Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka

Share

Laman Facebook Rasmi JPPM Negeri Melaka. Platform utama hebahan program, makluman terkini & aktiviti pertubuhan di Melaka.

Ikuti kami untuk informasi komuniti yang dinamik.

Photos from Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka's post 30/04/2026

đŸ”ģđ—Ŗđ—˜đ— đ—˜đ—Ĩ𝗜𝗞đ—Ļ𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘đ—Ĩ𝗡đ—ĸ𝗧𝗜đ—ĻđŸ”ģ
​
đ—Ŗđ—˜đ— đ—”đ—Ąđ—§đ—”đ—¨đ—”đ—Ą 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔đ—Ļ đ—Ŗđ—˜đ—Ĩ𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗔𝗧𝗘𝗚đ—ĸđ—Ĩ𝗜 đ—Ļđ—ĸđ—Ļ𝗜𝗔𝗟
​
𝗕𝗔𝗖𝗛𝗔𝗡𝗚, đŸ¯đŸŦ 𝗔đ—Ŋđ—ŋđ—ļ𝗹 𝟮đŸŦ𝟮𝟲 — Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka telah menjalankan Program Pemeriksaan Bernotis Ke Atas Pertubuhan Kategori Sosial di alamat premis pertubuhan berdaftar. Pemeriksaan telah dijalankan terhadap sebuah pertubuhan dengan kehadiran seramai dua (2) orang wakil pertubuhan.
​
Tujuan utama program pemeriksaan bernotis ini ialah untuk memastikan pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar diurus tadbir secara baik dan berkualiti selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] dan Undang-Undang Tubuh Pertubuhan.
​
​


​
Š2026 Unit Komunikasi Korporat JPPM Melaka

Photos from Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka's post 29/04/2026

đŸ”ģđ—Ŗđ—Ĩđ—ĸ𝗚đ—Ĩ𝗔𝗠 đŸ”ģ
​
𝗞𝗨đ—Ĩđ—Ļ𝗨đ—Ļ 𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜đ—Ĩ 𝗨đ—Ĩ𝗨đ—Ļ đ—Ŗđ—˜đ—Ąđ—šđ—¨đ—Ĩ𝗨đ—Ļ𝗔𝗡 đ—Ŧ𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘đ—Ĩ𝗞𝗨𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 đ—Ŗđ—˜đ—Ąđ——đ—”đ—™đ—§đ—”đ—Ĩ𝗔𝗡 đ—Ŗđ—˜đ—Ĩ𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔đ—Ŧđ—Ļ𝗜𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘đ—Ĩ𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔
​
𝗔đ—Ŧ𝗘đ—Ĩ 𝗞𝗘đ—Ĩđ—ĸ𝗛, 𝟮đŸĩ 𝗔đ—Ŋđ—ŋđ—ļ𝗹 𝟮đŸŦ𝟮𝟲 – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka telah menganjurkan Kursus Tadbir Urus Pengurusan Pertubuhan Yang Berkualiti di Dewan Persidangan, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Melaka.
​
Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 69 orang wakil daripada 26 pertubuhan yang baharu berdaftar merangkumi kategori Kebajikan, Kebudayaan, Keseniaan, Sosial, Faedah Bersama dan Keagamaan.
​
Kursus dimulakan dengan taklimat pengurusan pertubuhan oleh Penolong Pendaftar, JPPM Melaka bagi memberi kefahaman peranan pertubuhan dan amalan pengurusan berkesan. Sesi kemudiannya diteruskan oleh Bank Islam Melaka yang membincangkan tatacara pembukaan akaun serta kemudahan kewangan yang disediakan.
​
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat memperkukuh tadbir urus dan integriti dalam pelaksanaan aktiviti pertubuhan di peringkat Negeri Melaka.
​


​
Š2026 Unit Komunikasi Korporat JPPM Melaka

Photos from Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka's post 21/04/2026

đŸ”ģ𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡đŸ”ģ
​
𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛đ—ĸđ—Ĩ𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜đ—Ļ 𝗞𝗘đ—Ļ𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔đ—Ĩ𝗔 (𝗠𝗞𝗡) 𝗡𝗘𝗚𝗘đ—Ĩ𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗞𝗘 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 đ—Ŗđ—˜đ—Ąđ——đ—”đ—™đ—§đ—”đ—Ĩ𝗔𝗡 đ—Ŗđ—˜đ—Ĩ𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔đ—Ŧđ—Ļ𝗜𝗔 (đ—đ—Ŗđ—Ŗđ— ) 𝗡𝗘𝗚𝗘đ—Ĩ𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔
​
𝗔đ—Ŧ𝗘đ—Ĩ 𝗞𝗘đ—Ĩđ—ĸ𝗛, 𝟮𝟭 𝗔đ—Ŋđ—ŋđ—ļ𝗹 𝟮đŸŦ𝟮𝟲 – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka telah menerima kunjungan daripada Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka, YBrs. Tuan Norazle bin Sulaiman di Pejabat JPPM Melaka, Kompleks Ayer Keroh, Melaka.
​
Pertemuan ini memfokuskan perbincangan kerjasama strategik dan penyelarasan maklumat serta pemantauan pertubuhan di peringkat Negeri Melaka.
​
Sinergi antara agensi ini amat penting bagi memastikan kelestarian ekosistem pertubuhan yang berintegriti dan mematuhi aspek undang-undang demi keharmonian negara.
​


​
Š2026 Unit Komunikasi Korporat JPPM Melaka

Photos from Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka's post 16/04/2026

đŸ”ģđ—Ŗđ—Ĩđ—ĸ𝗚đ—Ĩ𝗔𝗠 đŸ”ģ
​
đ—Ŗđ—Ĩđ—ĸ𝗚đ—Ĩ𝗔𝗠 đ—Ļ𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 đ—Ļ𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗞đ—ĸ𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 đ—ĸ𝗟𝗘𝗛 đ—Ŧ𝗕 𝗗𝗔𝗧𝗨𝗞 đ—Šđ—Ŗ đ—Ļ𝗛𝗔𝗡𝗠𝗨𝗚𝗔𝗠 𝗔/𝗟 𝗩.đ—Ŗđ—œđ—§đ—–đ—›đ—”đ—Ŧ 𝗕𝗘đ—Ĩđ—Ļ𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 đ—Ŗđ—˜đ—Ąđ——đ—”đ—™đ—§đ—”đ—Ĩ𝗔𝗡 đ—Ŗđ—˜đ—Ĩ𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔đ—Ŧđ—Ļ𝗜𝗔 (đ—đ—Ŗđ—Ŗđ— ) 𝗡𝗘𝗚𝗘đ—Ĩ𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔
​
𝗔𝗟đ—ĸđ—Ĩ 𝗚𝗔𝗝𝗔𝗛, 𝟭𝟰 𝗔đ—Ŋđ—ŋđ—ļ𝗹 𝟮đŸŦ𝟮𝟲 – Program Sembang Santai Komuniti anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan JAPERUN Gadek, Alor Gajah, Melaka.
​
Program ini telah diserikan dengan kehadiran YB Datuk VP Shanmugam a/l V.Pitchay, EXCO Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Gadek.
​
Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman kepimpinan pertubuhan setempat mengenai aspek pematuhan Akta Pertubuhan 1966 serta pengurusan dokumen berkualiti menerusi taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pendaftar Pertubuhan JPPM Melaka. Selain itu, program turut diisi dengan sesi perkongsian ilmu oleh Encik Mohd Zakri bin Raihan, Pegawai Penerangan daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi memberi nilai tambah kepada pembangunan sahsiah dan komuniti setempat.
​
Sesi soal jawab yang dijalankan turut memberi ruang kepada para peserta untuk mendapatkan khidmat nasihat secara langsung bagi memastikan pengurusan pertubuhan yang lebih cekap, teratur dan berintegriti.
​
Semoga program ini dapat meningkatkan kompetensi wakil-wakil pertubuhan dalam memastikan tadbir urus persatuan sentiasa berada di tahap kecemerlangan terbaik demi kesejahteraan komuniti setempat.
​


​
Š2026 Unit Komunikasi Korporat JPPM Melaka

Photos from Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka's post 15/04/2026

Kerajaan umum bantuan tunai tambahan sebanyak RM75 juta bagi pengguna diesel:
​
🌾 ​ 𝗜đ—ģ𝘀𝗲đ—ģ𝘁đ—ļđ—ŗ đ—Ŗđ—˛đ—ēđ—¯đ—Žđ—ˇđ—Žđ—¸đ—Žđ—ģ đ—Ŗđ—˛đ˜€đ—Žđ˜„đ—Žđ—ĩ (đ—œđ—Ŗđ—žđ—Ŗ) 𝗗đ—ļđ—ģ𝗮đ—ļ𝗸𝗸𝗮đ—ģ
​
✅ RM160 âžĄī¸ RM300 sehektar semusim membabitkan hampir 200,000 pesawah. Ikhtiar ini membabitkan dana tambahan sekitar RM40 juta.
​
👨‍🌾 𝗕𝗮đ—ģ𝘁𝘂𝗮đ—ģ 𝗜đ—ģ𝘁𝗲đ—ŋđ—ļđ—ē 𝗕𝗨𝗗𝗜 𝗔𝗴đ—ŋđ—ļ-𝗞đ—ŧđ—ēđ—ŧ𝗱đ—ļ𝘁đ—ļ 𝗗đ—ļđ—ģ𝗮đ—ļ𝗸𝗸𝗮đ—ģ
​
✅ RM300 âžĄī¸ RM400 bagi bulan April membabitkan lebih 200,000 penerima petani dan pekebun kecil dengan dana tambahan sebanyak RM20 juta sebulan.
​
🚗 𝗕𝗮đ—ģ𝘁𝘂𝗮đ—ģ 𝗜đ—ģ𝘁𝗲đ—ŋđ—ļđ—ē 𝗕𝗨𝗗𝗜 𝗗đ—ļ𝗲𝘀𝗲𝗹 𝗜đ—ģ𝗱đ—ļ𝘃đ—ļ𝗱𝘂 𝗗đ—ļđ—ģ𝗮đ—ļ𝗸𝗸𝗮đ—ģ
​
✅ RM300 âžĄī¸ RM400 bagi bulan April membabitkan lebih 150,000 pemilik kenderaan diesel di Semenanjung dengan dana tambahan RM15 juta sebulan.
​
â›Ŋī¸ 𝗞𝗲đ—ŋ𝗮𝗷𝗮𝗮đ—ģ đ—ē𝗲𝗹đ—ŧđ—ģ𝗴𝗴𝗮đ—ŋ𝗸𝗮đ—ģ 𝘀𝘆𝗮đ—ŋ𝗮𝘁 đ—Ŋ𝗲đ—ŋđ—ēđ—ļ𝘁 𝗸đ—ĩ𝗮𝘀 đ—¯đ—Žđ—´đ—ļ đ—Ŋ𝗲đ—ēđ—¯đ—˛đ—šđ—ļ𝗮đ—ģ 𝗱đ—ļ𝗲𝘀𝗲𝗹 đ—ēđ—˛đ—šđ—˛đ—¯đ—ļđ—ĩđ—ļ 𝟮đŸŦ 𝗹đ—ļ𝘁𝗲đ—ŋ 𝘂đ—ģ𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝗴𝘂đ—ģ𝗮𝗮đ—ģ 𝘀𝗲𝗹𝗮đ—ļđ—ģ 𝗸𝗲đ—ģ𝗱𝗲đ—ŋ𝗮𝗮đ—ģ.
​
🚜 đ—Ļ𝗲𝗰𝗮đ—ŋ𝗮 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝘂đ—ŋ𝘂đ—ĩ𝗮đ—ģ, 𝗞𝗲đ—ŋ𝗮𝗷𝗮𝗮đ—ģ 𝘁𝗮đ—ēđ—Ŋ𝘂đ—ģ𝗴 đ—Ĩđ— đŸŗ đ—¯đ—ļ𝗹đ—ļđ—ŧđ—ģ đ—¯đ—Žđ—ģ𝘁𝘂𝗮đ—ģ đ—¯đ—Žđ—ĩ𝗮đ—ģ 𝗮đ—Ŋđ—ļ đ—Ŋ𝗮𝗱𝗮 𝗔đ—Ŋđ—ŋđ—ļ𝗹 𝟮đŸŦ𝟮𝟲 đ—¯đ—Žđ—´đ—ļ đ—ē𝗲đ—ēđ—¯đ—Žđ—ģ𝘁𝘂 đ—ŋ𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮đ—ē đ—ē𝗲đ—ģ𝗴𝘂đ—ŋ𝗮đ—ģ𝗴𝗸𝗮đ—ģ 𝘁𝗲𝗸𝗮đ—ģ𝗮đ—ģ 𝗸đ—ŋđ—ļ𝘀đ—ļ𝘀 𝘁𝗲đ—ģ𝗮𝗴𝗮 𝗴𝗹đ—ŧđ—¯đ—Žđ—š.
​
✅ Langkah ini memastikan operasi pertanian terus lancar, kos dapat dikawal, dan bekalan makanan negara kekal terjamin.
​



15/04/2026

đŸ”ģ𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡đŸ”ģ

Photos from Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia's post 14/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada JPPM Ibu Pejabat atas kesudian membuat liputan serta sokongan padu terhadap pelaksanaan program di Negeri Melaka. Kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Photos from Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka's post 13/04/2026

đŸ”ģđ—Ŗđ—Ĩđ—ĸ𝗚đ—Ĩ𝗔𝗠 đŸ”ģ
​
đ—Ŗđ—Ĩđ—ĸ𝗚đ—Ĩ𝗔𝗠 𝗞𝗘đ—Ļ𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘đ—Ĩđ—Ļ𝗔𝗠𝗔 𝗞đ—ĸ𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘đ—Ĩ𝗝𝗔đ—Ļ𝗔𝗠𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕đ—ĸ𝗠𝗕𝗔 𝗗𝗔𝗡 đ—Ŗđ—˜đ—Ąđ—Ŧ𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗟𝗔đ—Ŧđ—Ļ𝗜𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘đ—Ĩ𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔
​
𝗔𝗟đ—ĸđ—Ĩ 𝗚𝗔𝗝𝗔𝗛, 𝟭𝟮 đ—”đ—Ŗđ—Ĩ𝗜𝗟 𝟮đŸŦ𝟮𝟲 – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka telah berjaya menganjurkan Program Keselamatan Bersama Komuniti bertempat di Kompleks Air Panas Gadek, Melaka pada hari ini. Seramai 150 orang peserta terdiri daripada pertubuhan dan komuniti setempat telah hadir menjayakan program ini.
​
Program bersempena inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) ini telah dirasmikan penutupannya oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Melaka merangkap ADUN Gadek. Turut hadir memeriahkan majlis Penguasa Bomba Tuan Zulkhairani bin Ramli, Ketua Zon Alor Gajah, Melaka.
​
Antara pengisian utama program termasuklah sesi taklimat keselamatan dan demonstrasi penyelamatan kebakaran serta air oleh pihak JBPM Negeri Melaka, pameran kebombaan dan Pertandingan Mewarna Bomba Cilik.
​
Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aspirasi kesejahteraan komuniti ini.
​
​






​
Š2026 Unit Komunikasi Korporat JPPM Melaka

Photos from Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka's post 10/04/2026

đŸ”ģđ—Ŗđ—˜đ— đ—˜đ—Ĩ𝗜𝗞đ—Ļ𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘đ—Ĩ𝗡đ—ĸ𝗧𝗜đ—ĻđŸ”ģ
​
đ—Ŗđ—˜đ— đ—”đ—Ąđ—§đ—”đ—¨đ—”đ—Ą 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔đ—Ļ đ—Ŗđ—˜đ—Ĩ𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗔𝗧𝗘𝗚đ—ĸđ—Ĩ𝗜 𝗞𝗘𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡
​
𝗝𝗔đ—Ļ𝗜𝗡, đŸĩ 𝗔đ—Ŋđ—ŋđ—ļ𝗹 𝟮đŸŦ𝟮𝟲 — JPPM Negeri Melaka bersama Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan (PK) KDN Negeri Melaka telah turun padang menjalankan Program Pemeriksaan Bernotis di sebuah premis pertubuhan. Tumpuan pemeriksaan kali ini melibatkan pertubuhan di bawah kategori keagamaan.
​
Sesi pemeriksaan tersebut telah dihadiri oleh tiga (3) orang wakil pertubuhan bagi memastikan segala aspek pengurusan mematuhi ketetapan yang telah digariskan selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] dan Undang-Undang Tubuh Pertubuhan.
​
​






​
Š2026 Unit Komunikasi Korporat JPPM Melaka

Photos from Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka's post 10/04/2026

đŸ”ģđ—Ŗđ—˜đ— đ—˜đ—Ĩ𝗜𝗞đ—Ļ𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗘đ—Ĩ𝗡đ—ĸ𝗧𝗜đ—ĻđŸ”ģ
​
đ—Ŗđ—˜đ— đ—”đ—Ąđ—§đ—”đ—¨đ—”đ—Ą 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔đ—Ļ đ—Ŗđ—˜đ—Ĩ𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗔𝗧𝗘𝗚đ—ĸđ—Ĩ𝗜 𝗞𝗘𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡
​
𝗗𝗨đ—Ĩ𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟, đŸŗ 𝗔đ—Ŋđ—ŋđ—ļ𝗹 𝟮đŸŦ𝟮𝟲 — Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan (PK) Negeri Melaka, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menjalankan Program Pemeriksaan Bernotis Ke Atas Pertubuhan Kategori Keagamaan di alamat premis pertubuhan berdaftar. Pemeriksaan telah dijalankan terhadap sebuah pertubuhan dengan kehadiran seramai empat (4) orang wakil pertubuhan.
​
Tujuan utama program pemeriksaan bernotis ini ialah untuk memastikan pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar diurus tadbir secara baik dan berkualiti selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] dan Undang-Undang Tubuh Pertubuhan.
​
​






​
Š2026 Unit Komunikasi Korporat JPPM Melaka

06/04/2026

𝗜𝗸𝘂𝘁đ—ļ đ—ē𝗲𝗱đ—ļ𝗮 𝘀đ—ŧ𝘀đ—ļ𝗮𝗹 đ—đ—Ŗđ—Ŗđ— ! 📲

Nak tahu perkembangan terkini mengenai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)?

Jom đŋ𝑖𝑘𝑒 👍, 𝐹𝑜𝑙𝑙𝑜𝑤 ✅ & 𝑆ℎ𝑎𝑟𝑒 🔁 media sosial kami dengan mengimbas kod QR seperti tertera atau menerusi pautan berikut:

https://linktr.ee/jppm.my?utm_source=linktree_profile_share<sid=31225382-8ad5-4024-b0f2-620bb9023a25

Pelbagai info terkini mengenai JPPM, semuanya di hujung jari anda!



,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

ÂŠī¸2026 đ˜œđ˜¯đ˜Ēđ˜ĩ 𝘒𝘰𝘮đ˜ļđ˜¯đ˜Ēđ˜Ŧđ˜ĸ𝘴đ˜Ē đ˜’đ˜°đ˜ŗđ˜ąđ˜°đ˜ŗđ˜ĸđ˜ĩ 𝘑𝘗𝘗𝘔

02/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka sempena genap tiga (3) tahun kepimpinan beliau menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.
​
Kepimpinan berwibawa YAB Datuk Seri Utama telah berjaya memacu pembangunan mampan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pelbagai inisiatif yang progresif.
​
Ikhlas daripada seluruh warga Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka.
​





​
Š2026 Unit Komunikasi Korporat JPPM Melaka

Want your business to be the top-listed Government Service in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 4, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Seri Negeri
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00