Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka

Call Directions Website Contact the organization

Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka The Official Page Of The Melaka Civil Defence Department

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh. SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana. Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

22/10/2026



TEMU BUAL SELAMAT PAGI MALAYSIA (RTM) - PASCA BELANJAWAN 2027 : SUKARELAWAN NEGARA, JASA DIHARGAI

Mari sama-sama kita saksikan bual bicara bersama YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam mengupas topik "Pasca Belanjawan 2027 : Sukarelawan Negara, Jasa Dihargai" yang akan berlangsung pada :-

📅 22 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ 08:00 hingga 10:00 pagi
🌐 Menerusi platform media Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi)

Jabatan Perdana Menteri














**

  LATIHAN PERSEDIAAN MONSUN TIMUR LAUT (MTL) TAHUN 2026 ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) NEGERI MELAKA 21 Oktober...
22/10/2026



LATIHAN PERSEDIAAN MONSUN TIMUR LAUT (MTL) TAHUN 2026 ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) NEGERI MELAKA

21 Oktober 2026, Tanjung Bidara - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka telah mengadakan Latihan Bagi Persediaan Monsun Timur Laut (MTL) Tahun 2026 selama 3 hari bermula 19 sehingga 21 Oktober 2026 di Tanjung Bidara, Melaka.

Seramai 100 peserta terlibat melibatkan pegawai dan anggota dari semua pejabat APM iaitu Pejabat Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Unit di Negeri Melaka.

Latihan ini memberikan pendedahan fokus kepada Pengendalian Bot Penyelamat, Penyelengaraan Asas Enjin Bot, Teknik Menyelamat Mangsa Lemas Menggunakan Bot dan Teknik Menyelamat Mangsa Lemas Menggunakan Peralatan Throw Beg.

Latihan kemahiran seperti ini perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa supaya tahap kesiapsiagaan warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka berada pada tahap terbaik bagi menghadapi situasi bencana dan kecemasan di sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Objektif latihan secara berterusan ini adalah bagi memastikan setiap pegawai dan anggota APM sentiasa bersiap sedia serta mampu digerakkan dengan segera ke lokasi bencana khususnya bencana banjir yang secara tidak langsung akan dapat memberikan impak yang positif dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat khasnya di Negeri Melaka.

Asam Pedas Ikan Tenggiri,
Pemanis Mulut Kuih Keria,
APM Berkhidmat Demi Pertiwi,
Menyelamatkan Nyawa dan Harta Benda.

fans
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Kerajaan Negeri Melaka












  Seluruh Warga Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Lt (PA) Harm...
19/10/2026



Seluruh Warga Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Lt (PA) Harmiza Binti Haron, Pegawai PNPA Melaka. Semoga panjang umur, murah rezeki & sihat selalu .

"Asam Pedas Ikan Tenggiri,
Pemanis Mulut Kuih Keria,
APM Berkhidmat Demi Pertiwi,
Menyelamatkan Nyawa dan Harta Benda.”

fans
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Kerajaan Negeri Melaka












  PROGRAM JALINAN STRATEGIK ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) BERSAMA MEDIA ZON SELATAN TAHUN 2026 17 Oktober 2026...
18/10/2026



PROGRAM JALINAN STRATEGIK ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) BERSAMA MEDIA ZON SELATAN TAHUN 2026

17 Oktober 2026, PULAPAS - Program Jalinan Strategik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bersama Media Zon Selatan Tahun 2026 telah dirasmikan oleh YAS. Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), Kluang.

Untuk makluman, tujuan program ini adalah medan bagi memperkukuh hubungan strategik antara APM dengan pengamal media. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi Kerjasama antara pengamal media dan APM dalam menyampaikan maklumat yang tepat, pantas dan berkesan kepada masyarakat, khususnya berkaitan kesiapsiagaan menghadapi bencana serta peranan APM dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Turut hadir YS Lt. Kol. (PA) Kamarulsyah bin Muslim, Pengarah APM Negeri Melaka, Encik Mohd Fauzi bin Ishak, Presiden Kelab Media Johor serta Pengarah-Pengarah APM Zon Selatan, Komandan PULAPAS, Pegawai Skim KP serta anggota serta wakil-wakil media yang terlibat.

“Asam Pedas Ikan Tenggiri,
Pemanis Mulut Kuih Keria,
APM Berkhidmat Demi Pertiwi,
Menyelamatkan Nyawa dan Harta Benda.”

fans
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Kerajaan Negeri Melaka












18/10/2026
  15 Oktober 2026, Sg Rambai - Pembukaan booth APM sempena Pelancaran Kampung Siaga 221 : Komuniti Berdaya Tahan Bencana...
16/10/2026



15 Oktober 2026, Sg Rambai - Pembukaan booth APM sempena Pelancaran Kampung Siaga 221 : Komuniti Berdaya Tahan Bencana Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang diadakan serentak dengan Majlis Perasmian RESQ-X : Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Tahun 2026 anjuran JKM Negeri Melaka.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang berlangsung di Dewan Terbuka, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, Sungai Rambai. Tujuan latih amal ini dilaksanakan adalah untuk menguji tahap kesiapsiagaan, memperkukuh koordinasi antara agensi serta memantapkan keupayaan tindak balas dalam menghadapi situasi kecemasan. Latih amal ini juga merupakan medan persediaan bagi semua agensi di Negeri Melaka bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut yang akan datang.

Turut hadir, Mejar (PA) Nor Farhani binti Mat Husin, Timbalan Pengarah APM Melaka, Puan Halyjah binti Muhamad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka, Lt. (PA) Muhamad Alif bin Abd Rahman, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jasin, Lt. (PA) Mohd Kamil bin Hassan, Pegawai Pertahanan Awam Unit Selandar, Pegawai serta anggota APM Negeri Melaka.

“Asam Pedas Ikan Tenggiri,
Pemanis Mulut Kuih Keria,
APM Berkhidmat Demi Pertiwi,
Menyelamatkan Nyawa dan Harta Benda.”

fans
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Kerajaan Negeri Melaka












  16 Oktober 2026, PNPA Melaka - Aktiviti Gotong-royong basmi Aedes dan pembersihan kawasan di sekitar Pejabat Negeri Pe...
16/10/2026



16 Oktober 2026, PNPA Melaka - Aktiviti Gotong-royong basmi Aedes dan pembersihan kawasan di sekitar Pejabat Negeri Pertahanan Awam Melaka.

Turut hadir YS Lt. Kol. (PA) Kamarulsyah bin Muslim, Pengarah APM Negeri Melaka bersama Mej. (PA) Nor Farhani binti Mat Husin, Timbalan Pengarah APM Negeri Melaka serta pegawai, staf dan anggota-anggota APM Negeri Melaka.

“Asam Pedas Ikan Tenggiri,
Pemanis Mulut Kuih Keria,
APM Berkhidmat Demi Pertiwi,
Menyelamatkan Nyawa dan Harta Benda.”

fans
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Kerajaan Negeri Melaka












  Warga Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran YAS KPj. (PA) Mohamm...
15/10/2026



Warga Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Semoga panjang umur, murah rezeki & sihat selalu.

"Asam Pedas Ikan Tenggiri,
Pemanis Mulut Kuih Keria,
APM Berkhidmat Demi Pertiwi,
Menyelamatkan Nyawa dan Harta Benda."

fans
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Kerajaan Negeri Melaka












  12 Oktober 2026, Ayer Keroh- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Melaka telah mengadakan Latihan Pemantapan Sekre...
13/10/2026



12 Oktober 2026, Ayer Keroh- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Melaka telah mengadakan Latihan Pemantapan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka Tahun 2026. Latihan ini berlangsung pada 12 Oktober 2026 bertempat di Bilik Kuliah Pejabat Negeri Pertahanan Awam Melaka. Seramai 36 orang peserta terdiri daripada pegawai dan anggota daripada PNPA, PPAD dan PPAU.

Sepanjang latihan ini berlangsung, pegawai dan anggota telah didedahkan dengan Pembelajaran Sistem Amaran Awam (Public Warning System - PWS), Pembelajaran Pusat Perlindungan Awam (Shelter) Pembelajaran Tabletalk Exercise (TTX) Dan Field Training Exercise (FTX).

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YS Lt. Kol. (PA) Kamarulsyah bin Muslim, Pengarah APM Melaka diiringi Mejar (PA) Nor Farhani binti Mat Husin, Timbalan Pengarah APM Melaka serta Lt. (PA) Harmiza binti Haron, Pegawai Cawangan Sekretariat JPBN.

“Asam Pedas Ikan Tenggiri,
Pemanis Mulut Kuih Keria,
APM Berkhidmat Demi Pertiwi,
Menyelamatkan Nyawa dan Harta Benda.”

fans
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Kerajaan Negeri Melaka












  11 Ogos 2026, Hutan Percha - Program MADANI Kita (PMK) 2026 Padang Awam FELDA Tun Ghafar Hutan Percha, Alor Gajah berl...
12/10/2026



11 Ogos 2026, Hutan Percha - Program MADANI Kita (PMK) 2026 Padang Awam FELDA Tun Ghafar Hutan Percha, Alor Gajah berlangsung meriah dengan penglibatan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Program tersebut dirasmikan oleh YB Tuan Haji Adly bin Zahari, Ahli Parlimen Alor Gajah merangkap Timbalan Menteri Pertahanan yang turut menzahirkan komitmen kerajaan untuk terus mendekati masyarakat melalui pendekatan turun padang serta memperkukuh penyampaian maklumat dan perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada rakyat.

Turut hadir, Kapt (PA) Shahrulnizam Bin Mad Shah, Pegawai PDPA Alor Gajah, Lt. (PA) Erma binti Rizuan, Pegawai Sekretariat JPBD, Pegawai Skim KP serta anggota.

“Asam Pedas Ikan Tenggiri,
Pemanis Mulut Kuih Keria,
APM Berkhidmat Demi Pertiwi,
Menyelamatkan Nyawa dan Harta Benda.”

fans
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Kerajaan Negeri Melaka












Address

Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Seri Negeri
Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka:

Shortcuts

Share