopping Cetre,
Ayer Keroh Melaka
Kita senam santai dengan elemen tradisional bersama keluarga

Tarikh : 1hb Nov 2026
Masa : 7:00pagi
Tempat : AEON MELAKA Shopping Centre, Ayer Keroh Melaka.
*Pakaian Sukan dengan elemen tradisional

Penyertaan adalah PERCUMA
Sambil bersenam, kita riadah santai mengunjungi pelbagai pameran kesihatan

Perkhidmatan kesejahteraan kesihatan lain pun turut diadakan
β–ͺ︎ Saringan Kesihatan
β–ͺ︎ Saringan Kecergasan
β–ͺ︎ Saringan Minda Sihat
β–ͺ︎ Saringan Sarkopenia

Semuanya PERCUMA

Apa tunggu lagi..
Imbas kod QR dibawah
Atau tekan link https://forms.gle/utTtDJUbX5MFTcc16

DAFTAR SEGERA
untuk KIT PENYERTAAN PERCUMA kpd peserta yang berdaftar.

Tempat adalah terhad!

Jumpa di sana!

fans
Melaka Sihat
Sahabat Farmasi
SAFE FOOD - BKKM Melaka
Bahagian Kesihatan Pergigian Melaka

Hospital Melaka
Hospital Alor Gajah, Melaka
Hospital Jasin - Rasmi

UNIT PROMOSI KESIHATAN, PKD Alor Gajah
Promosi Kesihatan Melaka Tengah
Promosi Kesihatan Alor Gajah
Promosi Kesihatan Pkd Jasin
Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah

✨Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Kualiti Program Kesihatan Awam KKM Tahun 2026✨26 Oktober 2026Majlis penuh gemilang in...
26/10/2026

✨Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Kualiti Program Kesihatan Awam KKM Tahun 2026✨
26 Oktober 2026

Majlis penuh gemilang ini disempurnakan oleh YB Menteri Kesihatan bagi memberi penganugerahan kepada Program Kesihatan Awam di atas penyampaian perkhidmatan Kesihatan Awam yang melindungi dan meningkatkan tahap kesihatan penduduk melalui pencegahan penyakit, promosi kesihatan, penilaian risiko serta pemantauan kesihatan masyarakat.

JKN Melaka di bawah pimpinan YBrs. Dr. Husnina Ibrahim, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka telah berjaya mendapat Anugerah JKN Terbaik bagi Audit Penarafan Bintang Program Kesihatan AwamπŸ₯‡πŸ†

Semoga pencapaian yang membanggakan ini dapat menjadi inspirasi untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan awam yang cemerlang.

Tahniah warga JKN Melaka!

Orang Melaka Ahad depan dah ada perancangan untuk keluarga?Jika belumJom sertai Senam Tradisi Malaysia Sihat di AEON Sho...
26/10/2026

Orang Melaka
Ahad depan dah ada perancangan untuk keluarga?

Jika belum
Jom sertai
Senam Tradisi Malaysia Sihat
di AEON Shopping Cetre,
Ayer Keroh Melaka
Kita senam santai dengan elemen tradisional bersama keluarga

Tarikh : 1hb Nov 2026
Masa : 7:00pagi
Tempat : AEON MELAKA Shopping Centre, Ayer Keroh Melaka.
*Pakaian Sukan dengan elemen tradisional

Penyertaan adalah PERCUMA
Sambil bersenam, kita riadah santai mengunjungi pelbagai pameran kesihatan

Perkhidmatan kesejahteraan kesihatan lain pun turut diadakan
β–ͺ︎ Saringan Kesihatan
β–ͺ︎ Saringan Kecergasan
β–ͺ︎ Saringan Minda Sihat
β–ͺ︎ Saringan Sarkopenia

Semuanya PERCUMA

Apa tunggu lagi..
Imbas kod QR dibawah
Atau tekan link https://forms.gle/utTtDJUbX5MFTcc16

DAFTAR SEGERA
untuk KIT PENYERTAAN PERCUMA kpd peserta yang berdaftar.

Tempat adalah terhad!

Jumpa di sana!

fans
Melaka Sihat
Sahabat Farmasi
SAFE FOOD - BKKM Melaka
Bahagian Kesihatan Pergigian Melaka

Hospital Melaka
Hospital Alor Gajah, Melaka
Hospital Jasin - Rasmi

UNIT PROMOSI KESIHATAN, PKD Alor Gajah
Promosi Kesihatan Melaka Tengah
Promosi Kesihatan Alor Gajah
Promosi Kesihatan Pkd Jasin
Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah
Kelab Aktif Riadah Staff Sihat Melaka

25/10/2026
23/10/2026

πŸŽ‰π“π€π‡ππˆπ€π‡ & π’π˜π€ππ€π’! πŸŽ‰

Tahniah diucapkan kepada πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ 𝐍𝐔𝐇 𝐁𝐈𝐍 π˜π€π‡π€π˜π€ (π†π„π‘π€πˆ πŒπ„π’π‘π€π‘πˆπ€) atas kejayaan dalam Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Home-Based Food) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. πŸ‘

🏠 Penyenaraian Home-Based Food adalah π—£π—˜π—₯𝗖𝗨𝗠𝗔 dan sijil sah selama 3 tahun! ✨

πŸ“‹ Nak tahu senarai pengusaha yang telah mendapat Penyenaraian Home-Based Food?
Layari atau rujuk pautan yang disediakan di bawah. πŸ‘‡
https://sites.google.com/moh.gov.my/bekal-bkkmmelaka/

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

Pekerja yang bertugas di luar lebih terdedah kepada udara tercemar ketika jerebu. Majikan dan pekerja perlu bersama-sama...
23/10/2026

Pekerja yang bertugas di luar lebih terdedah kepada udara tercemar ketika jerebu. Majikan dan pekerja perlu bersama-sama mengurangkan pendedahan berpanjangan.
⏱️ Pendekkan tempoh tugasan di luar.
πŸ”„ Laksanakan penggiliran kerja.
🏠 Pindahkan pekerja berisiko kepada tugas dalaman.
😷 Gunakan pelitup muka yang sesuai.
🌬️ Berehat di ruang dengan udara lebih bersih.
πŸ—£οΈ Maklumkan kepada penyelia jika mengalami masalah kesihatan.
Dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan jika mengalami batuk, sesak nafas, sakit dada atau keadaan semakin teruk.
Keselamatan dan kesihatan pekerja ialah tanggungjawab bersama.
Sihat

Pastikan pelajar memakai pelitup muka yang sesuai dan betul bagi membantu mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar....
21/10/2026

Pastikan pelajar memakai pelitup muka yang sesuai dan betul bagi membantu mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar.
😷 Pilih pelitup yang sesuai.
βœ… Pastikan hidung, mulut dan dagu ditutupi dengan sempurna.
πŸ”„ Gantikan pelitup yang basah, kotor atau rosak.
🏠 Hadkan aktiviti di luar bangunan.
πŸ“± Pantau bacaan IPU dan patuhi arahan pihak berkuasa.
Dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan jika mengalami batuk, sesak nafas, sakit dada atau keadaan semakin teruk.
Pelitup muka ialah perlindungan tambahan. Pemantauan IPU dan pengurangan pendedahan kepada jerebu tetap perlu diutamakan.

Antibiotik adalah ubat yang dikhususkan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria pada manusia dan haiwan.Ra...
21/10/2026

Antibiotik adalah ubat yang dikhususkan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria pada manusia dan haiwan.
Ramai yang sering keliru, tetapi hakikatnya antibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan virus seperti:
❌ Demam biasa
❌ Selesema
❌ Batuk
Jika anda mengalami simptom batuk atau selesema, pastikan anda minum air dan dapatkan rehat secukupnya. Anda juga boleh mengambil ubat am untuk melegakan simptom jika perlu. Gunakan ubat dengan bijak dan tepat!

PM2.5: HABUK HALUS YANG BOLEH SAMPAI KE DALAM DARAH, MALAH DIKESAN PADA ORGAN JANIN.Bila jerebu melanda, kita biasanya r...
19/10/2026

PM2.5: HABUK HALUS YANG BOLEH SAMPAI KE DALAM DARAH, MALAH DIKESAN PADA ORGAN JANIN.
Bila jerebu melanda, kita biasanya risau apabila mata mula pedih, tekak terasa perit dan dada menjadi sesak. Tetapi ada sesuatu yang jauh lebih membimbangkan tentang udara yang sedang kita sedut.
Zarah pencemaran yang paling kecil mungkin langsung tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia dikenali sebagai PM2.5.
APA SEBENARNYA ADA DALAM PM2.5?
PM2.5 bukan sekadar debu atau habuk biasa. Ia merupakan campuran zarah halus yang boleh mengandungi jelaga daripada pembakaran, bahan karbon, sulfat, nitrat, logam berat seperti plumbum dan arsenik, serta sebatian organik toksik.
Kandungannya bergantung pada punca pencemaran. Asap kebakaran hutan, pembakaran sampah, pelepasan kilang dan asap kenderaan menghasilkan campuran pencemar yang berbeza.
APA BEZANYA DENGAN PM10?
PM10 merangkumi zarah dengan diameter sehingga 10 mikrometer, manakala PM2.5 berdiameter 2.5 mikrometer atau lebih kecil.
Sebagai gambaran, sehelai rambut manusia mempunyai diameter sekitar 50 hingga 70 mikrometer.
PM10 boleh memasuki saluran pernafasan dan paru-paru. Namun, PM2.5 yang lebih kecil mampu menembusi lebih jauh sehingga ke alveoli, iaitu kantung udara halus tempat pertukaran oksigen berlaku.
Dan di sinilah masalahnya bermula.
SEJAUH MANA ZARAH INI BOLEH PERGI?
Apabila PM2.5 sampai ke bahagian terdalam paru-paru, ia boleh mencetuskan keradangan dan tekanan oksidatif. Kesan ini tidak semestinya terhenti pada paru-paru sahaja.
Keradangan tersebut boleh mempengaruhi salur darah dan jantung. Malah, kajian menunjukkan sebahagian zarah yang sangat kecil, khususnya zarah bersaiz nano, boleh menembusi ke dalam peredaran darah.
Pendedahan kepada PM2.5 telah dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung, strok, penyakit paru-paru kronik dan kanser paru-paru.
PENEMUAN KAJIAN YANG LEBIH MEMBIMBANGKAN.
Pada tahun 2022, satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet Planetary Health melaporkan penemuan zarah black carbon, iaitu jelaga daripada pencemaran udara, dalam sampel darah tali pusat dan tisu janin.
Zarah tersebut turut dikesan dalam sampel hati, paru-paru dan otak janin.
Penemuan ini penting kerana ia menunjukkan bahawa sesetengah zarah pencemaran boleh merentasi plasenta semasa kehamilan.
Walaupun kajian tersebut tidak membuktikan bahawa setiap zarah yang dikesan menyebabkan kerosakan organ, ia memberikan satu amaran penting tentang potensi pendedahan pencemaran udara terhadap bayi yang masih berada dalam kandungan.
Ketika jerebu, kurangkan aktiviti luar, terutama aktiviti fizikal lasak. Kurangkan kemasukan udara tercemar ke dalam rumah, gunakan penapis udara HEPA jika ada, dan pakai pelitup muka N95 yang sesuai apabila perlu keluar dalam keadaan udara berasap.
Kita mungkin hanya nampak asap di langit. Tetapi kesan pencemaran udara boleh berlaku jauh lebih dalam daripada apa yang mampu dilihat oleh mata.
Paru-paru bukan satu-satunya organ yang perlu kita lindungi ketika jerebu.
PUBLIC HEALTH MALAYSIA

AEDES BOLEH MEMBIAK DI TEMPAT YANG TIDAK DISANGKA.Jangan hanya memeriksa kawasan di luar rumah. Bekas tadahan air, pelap...
19/10/2026

AEDES BOLEH MEMBIAK DI TEMPAT YANG TIDAK DISANGKA.
Jangan hanya memeriksa kawasan di luar rumah. Bekas tadahan air, pelapik rak pinggan, tangki pam tandas serta ruang di bawah perabot dan sinki juga boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
πŸ” Periksa setiap sudut kediaman.
πŸ’§ Buang air yang bertakung.
🧹 Pastikan kawasan tersembunyi sentiasa bersih dan kering.
Luangkan 10 minit setiap minggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes.
Periksa setiap sudut. Jangan beri peluang kepada Aedes untuk membiak!

Address

JKNM
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60137788713

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kesihatan Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kesihatan Negeri Melaka:

Shortcuts

Share