Badan Kawal Selia Air Melaka

Badan Kawal Selia Air Melaka

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Badan Kawal Selia Air Melaka, Government Organization, Ayer Keroh.

Visi kami ingin menjadi sebuah badan yang terulung dalam menyelaras dan memantau aktiviti air mentah Negeri Melaka demi untuk kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Melaka MISI BADAN KAWAL SELIA AIR MELAKA

Memastikan sumber air mentah dan alam persekitarannya berada di dalam keadaan yang terpelihara dan mampan bagi menyokong pembangunan sosioekonomi Negeri yang sentiasa berdaya maju


OBJEKTIF

Photos from Badan Kawal Selia Air Melaka's post 22/05/2026

Lawatan Penanda Aras BKSA Pulau Pinang ke BKSA Melaka

20-21 Mei, Melaka – BKSA Melaka menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada BKSA Pulau Pinang bagi memperkukuhkan hubungan kerjasama serta berkongsi pengalaman dalam aspek pengurusan dan kawal selia sumber air.

Lawatan ini menumpukan kepada perkongsian ilmu berkaitan caj kutipan hasil, pelesenan, penguatkuasaan serta aspek perundangan yang dilaksanakan oleh BKSA Melaka dalam memastikan pengurusan sumber air yang lebih cekap dan teratur.

Selain itu, sesi perkongsian turut merangkumi fungsi dan peranan BKSA dalam pengawalseliaan penggunaan sumber air, pemantauan pematuhan syarat lesen, pengurusan data sumber air serta pelaksanaan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan kelestarian sumber air terus terpelihara.

Delegasi BKSA Pulau Pinang juga dibawa melawat beberapa lokasi pelesen di bawah seliaan BKSA Melaka bagi memberi gambaran lebih jelas berkaitan pelaksanaan operasi, pemantauan lapangan serta prosedur pengawalseliaan yang dijalankan. Lawatan ini secara tidak langsung menjadi platform pertukaran pandangan, idea dan amalan terbaik antara kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan tadbir urus sektor sumber air.

Turut hadir, Encik Azizul Adzran bin Mahmor, Pengarah Sumber Air, BKSA Melaka.

Bahagian Kawal Selia Air Pulau Pinang




Photos from Badan Kawal Selia Air Melaka's post 05/05/2026

BENGKEL SOP KESELAMATAN EMPANGAN PERKUKUH KESIAPSIAGAAN AGENSI

Melaka, 5 Mei 2026 – Bengkel Penyediaan Draf Prosedur Operasi Piawai (SOP) Keselamatan di Empangan Negeri Melaka telah berlangsung dengan jayanya, menghimpunkan pelbagai jabatan dan agensi berkaitan bagi memperkukuh aspek keselamatan empangan di negeri ini.

Sepanjang bengkel ini, peserta telah diberikan pendedahan serta terlibat dalam sesi perbincangan berfokus berkaitan penyediaan draf SOP yang komprehensif.

Penekanan diberikan kepada aspek keselamatan, pengurusan risiko, serta tatacara pengendalian insiden dan kemalangan di dalam kawasan empangan agar setiap tindakan dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, cekap dan berkesan.
Bengkel ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuhkan kerjasama antara agensi, selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan yang melibatkan infrastruktur empangan.

Program ini telah diurusetiakan oleh Badan Kawal Selia Air (BKSA) selaku penyelaras utama bagi memastikan kelancaran pelaksanaan serta penglibatan aktif semua pihak berkepentingan.

Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Saiful Hazwa bin Kipli, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan). Turut hadir ialah Yang Dihormati Encik Azizul Adzran bin Mahmor, Pengarah Sumber Air, Badan Kawal Selia Air, serta Yang Dihormati Encik Mohamad Hanafi bin Mohd Nordin, Pengarah Keselamatan Kerajaan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Melaka.

Antara jabatan dan agensi yang mengambil bahagian termasuk Jabatan Ketua Menteri Melaka, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Pejabat Negeri Pertahanan Awam Melaka, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Melaka, Majlis Keselamatan Negara (Negeri Melaka), Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Melaka, Jabatan Alam Sekitar Melaka, Pusat Empangan Negara (PEN) serta Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan pengurusan empangan yang selamat, efisien dan berdaya tahan demi kesejahteraan rakyat.





Photos from Fairul Nizam Roslan Along's post 30/04/2026

Solat sunat Istisqa. Terima. Kasih YB kerana sudi hadir dan perihatin dalam isu air yang membelenggu negeri ini.

27/04/2026

Jom jimat air






27/04/2026

Kerajaan Negeri Melaka melalui BKSA akan sentiasa memastikan kecukupan sumber air melalui pelbagai cara.

Photos from Jabatan Bekalan Air's post 25/04/2026
Photos from Hameed Basheer's post 25/04/2026

Terima kasih YB Datuk yang mencadangkan Program Perkhemah Pelajar ini. Ramai pelajar yang mula memahami tentang kepentingan air.

24/04/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30