14/10/2026
PERBINCANGAN KEMAJUAN OPERASI FASA 3 & BORANG FASA 2 BANCI EKONOMI 2026 NEGERI MELAKA
14 Oktober 2026 | Rabu โ Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Melaka telah mengadakan Perbincangan Kemajuan Operasi Fasa 3 & Borang Fasa 2 Banci Ekonomi 2026 Negeri Melaka bertempat di Bilik Mesyuarat Tuah, Aras 8, DOSM Negeri Melaka. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Pengarah DOSM Negeri Melaka, Encik Azmi bin Ali.
Perbincangan ini bertujuan untuk meneliti kemajuan pelaksanaan operasi Fasa 3 dan status penyelesaian borang Fasa 2 Banci Ekonomi 2026, di samping membincangkan isu serta tindakan susulan bagi memastikan kelancaran operasi banci di Negeri Melaka.
Penglibatan pegawai dan semua Personel MySTEP (PMS) dalam perbincangan ini penting bagi memperkukuh penyelarasan serta memastikan pelaksanaan operasi Banci Ekonomi 2026 berjalan lancar mengikut sasaran yang telah ditetapkan.
DOSM โ Statistik Nadi Kehidupan.