Balai Polis Kg Bharu L Manjung Perak

Balai Polis Kg Bharu L Manjung Perak

Share

FACEBOOK (PAGE) RASMI
BALAI POLIS KG BHARU (L)
IBU PEJABAT POLIS DAERAH MANJUNG, PERAK.

Photos from Balai Polis Kg Bharu L Manjung Perak's post 25/05/2026

๐—ฅ๐—ข๐—ก๐——๐—”๐—”๐—ก ๐—–๐—˜๐—š๐—”๐—› ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

Kampung Bharu (L), 25 Mei 2026 โ€“ Rondaan Cegah Jenayah oleh Balai Polis Kampung Bharu (L) telah diketuai oleh SM Mohd Nur Hafsham bin Mohd Wazir bersama anggota Task Force dan tiga (3) anggota RELA.

Rondaan ini dilaksanakan bagi mengekang dan membendung kejadian jenayah serta mengurangkan fear of crime dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya di kawasan pentadbiran Balai Polis Kampung Bharu (L). Kehadiran polis dan anggota RELA di lapangan diharap dapat meningkatkan tahap keselamatan serta memberi keyakinan kepada masyarakat.




Photos from Balai Polis Kg Bharu L Manjung Perak's post 20/05/2026

PROGRAM TALK TO US BALAI POLIS KG BHARU (L)

20 Mei 2026 โ€“ Balai Polis Kg Bharu (L) telah melaksanakan Program Talk To Us bersama masyarakat setempat di Kedai Makan Jasmin, Kampung Bharu (L), Ayer Tawar.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat serta menyampaikan maklumat berkaitan pencegahan jenayah dan penipuan dalam talian (scam). Turut diadakan sesi penyerahan risalah keselamatan dan sumbangan ikhlas kepada pesara polis serta barisan hadapan.

Terima kasih kepada semua penduduk yang hadir dan memberikan kerjasama. Semoga hubungan erat antara polis dan masyarakat terus diperkukuhkan demi mewujudkan komuniti yang selamat dan sejahtera.





Photos from Balai Polis Kg Bharu L Manjung Perak's post 18/05/2026

๐Ÿ“ PEMERIKSAAN BALAI PTKPN A117 PERINGKAT IPK PERAK DI BALAI POLIS KAMPUNG BHARU (L), MANJUNG, PERAK.

Kampung Bharu (L), 18 Mei 2026 (Isnin) โ€“ DSP Mohd Rafizi bin Ibrahim, Cawangan Khas IPK Perak, bersama pasukan pemeriksa telah mengadakan lawatan kerja serta pemeriksaan PTKPN A117 di Balai Polis Kampung Bharu (L) pada petang ini.

Ketibaan beliau bersama rombongan telah disambut oleh SM Mohd Nur Hafsham bin Mohd Wazir, Ketua Polis Balai Kampung Bharu (L).

Atur cara dimulakan dengan sesi menandatangani Buku Lawatan, diikuti dengan pemeriksaan aset serta sesi bergambar.

Pemeriksaan ini bertujuan untuk:

* Menilai tahap pengurusan dan pentadbiran balai polis agar selaras dengan peraturan, arahan dan prosedur PDRM.
* Mengenal pasti tahap penyelenggaraan bangunan, pejabat, fasiliti serta peralatan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
* Mengesan sebarang kekurangan, kerosakan atau ketidakpatuhan serta mencadangkan tindakan segera seperti pembaikan, penggantian atau pelupusan.
* Menilai tahap kesiapsiagaan anggota melalui pemeriksaan kawad dengan penekanan terhadap disiplin, kawalan diri dan keyakinan.

Pemeriksaan ini juga memastikan semua arahan dipatuhi serta selaras dengan ketetapan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117.

(L)

Photos from Balai Polis Kg Bharu L Manjung Perak's post 09/05/2026

*PROGRAM SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA 2026 DI UNIKL MIMET DI BAWAH PENTADBIRAN BALAI POLIS KAMPUNG BHARU (L)*

๐Ÿ“… Tarikh : 9 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•ข Masa : 0730 hrs โ€“ 1200 hrs
๐Ÿ“ Tempat : UniKL MIMET, Kampung Bharu (L), Manjung, Perak.

- Program โ€œSemarak Belia @ Hari Belia Negara 2026โ€ peringkat Daerah Manjung telah berlangsung di UniKL MIMET, Kampung Bharu (L), Manjung, Perak.

- Program dianjurkan sempena sambutan Hari Belia Negara 2026 dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, NGO, institusi pendidikan serta komuniti belia setempat.

Antara pengisian program adalah:

- Aktiviti sukan dan rekreasi Pameran agensi kerajaan
- Persembahan belia dan seni kreatif
- Program komuniti dan santai bersama belia
- Aktiviti kesedaran sosial dan kemasyarakatan
- Kehadiran peserta dan pengunjung adalah memberangsangkan serta program berjalan dalam keadaan terkawal dan selamat.
- Secara keseluruhan, program mencapai objektif dalam mengeratkan hubungan komuniti serta meningkatkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti sihat dan berfaedah.

Sekian Terima Kasih.


Photos from Balai Polis Kg Bharu L Manjung Perak's post 05/05/2026

๐Ÿ“ PEMERIKSAAN BALAI PTKPN A117 PERINGKAT IPD MANJUNG DI BALAI POLIS KAMPUNG BHARU (L), MANJUNG, PERAK.

Kampung Bharu (L), 05 Mei 2026 (Selasa) โ€“ ASP Murphy Anak Martin, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Perak bersama pasukan pemeriksa telah mengadakan lawatan kerja serta pemeriksaan PTKPN A117 di Balai Polis Kampung Bharu (L) pada pagi ini.

Ketibaan beliau bersama rombongan telah disambut oleh SM Mohd Nur Hafsham bin Mohd Wazir, Ketua Polis Balai Kampung Bharu (L).

Atur cara dimulakan dengan sesi menandatangani Buku Lawatan, diikuti dengan pemeriksaan kawad serta sesi bergambar.

Pemeriksaan ini bertujuan untuk:

* Menilai tahap pengurusan dan pentadbiran balai polis agar selaras dengan peraturan, arahan dan prosedur PDRM.
* Mengenal pasti tahap penyelenggaraan bangunan, pejabat, fasiliti serta peralatan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
* Mengesan sebarang kekurangan, kerosakan atau ketidakpatuhan serta mencadangkan tindakan segera seperti pembaikan, penggantian atau pelupusan.
* Menilai tahap kesiapsiagaan anggota melalui pemeriksaan kawad dengan penekanan terhadap disiplin, kawalan diri dan keyakinan.

Pemeriksaan ini juga memastikan semua arahan dipatuhi serta selaras dengan ketetapan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117.

(L)

Photos from Balai Polis Kg Bharu L Manjung Perak's post 21/04/2026

21 April 2026 (Selasa) - Pemantauan Task Force Balai Polis Kg Bharu di Taman Nakhoda dan Taman Nakhoda Bestari Sebagai salah satu usaha Ketua Polis Balai Kg Bharu (L), anggota Task Force Balai Polis Kg Bharu (L) telah diarahkan untuk melaksanakan pemantauan di kawasan Taman dan sektor perkilangan maklumat berkaitan aktiviti sekumpulan remaja berkumpul, menunggang motosikal secara berkumpulan serta gangguan ketenteraman awam pada waktu malam termasuk kegiatan curi elektrik dan meter air serta aktiviti tidak sihat, di mana hasil pemantauan mendapati kumpulan berkenaan beredar sebaik menyedari kehadiran pihak polis, dan pemantauan serta rondaan akan diteruskan sebagai langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.



(L)

Photos from Balai Polis Kg Bharu L Manjung Perak's post 10/04/2026

PROGRAM TRIM AND FIT BALAI POLIS KAMPUNG BHARU (L)

Manjung, 10 April 2026 โ€“ Ketua Polis Balai Polis Kampung Bharu (L), SM Mohd Nur Hafsham Bin Mohd Wazir, turut serta bersama-sama warga Balai Polis Kg Bharu menjayakan Program Trim And Fit yang merupakan salah satu aktiviti mingguan yang dilaksanakan di peringkat Balai Polis Kampung Bharu.

Program ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kecergasan fizikal, meningkatkan kesihatan mental serta memupuk semangat kerjasama dan disiplin dalam kalangan warga Balai Polis Kg Bharu. Aktiviti permainan bowling telah dijalankan bagi memastikan setiap anggota sentiasa berada dalam keadaan cergas dan bersedia menghadapi cabaran tugasan harian.

Program Trim And Fit ini akan terus dijadikan sebagai platform berterusan bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Balai Polis Kampung Bharu.

Secara keseluruhan, program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar dan teratur, sekali gus mencapai objektif penganjuran dalam mewujudkan kerjasama erat, persekitaran yang selamat serta meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap PDRM, selaras dengan moto โ€œPolis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.โ€




Photos from Polis Perak's post 24/03/2026
24/03/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—˜ ๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿต

SM Mohd Nur Hafsham bin Mohd Wazir, Ketua Polis Balai Kampung Bharu (L), bersama seluruh warga Balai Polis Kampung Bharu (L) mengucapkan Selamat Manyambut Hari Polis ke 219 kepada seluruh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia.

Disebalik setiap cabaran dan risiko yang dihadapi, warga pasukan tetap berdiri teguh di barisan hadapan demi menegakkan keadilan dan keamanan masyarakat.

Semangat juang, kesetiaan dan pengorbanan inilah yang menjadi kekuatan sebenar pasukan kita. Marilah kita terus memperkukuhkan iltizam, mempertingkat profesionalisme dan memelihara kepercayaan masyarakat dalam setiap tugas yang diamanahkan.

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ž๐—ฒ-๐Ÿฎ๐Ÿญ๐Ÿต

๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—› ๐—ง๐—œ๐—”๐——๐—”



Want your business to be the top-listed Government Service in Ayer Tawar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Balai Polis Kg Bharu (L)
Ayer Tawar
32400