Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Call Directions Website Contact the organization

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Government Official, YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Aras 3, Blok Bendahara, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh.

LAWATAN KE TAPAK PROJEK MELAKA INTERNATIONAL CRUISE TERMINAL (MICT), MELAKA GATEWAY6 Oktober 2026 | Selasa – Setiausaha ...
06/10/2026

LAWATAN KE TAPAK PROJEK MELAKA INTERNATIONAL CRUISE TERMINAL (MICT), MELAKA GATEWAY

6 Oktober 2026 | Selasa – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, hadir mengiringi YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, dalam lawatan ke tapak Projek Melaka International Cruise Terminal (MICT), Melaka Gateway.

Lawatan ini menzahirkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan projek strategik ini terus dipacu bagi memperkukuh Melaka sebagai destinasi pelancongan dan gerbang maritim bertaraf antarabangsa.





MAJLIS PERASMIAN AR-RAHNU XCHANGE CAWANGAN CHENG PERDANA6 Oktober 2026 | Selasa – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB ...
06/10/2026

MAJLIS PERASMIAN AR-RAHNU XCHANGE CAWANGAN CHENG PERDANA

6 Oktober 2026 | Selasa – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, mengiringi YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, merasmikan Ar-Rahnu XChange Cawangan Cheng Perdana.

Pembukaan Ar-Rahnu XChange ini memperkukuh akses masyarakat kepada perkhidmatan kewangan Islam yang lebih mudah, pantas dan berdaya saing, di samping memperluas pilihan pembiayaan berlandaskan prinsip syariah kepada komuniti setempat.





05/10/2026
KUNJUNGAN HORMAT DAN PERJUMPAAN BERSAMA PENGERUSI DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF INDAH WATER KONSORTIUM (IWK) SDN. BHD.5 Ok...
05/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT DAN PERJUMPAAN BERSAMA PENGERUSI DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF INDAH WATER KONSORTIUM (IWK) SDN. BHD.

5 Oktober 2026 | Isnin – Selesai mesyuarat di Bangunan Parlimen pagi ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, mengadakan kunjungan hormat dan perjumpaan bersama Pengerusi Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd., YB Tuan Haji Ahmad Johnie Haji Zawawi serta Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Datuk Narendran Maniam.

Pertemuan ini menjadi platform strategik bagi memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Negeri Melaka dan IWK, khususnya dalam memperkasa pengurusan sistem pembetungan serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Turut dibincangkan usaha mengoptimumkan penggunaan tanah milik IWK yang dapat dimanfaatkan bersama komuniti, selain penerokaan produk baharu IWK melalui penghasilan baja organik berasaskan inovasi serta penggalakan penerapan teknologi hijau.





PEMENTASAN PANGGUNG SENI TRADISIONAL (PST) SRI GEMALAI: FRAGMEN RAKYAT JOHOR3 Oktober 2026 | Sabtu – Setiausaha Kerajaan...
03/10/2026

PEMENTASAN PANGGUNG SENI TRADISIONAL (PST) SRI GEMALAI: FRAGMEN RAKYAT JOHOR

3 Oktober 2026 | Sabtu – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, menghadiri Pementasan Panggung Seni Tradisional (PST) Sri Gemalai: Fragmen Rakyat Johor yang turut dihadiri tetamu kehormat, TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, bertempat di Panggung Seri, Kompleks JKKN Melaka.

Pementasan ini mengangkat kekayaan seni, budaya dan warisan tradisional sebagai wadah penghayatan sejarah serta pemerkasaan jati diri masyarakat, di samping menzahirkan kesinambungan khazanah warisan bangsa yang perlu terus dipelihara dan dimartabatkan merentas generasi.





SAMBUTAN HARI WARGA EMAS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 20263 Oktober 2026 | Sabtu – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB D...
03/10/2026

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

3 Oktober 2026 | Sabtu – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, hadir ke Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh dan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sambutan ini menjadi wadah untuk terus mengangkat martabat warga emas sebagai golongan yang dihargai, disantuni dan terus diberi ruang untuk menyumbang kepada keluarga, masyarakat serta pembangunan negara, di samping memperkukuh agenda kesejahteraan warga emas secara menyeluruh dan berterusan.





FLAG-OFF LE TOUR DE LANGKAWI 2026 – PERINGKAT KE-7 MELAKA–BATU PAHAT3 Oktober 2026 | Sabtu – Setiausaha Kerajaan Negeri ...
03/10/2026

FLAG-OFF LE TOUR DE LANGKAWI 2026 – PERINGKAT KE-7 MELAKA–BATU PAHAT

3 Oktober 2026 | Sabtu – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, hadir menyaksikan flag-off Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 Peringkat Ke-7 oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, yang bermula dari Banda Hilir, Melaka menuju ke Batu Pahat, Johor.

Terdahulu, YB Datuk Wira Salhah binti Salleh turut menyempurnakan pelepasan Cavalcade bagi perlumbaan berprestij ini. Penganjuran LTdL bukan sahaja menyemarakkan agenda sukan bertaraf antarabangsa, malah memperkukuh kedudukan Melaka sebagai destinasi yang berdaya saing dalam sektor pelancongan, sukan dan ekonomi.





02/10/2026
2 Oktober 2026 | Jumaat – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, mengadakan lawatan kerja...
02/10/2026

2 Oktober 2026 | Jumaat – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, mengadakan lawatan kerja ke Ketua Menteri Melaka (Pemerbadanan) (CMI) di Zoo Melaka, yang turut disertai taklimat berkaitan pengurusan CMI serta operasi Zoo Melaka Sdn. Bhd. oleh YBhg. Datuk Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Pengurus Besar CMI.

Lawatan ini menjadi platform memperkukuh penyelarasan antara pentadbiran Kerajaan Negeri dan CMI, khususnya dalam memperkasa pengurusan aset, pelaburan serta peranan strategik anak syarikat negeri bagi menyokong agenda pembangunan dan kemajuan Negeri Melaka.





KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA2 Oktober 2026 | Jumaat – Setiausaha Kerajaan Negeri Mela...
02/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA

2 Oktober 2026 | Jumaat – Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang baharu, Encik Ahmad Syammeil bin Mohamad Karim, di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Pertemuan turut menyentuh persiapan Hari Sukan Negara 2026 yang bakal berlangsung pada 10 Oktober 2026, di samping memperkukuh sinergi Kerajaan Negeri bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dalam menggerakkan pembudayaan gaya hidup sihat, memperkasa pembangunan belia serta menyemarakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan secara inklusif dan berterusan.





Address

YB Datuk Wira Salhah Binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Aras 3, Blok Bendahara, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Kompleks Seri Negeri
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+6063333333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka:

Share