AADK Negeri Melaka

Call Directions Website Contact the organization

AADK Negeri Melaka Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka
Aras 2, Blok Pentadbiran,
Kompleks Kementerian Dalam Negeri
Melaka
Jalan Seri Negeri, 75450 Ayer Keroh
Melaka

PROGRAM MEMANAH KEPULIHAN: DARI TARIKAN BUSUR KE KEKUATAN JIWA πŸΉπŸ“… Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)⏰ Masa: 8.30 pagi hing...
22/10/2026

PROGRAM MEMANAH KEPULIHAN: DARI TARIKAN BUSUR KE KEKUATAN JIWA 🏹

πŸ“… Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Ansal Archery, Bemban, Jasin, Melaka

Program Memanah Kepulihan: Dari Tarikan Busur ke Kekuatan Jiwa anjuran AADK Negeri Melaka telah berlangsung dengan penyertaan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada klien semasa serta klien yang telah pulih di bawah Program Pasca Pemulihan (PCCP). Program ini dilaksanakan sebagai usaha memperkukuh semangat kepulihan melalui aktiviti yang membina keyakinan diri, disiplin dan kawalan emosi.

Program ini merangkumi sesi teori dan falsafah memanah, pengenalan peralatan, aspek keselamatan, latihan asas kemahiran memanah serta cabaran fokus dan disiplin menerusi latihan sasaran dan pertandingan mini memanah.

Pengisian program turut diserikan dengan sesi refleksi yang menghubungkan falsafah memanah dengan pemulihan diri, khususnya dalam membentuk kesabaran, ketahanan diri dan keupayaan mengawal nafsu serta emosi.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Tuan A. Syawalnurhaizad bin Mohd Parman, Pengarah AADK Negeri Melaka.

Semoga program ini menjadi platform bermakna dalam menyuntik motivasi, membina keyakinan serta memperkukuh iltizam klien semasa dan klien yang telah pulih di bawah Program Pasca Pemulihan(PCCP) untuk terus mengekalkan kepulihan dan menjalani kehidupan yang lebih sihat, positif serta sejahtera.

Dari tarikan busur, lahir kekuatan jiwa. Setiap sasaran mengajar fokus, setiap cabaran membina ketabahan.

Abdul Syawal Nurhaizad
AADK Daerah Alor Gajah
AADK Daerah Jasin
AADK Melaka Tengah
ANSAL Archery

22/10/2026

Hilangnya Cahaya: Bila 'Benda Hitam' Meragut Bahagia.

"Dulu, kitalah dunianya... Namun sekelip mata, segalanya hancur musnah bila 'benda hitam' mula bertakhta." πŸ’”

Satu kesilapan boleh menghancurkan kebahagiaan sebuah keluarga. Penyesalan memang selalu datang terlambat, tapi usaha untuk berubah tidak pernah ada kata terlambat.

Sentiasa ada jalan keluar bagi mereka yang ingin kembali mencari cahaya. πŸ“ž Dapatkan sokongan dan bantuan, anda tidak bersendirian!

Hotline AADK: 1-800-22-2235
πŸ“± WhatsApp: 019-626 2233
🌐 https://www.aadk.gov.my






✨ "Bertenaga, gembira, alert... tapi itu semua PALSU!" ✨Jangan biarkan bahan kimia merosak otak secara paksa. Fasa eufor...
22/10/2026

✨ "Bertenaga, gembira, alert... tapi itu semua PALSU!" ✨

Jangan biarkan bahan kimia merosak otak secara paksa. Fasa euforia atau rasa 'high' akibat dadah 'ice' ini nampak membahagiakan pada awalnya, tetapi ia adalah perangkap hitam yang boleh membawa kepada kegilaan (psikosis) dan gangguan tidur kronik.

Jauhi sebelum terlambat. Kongsikan info ini demi menyelamatkan rakan-rakan dan orang tersayang! 🀝

Nantikan postingan yang seterusnya daripada kami tidak lama lagi! πŸ“²πŸ””
Banyak lagi info penting yang kami akan kongsikan.

Hotline AADK: 1-800-22-2235
πŸ“± WhatsApp: 019-626 2233
🌐 https://www.aadk.gov.my






22/10/2026

Pernah terfikir tak kenapa ada orang kalau bercakap sejuk je telinga mendengar, tapi ada yang sekali cakap terus terasa sampai ke hati?

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, seorang ulama dan cendekiawan Islam terkemuka, pernah berpesan bahawa "Lidah seseorang dapat menggambarkan bagaimanakah hatinya."

Jika hati seseorang penuh dengan kasih sayang dan empati, maka yang keluar dari mulutnya adalah doa serta kata-kata yang membina. Namun, jika hatinya dibelenggu emosi negatif, yang keluar hanyalah celaan dan sindiran.

Dalam usaha kita membina persekitaran yang sihat dan bebas daripada pengaruh negatif, kesedaran ini sangat penting. Jom kita sama-sama refleksi diri dengan apa yang sering kita bicarakan. Kerana di situlah letaknya kualiti hati dan jati diri kita yang sebenar! ✨

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



22/10/2026

ketum, penjawat awam, serbuan, operasi, AADK

22/10/2026

SUNGAI BULOH – Sebuah rumah berhampiran sungai di sini dipercayai dijadikan lokasi penjualan daun dan air ketum, dengan urus niaga dilakukan melalui...

22/10/2026
"Keluarga adalah syurga kita, jangan biarkan dadah 'Ice' mengubahnya menjadi neraka dunia! πŸŒͺοΈπŸ’”Tahukah anda? Kesan penyal...
22/10/2026

"Keluarga adalah syurga kita, jangan biarkan dadah 'Ice' mengubahnya menjadi neraka dunia! πŸŒͺοΈπŸ’”

Tahukah anda? Kesan penyalahgunaan dadah jenis 'Ice' bukan sahaja memusnahkan masa depan pengguna, malah ia menjadi racun yang merosakkan hubungan sosial dan institusi kekeluargaan! πŸ“‰πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦

Fahami 4 kesan buruk ini sebelum segalanya terlambat:

β€’ πŸ‘Ώ Perubahan Tingkah Laku & Sikap Bermusuhan – Fasa comedown mencetuskan sifat agresif, cepat marah, dan emosi tidak stabil yang sering mengundang pergaduhan sesama ahli keluarga.

β€’ πŸ‘οΈβ€πŸ—¨οΈ Paranoia & Kemerosotan Rasa Percaya – Timbul rasa syak wasangka melampau (psikosis) kononnya orang terdekat mahu mencederakan mereka, lalu merobek rasa percaya (trust).

β€’ ⏳ Kebergantungan & Pengabaian Tanggungjawab – Masa dan tenaga habis hanya untuk mencari dadah. Tugas sebagai ibu bapa, anak, pekerja, dan ahli masyarakat terus terabai!

β€’ 🧠 Beban Kesihatan Mental & Kualiti Hidup – Kemurungan, keresahan, serta insomnia kronik akhirnya memberi tekanan emosi yang sangat berat kepada ahli keluarga yang menjaga.

Banyak lagi info penting yang kami akan kongsikan.
Nantikan postingan yang seterusnya daripada kami! πŸ“²πŸ””

Jika anda atau orang yang anda kenali memerlukan bantuan, sila hubungi:

Hotline AADK: 1-800-22-2235
πŸ“± WhatsApp: 019-626 2233
🌐 https://www.aadk.gov.my






22/10/2026

Address

Kompleks KDN
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+6062322602

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Negeri Melaka:

Shortcuts

Share