UMNO-Taman Tasik Utama

Directions

UMNO-Taman Tasik Utama Page UMNO TTU ini ditubuhkan bertujuan sebagai medium penyampaian informasi dan aktiviti pergerakan UMNO terutamanya di Cawangan Tasik Utama.

Rezeki dia dapat bebas dari pendakwaan 26 kes AMLA lebih RM36 JUTAKomen elok² tau
08/10/2026

Rezeki dia dapat bebas dari pendakwaan 26 kes AMLA lebih RM36 JUTA

Komen elok² tau

BIL ELEKTRIK YANG MELAMPAU TINGGI.Kata-kata renungan untuk hari ini
15/09/2026

BIL ELEKTRIK YANG MELAMPAU TINGGI.

Kata-kata renungan untuk hari ini

15/09/2026

Satu benda yang saya asyik tanya PH dan geng anti-Najib sampai hari ini:

Kalau kamu begitu yakin Najib “curi” duit 1MDB dan SRC, tunjuklah apa sebenarnya Najib beli untuk diri sendiri atau keluarga dia dengan duit yang kononnya dicuri itu?

Rumah?
Kapal layar?
Jet peribadi?
Pulau?
Aset mewah luar negara?

Apa?

Lepas PRU14, kerajaan terus serbu, sita wang tunai, barang kemas dan macam-macam harta milik Najib dan keluarganya.

Tapi akhirnya, selepas bertahun-tahun dan melalui pelbagai kes mahkamah, barang dan wang itu dip**angkan kerana mahkamah menerima bukti bahawa sebahagiannya merupakan dana politik PRU14, hadiah yang diterima keluarga sepanjang puluhan tahun, serta barang milik keluarga mertua yang memang berada.

Malah ada penderma dan individu yang memberi hadiah datang sendiri ke mahkamah untuk beri keterangan.

Jangan lupa juga Najib bukan orang biasa yang tiba-tiba jadi kaya selepas masuk politik.

Dia memegang gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar, salah satu daripada empat pembesar utama Pahang.

Dia memang datang daripada keluarga elit dan berada. Nak kata dia perlu rompak duit negara semata-mata untuk hidup mewah memang satu cerita yang susah nak masuk akal.

Lebih menarik, Najib sendiri berkali-kali menjelaskan bahawa mahkamah telah mengesahkan sekurang-kurangnya RM642 juta dana dari Kementerian Kewangan Arab Saudi masuk terus ke akaun atas namanya.

Menurut Najib, wang itu digunakan untuk politik, CSR, kebajikan dan sedekah.

Padahal akaun itu berada di bawah kawalannya sendiri. Kalau dia memang jenis nak kaut untuk diri dan keluarga, dia boleh saja gunakan duit itu sesuka hati.

Tapi dia kata dia tidak buat begitu.

Sampai hari ini Najib tetap dengan pendiriannya, malah pernah bersumpah di masjid, bahawa dia tidak pernah tahu wang yang masuk ke akaunnya itu berasal daripada 1MDB atau SRC.

Dia percaya wang tersebut datang daripada pihak Arab Saudi, berdasarkan hubungan dan jaminan yang dia kata pernah diberikan kepadanya.

Dan fikir secara logik.

Dana 1MDB dan SRC itu dana pinjaman.

Siapa p**a yang nak “curi” duit pinjaman dengan cara masukkan terus ke akaun sendiri dalam sistem perbankan Malaysia, ketika dia masih Perdana Menteri, dalam akaun yang boleh dilihat dan dipantau oleh bank, BNM dan ramai pegawai?

Kalau Najib memang nak “curi”, lagi senang dia ambil dari Khazanah Nasional atau Petronas yang dia turut jaga masa itu.

Itu aset dan duit sebenar, bukan dana pinjaman.

Tapi yang berlaku sebaliknya.

Nilai aset bersih Khazanah Nasional dan Petronas melonjak kuat sepanjang era Najib - jauh lebih laju berbanding tempoh selepas beliau.

Kalau niatnya nak kaut untuk diri sendiri, pelik juga bila institusi yang berada bawah jagaan dia p**a makin kaya begitu laju.

Najib sendiri pernah menyatakan bahawa dia meminta Zeti, ketika itu Gabenor BNM, supaya memantau akaunnya jika ada transaksi mencurigakan.

Kalau niat dari awal memang nak curi, itu bukan cara orang curi.

Itu cara orang minta ditangkap.

Dan satu perkara yang selalu hilang daripada cerita PH ialah ke mana duit itu dibelanjakan.

Najib kata sebahagian besar digunakan untuk program politik, kebajikan, CSR dan sedekah, sama ada secara langsung atau melalui parti.

Kisah Jakel adalah contoh paling mudah.

Media lapor puluhan juta dibayar kepada Jakel, lalu PH bina persepsi kononnya Najib dengan Rosmah pergi shopping kain berjuta-juta.

Kemudian Jakel sendiri jelaskan pembekalan itu untuk program amal, jubah imam dan tahfiz, ribuan masjid, serta bantuan kain kepada mangsa banjir selama empat tahun berturut-turut.

Sekarang keluar p**a kisah van jenazah.

Antara 40 buah van jenazah yang disumbangkan oleh Najib kepada masjid pun disenarai hitam dan dikaitkan dengan siasatan 1MDB.

Bayangkan.

Benda yang sampai kepada masjid, digunakan untuk urusan jenazah dan manfaat orang kampung pun akhirnya masuk dalam naratif seolah-olah semuanya “duit curi”.

Sebab itu soalan asal saya masih sama:

Kalau Najib memang curi semua duit itu untuk kepentingan diri dan keluarga, tunjuklah apa hasil curian itu yang dia simpan untuk dirinya?

Sebab setakat cerita yang selalu muncul, banyak yang dikatakan “Najib belanja” rupanya pergi kepada parti, masjid, bantuan banjir, program kebajikan dan masyarakat.

Itu yang buat naratif lama PH makin lama makin susah nak dipertahankan.

14/09/2026

Ingatkan apa yang gempar sangat bila baca tajuk “tiga dakwaan pelupusan harta RM860 juta Tabung Haji”.

Bila baca betul-betul, rupanya Jamil Khir didakwa kerana ketika jadi menteri, dia meluluskan tiga bayaran Tabung Haji kepada Al-Rawda berjumlah kira-kira RM860 juta semasa dia berada di pejabat Menteri, Putrajaya.

Kalau lulus bayaran maka kata sahaja lah "lulus bayaran".

Apa "pelupusan aset"? Saja nak buat sensasi.

Isunya, kerajaan kemudian kata wang itu tidak diterima semula selepas Al-Rawda berhenti membuat bayaran mulai Mac 2019.

Tapi ada satu benda penting.

Mac 2019 itu hampir setahun selepas PH sudah jadi kerajaan.

Sepanjang Jamil Khir masih menjadi menteri, Al-Rawda tidak pernah gagal membayar.

Malah selepas PH ambil alih kerajaan pada Mei 2018, bayaran masih diteruskan sehingga Mac 2019 sehingga Al-Rawda terkesan dengan tindakan kerajaan Arab Saudi rampas kump**an Binladen di sana.

Lalu menjadi lagi parah dengan dua tahun pandemik 2020-2021 di mana hotel-hotel milik mereka tidak dapat beroperasi.

Dan ketiga-tiga pertuduhan terhadap Jamil Khir p**a dibuat bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan - menyalahgunakan harta dengan curang atau secara tidak jujur.

Bukan pertuduhan pecah amanah.

Bukan juga pertuduhan dia curi RM860 juta itu untuk masuk poket sendiri.

Apa yang curang atau tak jujur tidak diberitahu p**a.

Maksudnya, asas pertuduhan ini nampaknya kerana dia pernah meluluskan pembayaran kepada satu pelaburan/projek yang kemudiannya mengalami masalah dan wang tidak dapat diperoleh semula sepenuhnya.

Kalau begitu logiknya, saya cadangkan Menteri Kewangan pun didakwa bawah Seksyen 403 yang sama.

Sebab sebagai Menteri Kewangan (siapa dia?), dia juga yang meluluskan pelaburan KWAP dalam eFishery - dan akhirnya RM200 juta wang KWAP dilaporkan lesap.

Kalau kerugian pelaburan beberapa tahun kemudian boleh menjadikan menteri yang pernah meluluskannya sebagai tertuduh bawah Seksyen 403, maka standard yang sama kena pakai kepada semua.

Jangan satu standard untuk bekas menteri BN, satu lagi standard bila berlaku bawah Madani.

12/09/2026
31/08/2026

Selamat Ulang Tahun kemerdekaan yg ke 69

Address

Jalan TU
Ayer Keroh
75450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNO-Taman Tasik Utama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share