MARDI Negeri Melaka

Call Directions Website Contact the organization

MARDI Negeri Melaka Pejabat MARDI Negeri Melaka, Simpang Bukit LIntang, Ayer Molek, Melaka

MARDI Negeri Melaka menempatkan Pejabat MARDI Melaka di Simpang Bukit Lintang, Ayer Molek Melaka.

𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗜𝗖𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗦 𝗡𝗔𝗡𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗖𝗜𝗟𝗜𝗦𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮, 𝟭𝟱 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗠𝗔𝗥𝗗𝗜 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮MARDI Me...
16/09/2026

𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗜𝗖𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗦 𝗡𝗔𝗡𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗖𝗜𝗟𝗜

𝗦𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮, 𝟭𝟱 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗠𝗔𝗥𝗗𝗜 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮

MARDI Melaka telah menganjurkan Bengkel Teknologi Pemprosesan Sos Pencicah dan Sos Nanas Bercili sebagai platform perkongsian ilmu dan teknologi dalam penghasilan produk sos yang berkualiti, selamat serta berpotensi untuk dikomersialkan.

Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Pengarah MARDI Melaka, En. Mohd Hairy Azwan bin Mohd Bakhtiar.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Cik Norzaleha binti Kasim, Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan (FT), MARDI Ibu Pejabat. Para peserta telah didedahkan kepada aspek teknologi pemprosesan, formulasi serta kaedah penghasilan sos pencicah dan sos nanas bercili.

Perkongsian teknologi ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menghasilkan produk sos yang lebih berkualiti, konsisten dan mempunyai nilai tambah, seterusnya membuka peluang kepada pengembangan produk serta pengkomersialan berasaskan hasil pertanian tempatan. 🌱

MARDI terus komited dalam memperkasa usahawan dan pemain industri agromakanan melalui pemindahan teknologi, perkongsian ilmu serta pembangunan produk yang inovatif dan berdaya saing.











𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐘𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟏𝟒 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐕𝐈𝐊𝐓𝐎𝐑𝐈𝐀 𝐒𝐏𝐀𝐂𝐄, 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐁𝐈𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈MARDI Melaka ...
15/09/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐘𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐃𝐈 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏

𝟏𝟒 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐕𝐈𝐊𝐓𝐎𝐑𝐈𝐀 𝐒𝐏𝐀𝐂𝐄, 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐁𝐈𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈

MARDI Melaka telah menganjurkan Kursus Teknologi Penternakan Ayam Saga MARDI Siri 1 sebagai salah satu usaha memperkukuh pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang penternakan ayam Saga MARDI.

Kursus ini menampilkan penceramah daripada Pusat Penyelidikan Ternakan (LS), MARDI, iaitu:

👩🏻‍🔬 Pn. Nooraisyah binti Saharani
👨🏻‍🔬 En. Muhamad Nazri bin Ismail

Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Hj. Muhamad Akmal bin Saleh, EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka.

Penganjuran kursus ini diharap dapat memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman peserta berkaitan teknologi dan amalan penternakan ayam Saga MARDI, seterusnya menyokong pembangunan usahawan dan industri ternakan tempatan.











SELAMAT HARI MALAYSIA 2026Bersama kita raikan semangat perpaduan dalam kepelbagaian, saling menghormati dan berganding b...
15/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026

Bersama kita raikan semangat perpaduan dalam kepelbagaian, saling menghormati dan berganding bahu demi Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera.

Berbeza budaya, satu jiwa. Bersatu untuk Malaysia.

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi MARDI dan seluruh warga MARDI

Terima kasih kepada 73,656 pengunjung yang telah memeriahkan MAHA 2026 serta terus menyokong usaha MARDI memperkasa inov...
10/09/2026

Terima kasih kepada 73,656 pengunjung yang telah memeriahkan MAHA 2026 serta terus menyokong usaha MARDI memperkasa inovasi agroteknologi negara.
Sepanjang MAHA 2026, MARDI berjaya mencatat:
✨ 73,656 pengunjung
💰 RM241,391 nilai jualan
🤝 9 MoU/MoA
📈 8 kerjasama bernilai RM6.27 juta
Pencapaian ini mencerminkan komitmen MARDI dalam memastikan hasil penyelidikan dan teknologi memberi impak kepada petani, usahawan, industri dan masyarakat, sekali gus menyokong keterjaminan makanan negara.
Terima kasih atas sokongan anda. Jumpa lagi di MAHA akan datang!

Terima kasih kepada 73,656 pengunjung yang telah memeriahkan MAHA 2026 serta terus menyokong usaha MARDI memperkasa inovasi agroteknologi negara.

Sepanjang MAHA 2026, MARDI berjaya mencatat:
✨ 73,656 pengunjung
💰 RM241,391 nilai jualan
🤝 9 MoU/MoA
📈 8 kerjasama bernilai RM6.27 juta

Pencapaian ini mencerminkan komitmen MARDI dalam memastikan hasil penyelidikan dan teknologi memberi impak kepada petani, usahawan, industri dan masyarakat, sekali gus menyokong keterjaminan makanan negara.

Terima kasih atas sokongan anda. Jumpa lagi di MAHA akan datang!

10/09/2026

SOROTAN SEPANJANG MAHA 2026
10 hari penuh kemeriahan, perkongsian ilmu dan pelbagai pengalaman bersama pengunjung di pameran MARDI.
Terima kasih kepada semua yang telah hadir, menyokong dan memeriahkan MAHA 2026 bersama kami.
Setiap senyuman, kunjungan dan momen yang tercipta menjadi kenangan bermakna buat warga MARDI.
Jumpa lagi di edisi MAHA akan datang!

AGORA-X | TEKNOLOGI PEMPROSESAN PES & SOS PENCICAHPada 9–10 September 2026, Pusat TE bersama MARDI Melaka telah menjayak...
10/09/2026

AGORA-X | TEKNOLOGI PEMPROSESAN PES & SOS PENCICAH
Pada 9–10 September 2026, Pusat TE bersama MARDI Melaka telah menjayakan Program Agora-X yang disertai 28 peserta.
Peserta berpeluang mengikuti sesi amali penghasilan pes Bolognese dan sos barbeku di Test Bed Melaka serta menerima penerangan mengenai Geran Agropreneur Muda NextGen.
Program diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan dan sesi bergambar.

06/09/2026

MAHA 2026 dah melabuhkan tirainya

Che Lah & Che Yam pun sedih kerana begitu banyak memori indah yang tercipta bersama para pengunjung sepanjang MAHA 2026.

Terima kasih kerana hadir, bergambar, bergelak ketawa dan menceriakan hari-hari kami. ❤️

MAHA 2028 nanti… belum tentu Che Lah & Che Yam masih ada bersama lagi. Jadi, semua kenangan indah di MAHA 2026 ini akan sentiasa tersimpan dalam hati. 🥹

Lengkap sudah 10 hari penuh kemeriahan MAHA 2026.Ini merupakan antara kenangan dan wajah-wajah pengunjung yang sempat di...
06/09/2026

Lengkap sudah 10 hari penuh kemeriahan MAHA 2026.

Ini merupakan antara kenangan dan wajah-wajah pengunjung yang sempat dirakam pada hari terakhir MAHA 2026. Kini, tirai MAHA 2026 telah pun melabuh, meninggalkan pelbagai kenangan indah buat semua yang hadir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pengunjung yang telah bersama-sama memeriahkan Laman Agrofood Sayuran, Herba, Kelulut dan Agromadani sepanjang penganjuran MAHA 2026.

Segala sokongan dan kehadiran anda amat bermakna buat kami.

Berjumpa lagi pada MAHA 2028!

Majlis Penutupan MAHA 2026 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.MAHA 2026...
06/09/2026

Majlis Penutupan MAHA 2026 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

MAHA 2026 yang berlangsung selama 10 hari bermula 28 Ogos hingga 6 September 2026 melabuhkan tirainya dengan penuh kemeriahan.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah bersama-sama memeriahkan MAHA 2026.

Address

Simpang Bukit Lintang-Kandang
Ayer Molek
75460

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6062686977

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARDI Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MARDI Negeri Melaka:

Shortcuts

Share