Perbadanan Ketua Menteri Melaka

Perbadanan Ketua Menteri Melaka

Share

CMI menawarkan lot-lot bangunan yang kosong untuk disewa dan dijual.

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Patik mendoakan semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan, keafiatan dan keberkatan yang berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja.

Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada,

Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurus Besar, Pegawai dan Kakitangan Perbadanan Ketua Menteri Melaka.

01/06/2026

🌾 Selamat Menyambut Hari Gawai 🌾

Seluruh warga Perbadanan Ketua Menteri Melaka mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikannya.

Semoga perayaan yang penuh makna ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada anda serta keluarga tersayang. Hari Gawai bukan sahaja melambangkan kesyukuran atas hasil tuaian, malah menjadi simbol perpaduan, keharmonian dan penghargaan terhadap warisan budaya yang kaya di Malaysia.

Marilah kita terus memupuk semangat saling menghormati, bekerjasama dan menghargai kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara kita.

Gayu Guru, Gerai Nyamai.

Ikhlas daripada,
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurus Besar, Pegawai dan Warga Kerja Perbadanan Ketua Menteri Melaka.

Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Kerajaan Negeri Melaka




30/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman semua, operasi kolam di TETC akan ditutup sementara bermula 31 Mei 2026 (Ahad) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan demi keselesaan serta keselamatan pengunjung.

Tarikh pembukaan semula akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah kerja-kerja berkenaan selesai sepenuhnya.

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Pihak kami mengucapkan terima kasih atas kesabaran, kerjasama dan sokongan yang diberikan.

Sekian, terima kasih. 🙏🏻

27/05/2026

✨ Salam Aidiladha 1447H ✨

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga sambutan Aidiladha kali ini mengingatkan kita akan nilai keikhlasan, pengorbanan dan semangat kebersamaan dalam membantu sesama insan. Mudah-mudahan setiap amal ibadah dan pengorbanan yang dilaksanakan diterima serta diberkati Allah SWT.

Ikhlas daripada
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurus Besar, Pegawai dan Kakitangan Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI)

26/05/2026

SEBUT HARGA BAGI KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH JAMBATAN DAN LAIN-LAIN KERJA
BERKAITAN BAGI KEMUDAHAN PELANCONGAN DI ZOO MELAKA

Mulai: 3 Jun 2026 (Rabu) hingga 9 Jun 2026 (Selasa)

Kaunter Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI), Kompleks CMI, Jalan Lingkaran MITC,
Melaka International Trade Center, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.



25/05/2026

🚧 MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA WATERPARK TETC SEMPENA RAYA AIDILADHA 🚧

Dimaklumkan bahawa Waterpark TETC akan ditutup sementara sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Operasi waterpark akan dibuka semula dan beroperasi seperti biasa bermula 30 Mei hingga 7 Jun 2026 sempena cuti sekolah

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan terima kasih atas perhatian dan sokongan anda support Taman Ekstrem Tasik ChinChin, Jasin Melaka 🌊✨

Photos from Perbadanan Ketua Menteri Melaka's post 25/05/2026

NYANYIAN LAGU NEGARAKU & MELAKA MAJU JAYA 🇲🇾
Dengan penuh rasa bangga dan semangat patriotik, warga kerja telah bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya sebagai tanda kecintaan kepada negara serta negeri Melaka yang tercinta.
Nyanyian ini bukan sekadar rutin, tetapi menjadi simbol penyatuan, disiplin dan semangat jati diri dalam kalangan warga kerja, selaras dengan aspirasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat.
Semoga semangat ini terus dipupuk dalam setiap amanah yang digalas demi kemajuan negeri dan kesejahteraan bersama. 💪✨

22/05/2026

ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG BULANAN APRIL 2026

TARIKH: 22 May 2026
TEMPAT: Kompleks CMI

Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Hafizz atas penerimaan Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan bagi Januari dan April 2026 di Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI).

Pengiktirafan ini diberikan sebagai penghargaan atas komitmen, dedikasi serta kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga CMI untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik, berintegriti dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam setiap tugasan.
Syabas dan tahniah diucapkan! 👏

Photos from Perbadanan Ketua Menteri Melaka's post 22/05/2026

Majlis Bacaan Yaasin
TARIKH:
22 Mei 2026
TEMPAT:
Bilik Mesyuarat
Telah berlangsung Majlis Bacaan Yaasin yang diadakan bagi mengimarahkan hari Jumaat serta memohon keberkatan dan kesejahteraan buat semua. Majlis ini dihadiri oleh warga kerja yang bersama-sama meluangkan masa untuk bermunajat, membaca Surah Yaasin serta berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan serta keselamatan.
Semoga amalan yang dilaksanakan ini dapat mengeratkan ukhuwah serta memberi ketenangan dan keberkatan kepada semua yang hadir. 🤲✨

22/05/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Puan Norhani binti Kassim
Hari istimewa ini menjadi kesempatan untuk kami merakamkan penghargaan atas kehadiran, keikhlasan dan dedikasi anda dalam pasukan. Terima kasih atas komitmen, kerjasama dan sumbangan berterusan yang diberikan. Semoga segala urusan dipermudahkan, kesihatan sentiasa terpelihara dan kejayaan berterusan dapat dicapai bersama. Sumbangan anda amat bernilai dan menjadi kekuatan organisasi.

Want your business to be the top-listed Government Service in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kompleks CMI, Jalan Lingkaran MITC, Hang Tuah Jaya
Ayer Keroh
75450AYERKEROHMELAKA

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30