PLANMalaysia Melaka

Call Directions Website Contact the organization

PLANMalaysia Melaka This is the official page for PLANMalaysia@Melaka (Melaka State Town and Country Planning Department)

PLANMALAYSIA MELAKA SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448H — “MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”MELAKA, 25 Ogos  — ...
25/08/2026

PLANMALAYSIA MELAKA SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448H — “MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI”

MELAKA, 25 Ogos — PLANMalaysia Melaka menyertai Sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung pada hari ini, dengan mengangkat tema “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”.

Penyertaan PLANMalaysia Melaka diketuai oleh YBrs. TPr Sulaiman bin Mohammad, Pengarah PLANMalaysia Melaka, bersama seramai 40 orang warga PLANMalaysia Melaka.

Penyertaan warga PLANMalaysia Melaka dalam sambutan ini mencerminkan komitmen jabatan dalam menyokong program keagamaan di peringkat negeri, di samping memperkukuh ukhuwah, semangat kebersamaan dan nilai-nilai murni dalam kalangan warga jabatan.

Sambutan Maulidur Rasul SAW menjadi wadah untuk seluruh warga menghayati sirah, keperibadian, akhlak serta kepimpinan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan menjadikannya sebagai teladan dalam kehidupan serta pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Selaras dengan tema “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”, penghayatan terhadap nilai-nilai yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW diharapkan dapat terus diterapkan dalam budaya kerja, khususnya dalam membentuk warga kerja yang berintegriti, amanah, berakhlak dan sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Semoga sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H ini terus menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga PLANMalaysia Melaka.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ﷺ

🏅 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS 🏅Puan Sabidah binti Md NasirPenolong Pegawai Perancang Bandaratas penerimaan Pingat...
24/08/2026

🏅 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS 🏅

Puan Sabidah binti Md Nasir
Penolong Pegawai Perancang Bandar

atas penerimaan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) sempena Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bersempena Sambutan Hari Jadi Ke-77 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna atas dedikasi, komitmen serta jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sepanjang perkhidmatan.

Semoga penganugerahan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang serta menyumbang bakti kepada organisasi dan Negeri Melaka.

Tahniah dan syabas, Puan Sabidah! 🌷🏅

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga PLANMalaysia Melaka.

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐑𝐔𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐘𝐄𝐍 𝟐𝟎𝐀, 𝐀𝐊𝐓𝐀 𝟏𝟕𝟐 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊-𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋. 𝟰/𝟐𝟎𝟐𝟔AYER KEROH, 14 Ogo...
14/08/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐑𝐔𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐊𝐒𝐘𝐄𝐍 𝟐𝟎𝐀, 𝐀𝐊𝐓𝐀 𝟏𝟕𝟐 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊-𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋. 𝟰/𝟐𝟎𝟐𝟔

AYER KEROH, 14 Ogos – PLANMalaysia Melaka telah mengadakan Mesyuarat Rundingan di bawah Seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi membincangkan projek-projek pembangunan kerajaan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. Mesyuarat kali ini membincangkan projek milik Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. TPr Sulaiman bin Mohammad, Pengarah, PLANMalaysia Melaka, dengan kehadiran wakil-wakil agensi teknikal negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan setiap cadangan dilaksanakan secara terancang, cekap dan mematuhi peruntukan perundangan.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Melaka dalam memperkukuh kemudahan pendidikan dan kebajikan masyarakat, selaras dengan hasrat memastikan kesejahteraan rakyat serta pembangunan negeri yang mampan dan inklusif.

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗛𝗗𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔, 𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗛𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗨𝗝𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜AYER KEROH,  12 Ogos – PLANMalaysia Melaka menerima kunjun...
12/08/2026

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗛𝗗𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔, 𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗛𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗨𝗝𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜

AYER KEROH, 12 Ogos – PLANMalaysia Melaka menerima kunjung hormat daripada Real Estate and Housing Developers’ Association (REHDA) Melaka yang diketuai oleh Pengerusi REHDA Melaka, Datuk Ngoh Chun How, bersama delegasi, hari ini.

Kunjungan tersebut diadakan bagi membincangkan hala tuju pembangunan perumahan Negeri Melaka, di samping bertukar pandangan mengenai isu semasa dan cabaran yang dihadapi dalam sektor pembangunan hartanah.

Dalam pertemuan bersama Pengarah PLANMalaysia Melaka, TPr Sulaiman bin Mohammad, perbincangan turut menyentuh aspek keperluan perumahan, perancangan guna tanah, permintaan pasaran serta pendekatan perancangan yang dapat menyokong penyediaan perumahan yang lebih terancang dan memenuhi keperluan rakyat.

Sesi ini turut memberi ruang kepada REHDA Melaka untuk mengemukakan pandangan serta cadangan pihak industri, manakala PLANMalaysia Melaka berkongsi perspektif perancangan dalam memastikan pembangunan perumahan dapat dilaksanakan secara teratur serta selaras dengan dasar dan perancangan pembangunan Negeri Melaka.

Hadir bersama delegasi REHDA Melaka ialah Datuk Harold Ong, Timbalan Setiausaha Kehormat; En. Clement Lau Wei Kiat dan En. Jonathan Poh Zhi Huang, Ahli Jawatankuasa; En. Johan Gwee, Ahli Jawatankuasa Youth; TPr Lau Dor Ris, Penasihat Kehormat; serta Pn. Low Hwee Ling, Eksekutif Sekretariat.

PLANMalaysia Melaka terus komited memperkukuh hubungan dan kerjasama bersama pihak industri sebagai usaha memastikan agenda pembangunan perumahan Negeri Melaka dapat dirancang dengan lebih berkesan, responsif serta memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan.

Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin
REHDA Melaka

𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗔𝗟𝗔𝗦, 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥, 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada...
11/08/2026

𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛
𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗔𝗟𝗔𝗦, 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥, 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Datuk Md Azhan bin Samat atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Melaka, berkuat kuasa 11 Ogos 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan tadbir urus dan pengurusan kewangan Negeri Melaka yang cekap, berintegriti, telus dan berakauntabiliti, selaras dengan aspirasi untuk memastikan setiap sumber dan peruntukan negeri diurus secara berhemah demi kepentingan pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang besar dalam menerajui pengurusan kewangan negeri, memperkukuh akauntabiliti serta memastikan sumber kewangan diurus dengan penuh integriti dan kebijaksanaan. Semoga sentiasa dikurniakan kekuatan, keteguhan dan kebijaksanaan dalam menggalas amanah ini demi kemajuan Negeri Melaka dan kesejahteraan seluruh rakyat, dengan setulus ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga PLANMalaysia Melaka.

𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛𝗠𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗜 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛, 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗖𝗨 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Datuk Wira Salh...
11/08/2026

𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛
𝗠𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗜 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛, 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗖𝗨 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Datuk Wira Salhah binti Salleh atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, berkuat kuasa 11 Ogos 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kesinambungan kecemerlangan pentadbiran serta memperkukuh usaha dalam memacu pembangunan Negeri Melaka yang progresif, terancang dan berteraskan kesejahteraan rakyat.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Semoga sentiasa dikurniakan kebijaksanaan, kekuatan dan keteguhan kepimpinan dalam menerajui amanah serta memacu kecemerlangan demi kemajuan Negeri Melaka dan kesejahteraan seluruh rakyat. Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat menjalankan amanah ini disampaikan dengan penuh ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga PLANMalaysia Melaka.

Ab Rauf Yusoh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Kerajaan Negeri Melaka

𝗦𝗘𝗕𝗨𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗦𝗔, 𝗦𝗘𝗝𝗨𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dir...
11/08/2026

𝗦𝗘𝗕𝗨𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗦𝗔, 𝗦𝗘𝗝𝗨𝗧𝗔 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡
𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada YB Datuk Wira Azhar bin Arshad atas segala jasa, khidmat bakti, kepimpinan dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang menggalas amanah sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Segala sumbangan, komitmen dan bakti yang dicurahkan demi kemajuan, pembangunan serta kesejahteraan Negeri Melaka amatlah dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Sempena persaraan ini, Pengarah dan seluruh warga PLANMalaysia Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mendoakan semoga YB Datuk Wira sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, ketenangan dan kesejahteraan dalam meniti fasa kehidupan yang baharu.

Jasamu dikenang,
budimu disanjung,
bakti dan legasimu kekal terpahat dalam kenangan.

Kerajaan Negeri Melaka
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
PLANMalaysia

𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗥𝗦𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝟮𝟬𝟰𝟬 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛: 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗚𝗜𝗔𝗧AYER KEROH, 3 Ogos – PLANMalaysia Melaka telah ...
03/08/2026

𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗥𝗦𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝟮𝟬𝟰𝟬 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛: 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗥𝗚𝗜𝗔𝗧

AYER KEROH, 3 Ogos – PLANMalaysia Melaka telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 2/2026 bagi Kajian Rancangan Struktur Negeri Melaka 2040 (Kajian Semula) bertempat di AMES Hotel, Ayer Keroh.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Syukri bin Yahya, Timbalan Pengarah (Pembangunan), PLANMalaysia Melaka, dan menjadi platform penting untuk menyelaras serta memperhalusi penyediaan Rancangan Struktur Negeri Melaka 2040 agar selari dengan aspirasi pembangunan negeri yang mampan, inklusif dan berdaya saing.

Mesyuarat turut disertai oleh wakil daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), SM-WEZ, Melaka Corporation (MCORP) serta pasukan perunding Iktisas Planners.

Perbincangan memfokuskan kepada semakan kemajuan kajian, penyelarasan isu-isu strategik pembangunan, serta penelitian terhadap cadangan dasar dan hala tuju perancangan yang akan membentuk pembangunan fizikal Negeri Melaka sehingga tahun 2040.

Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Melaka 2040 merupakan dokumen perancangan strategik yang akan menjadi panduan utama pembangunan negeri bagi memastikan pembangunan fizikal dilaksanakan secara tersusun, mampan dan berdaya tahan, selaras dengan agenda pembangunan Negeri Melaka serta kepentingan rakyat.

PLANMalaysia
Pejabat Projek Zon Selatan, PLANMalaysia
Iktisas Planners

𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 (𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔) - 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗠𝗢𝗕𝗜𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 : 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧, 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗦𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗬𝗔𝗞𝗜𝗡𝗞𝗔𝗡Bagaimanakah pe...
03/08/2026

𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 (𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔) - 𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗠𝗢𝗕𝗜𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 : 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧, 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗦𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗬𝗔𝗞𝗜𝗡𝗞𝗔𝗡

Bagaimanakah perancangan bandar dapat mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, selesa dan mesra pejalan kaki?

Ikuti perkongsian TPr Sulaiman bin Mohammad, Pengarah PLANMalaysia Melaka, dalam Laporan Khas Melaka Sayang Rakyat (MESRA) yang mengetengahkan peranan PLANMalaysia Melaka dalam merancang sistem mobiliti yang menyokong kesejahteraan rakyat serta pembangunan Negeri Melaka.

📺 Tonton video penuh dan kongsikan pandangan anda.

Ab Rauf Yusoh
PLANMalaysia






Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial r...

Address

Aras 5, Bangunan Wisma Negeri
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:30

Telephone

+6063333333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLANMalaysia Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PLANMalaysia Melaka:

Share