14/04/2026
Kerajaan Negeri Melaka di bawah Portfolio Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna ingin mempelawa usahawan-usahawan Negeri Melaka untuk bersama-sama menyertai Program Digital Platform E- Dagang yang akan dapat membantu usahawan memantau stok produk di bawah satu platform yang dikenali sebagai EasyStore.
Usahawan akan dibimbing dan diberi tunjuk ajar berkaitan cara penggunaan platform ini dengan baik.
Kerajaan Negeri juga akan membiayai kos penyertaan untuk kali pertama.
Semua usahawan yang berminat perlu menepati kriteria-kriteria seperti di bawah:
i. Mempunyai sijil SSM yang terkini;
ii. Mempunyai pembungkusan dan penjenamaan yang menarik;
iii. Mempunyai produk yang boleh dipasarkan melalui platform e-dagang;
iv. Mempunyai pensijilan yang berkaitan dan bersesuaian (halal, MeSTI, GAP, dll) dan
v. Mempunyai motivasi untuk pergi lebih jauh
Jangan Lepaskan Peluang Ini dan Daftar Sekarang! Tempat adalah terhad.
Hubungi : 0176570400 (Khairul) / 019-6645148 (Farah)
31/03/2026
Tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, 3 tahun menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.
Semoga Negeri Melaka terus maju, makmur dan cemerlang di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri, demi kesejahteraan serta kemakmuran seluruh rakyat.
Ikhlas daripada
Setiausaha Bahagian dan Warga Kerja Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka
18/02/2026
Selamat datang Ramadan, bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan. Semoga setiap amalan kita diterima dan diberikan ganjaran sebaik-baiknya oleh Allah SWT . Marilah kita manfaatkan kesempatan ini untuk memperbaiki diri serta meningkatkan lagi amalan.
Salam Ramadan Al-Mubarak, tulus ikhlas daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan Setiausaha Bahagian serta seluruh warga kerja Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka
29/01/2026
Kerajaan Negeri Melaka di bawah Portfolio Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna ingin mempelawa usahawan-usahawan Negeri Melaka untuk bersama-sama menyertai Program Digital Platform E- Dagang yang akan dapat membantu usahawan memantau stok produk di bawah satu platform yang dikenali sebagai EasyStore.
Melalui Program EasyStore ini, semua usahawan akan dibimbing dan diberi tunjuk ajar berkaitan cara penggunaan platform ini dengan baik. Selain itu juga, usahawan akan turut diberi peluang bagi mendapatkan khidmat nasihat berterusan daripada syarikat-syarikat terlibat selepas tamat program ini bagi tujuan pemantauan. Kerajaan Negeri juga akan membiayai kos penyertaan untuk kali pertama.
Semua usahawan yang berminat perlu menepati kriteria-kriteria seperti di bawah:
i. Mempunyai sijil SSM yang terkini;
ii. Mempunyai pembungkusan dan penjenamaan yang menarik;
iii. Mempunyai produk yang boleh dipasarkan melalui platform e-dagang;
iv. Mempunyai pensijilan yang berkaitan dan bersesuaian (halal, MeSTI, GAP, dll) dan
v. Mempunyai motivasi untuk pergi lebih jauh
Sehubungan dengan itu, semua usahawan-usahawan Negeri Melaka yang berminat adalah dijemput menyertai Program EasyStore dan mengisi kehadiran dengan mengimbas kod QR yang dilampirkan atau menghantar e-mel kepada [email protected] sebelum 27 Februari 2026 (Jumaat).
Jangan Lepaskan Peluang Ini dan Daftar Sekarang! Tempat adalah terhad.
*Dapatkan ilmu daripada agensi-agensi keusahawanan dan khidmat nasihat dalam mengembangkan lagi perniagaan anda
Hubungi : 0196645148 ( Farah )
Hubungi : 0176570400 ( Khairul )
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada peserta bagi Program Ini. Penyertaan adalah percuma!
maklumat
13/10/2025
PROGRAM JELAJAH USAHAWAN DAN KARNIVAL USAHAWAN NEGERI MELAKA SEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT DUN KLEBANG
π Sertai Program Jelajah Usahawan dan Karnival Usahawan Negeri Melaka Dun Klebangπ
Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Program Jelajah Usahawan dan Karnival Usahawan Negeri Melaka β satu acara yang akan menghimpunkan pelbagai agensi keusahawanan bagi kemudahan usahawan untuk mendapatkan pelabagai maklumat tidak kira dari segi pembiayaan, pinjaman, geran, pemasaran dan sebagainya.
Jangan lupa ia akan berlangsung pada
π
Tarikh: 14?Oktober 2024 (Selasa)
π Lokasi: Bilik Bacaan Taman Sayang Selasih Jalan Meranti 3, Depan Padang Permainan, Klebang Besar, Melaka.
Masa:9.00 pagi -1.00 petang
Jangan Lepaskan Peluang Ini
π βPocket Talkβ daripada awal nak niaga sampailah untuk memasarkan produk dan barangan.
π Kaunter Informasi: Dapatkan ilmu daripada agensi-agensi keusahawanan dan khidmat nasihat dalam mengembangkan lagi perniagaan anda
π Jualan usahawan
π Hubungi : 0122726091 ( Mazilah )
π Hubungi : 0 17-657 0400 ( Khairul )
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada peserta bagi Program Jelajah Usahawan dan Karnival Usahawan Negeri Melaka Penyertaan adalah percuma
maklumat
09/08/2025
TAHNIAH !!
Diucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di atas penganugerahan tertinggi βLifetime Achievement Awardβ sempena The Asia HRD Awards 2025 yang telah berlangsung di Grand Hall, University of Cyberjaya, Selangor pada 8 Ogos 2025 (Jumaat).
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Diucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di atas penganugerahan tertinggi βLifetime Achievement Awardβ sempena The Asia HRD Awards 2025 yang telah berlangsung di Grand Hall, University of Cyberjaya, Selangor pada 8 Ogos 2025 (Jumaat).
Pengiktirafan ini mencerminkan kepimpinan cemerlang, sumbangan berterusan dan dedikasi YAB Ketua Menteri dalam memacu pembangunan Negeri Melaka serta memberi inspirasi kepada seluruh warga.
Ikhlas daripada,
YB Datoβ Azhar Hj. Arshad
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bersama Barisan Kepimpinan Negeri Melaka serta Warga Kerja Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM)
31/07/2025
MESYUARAT PEMBANGUNAN & LAWATAN PENANDA ARAS TEAM PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA KE PERLIS DAN THAILAND
βββββββββββββββββββββββ-
ποΈ: 27-30 Julai 2025
π: Perlis & Satun, Thailand
Team Pembangunan Negeri Melaka telah mengadakan lawatan penanda aras ke Perlis Geopark dan Satun, UNESCO Global Geopark Thailand sebagai usaha memperkukuh perancangan Aspiring Melaka Geopark ke arah pengiktirafan kebangsaan menjelang tahun 2026/2027.
Program dimulakan dengan Mesyuarat Pembangunan Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Saiful Hazwa bin Kipli, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) bersama unit-unit pembangunan iaitu UPEN, BKSA, BPP, BKI, BKM dan UKT.
Team Pembangunan turut melawat beberapa produk pelancongan berasaskan ekopelancongan dan komuniti seperti Kampung Wai, Perlis dan Sungai Tammalang, Satun bagi meninjau amalan terbaik yang boleh diterapkan di Negeri Melaka.
Lawatan ini diharap menjadi pemangkin kepada pembangunan geopelancongan dan pelancongan berasaskan komuniti di Melaka.