Dewan Pemuda PAS Kawasan-DPPK Bagan Datuk

Directions

Dewan Pemuda PAS Kawasan-DPPK Bagan Datuk Media sosial perkongsian PAS kepada semua.

Catatan DuhaKita banyak kekurangan sebagai suami dan ayah. Namun kekurangan bukan alasan untuk berhenti memperbaiki diri...
11/10/2026

Catatan Duha

Kita banyak kekurangan sebagai suami dan ayah. Namun kekurangan bukan alasan untuk berhenti memperbaiki diri. Jadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan berikan yang terbaik kepada keluarga.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
29 Rabiul Akhir 1448, 11 Oktober 2026
Ahad

SELAMAT MENYAMBUT HARI SUKAN NEGARA 2026Sukan bukan sekadar medan menguji kekuatan fizikal dan ketangkasan, bahkan menja...
10/10/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI SUKAN NEGARA 2026

Sukan bukan sekadar medan menguji kekuatan fizikal dan ketangkasan, bahkan menjadi wahana membina kesihatan, mengukuhkan ukhuwah serta mendidik jiwa dengan nilai disiplin, kesabaran dan semangat kesukanan.

Islam amat menitikberatkan penjagaan kesihatan dan kecergasan tubuh badan agar kita mampu melaksanakan ibadah serta memikul amanah kehidupan dengan sebaik-baiknya.

Marilah kita menjadikan sukan sebagai medan mengeratkan silaturahim, memupuk perpaduan dan melahirkan generasi yang sihat tubuh badan, kuat jati diri, berakhlak mulia serta teguh imannya.

Semoga setiap usaha ke arah kesihatan dan kecergasan mendapat keberkatan Allah SWT serta menjadi asbab kebaikan untuk diri, keluarga, masyarakat dan ummah.

“BADAN SIHAT, JIWA KUAT, IBADAH MANTAP, UMMAH HEBAT!”

Selamat bersukan dengan penuh semangat, disiplin dan ukhuwah. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita.
آمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

Salam ikhlas daripada:
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BAGAN DATUK (DPPK)

" BAGAN DATUK SEJAHTERA BERSAMA "
" PEMUDA MANTAP & BERTEKAD "

"PENYELESAIAN ISLAM MENGISI KEMENANGAN "
" MEMIMPIN PENYATUAN "
" MEMIMPIN PERAK "

10/10/2026

|| TADABBUR KALAMULLAH • 27 Rabiul Akhir 1448H ||

فَٱعۡلَمۡ أَنَّهُۥ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لِذَنۢبِكَ وَلِلۡمُؤۡمِنِینَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِۗ وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ مُتَقَلَّبَكُمۡ وَمَثۡوَىٰكُمۡ

"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)" [Surah Muhammad 19]

Ayat ini berisi perintah utama untuk memperkuat tauhid, memohon ampunan dosa, dan menyedari pengawasan Allah swt terhadap seluruh aktiviti manusia.

Terdapat 6 kelebihan mengamalkan kalimah Lailaha Illallah

1.‘TIKET’ Masuk Syurga

Sabda Rasulullah saw: "Barangsiapa yang akhir perkataannya sebelum meninggal dunia adalah ‘La ilaha illallah’, maka dia akan masuk syurga" (HR Abu Dawud)

2. Zikir Paling Utama

Kalimat ‘La ilaha illallah’ adalah zikir yang paling utama. Daripada Sayidina Jabir r.a, Nabi saw bersabda: "Zikir yang paling utama adalah la ilaha illallah dan doa yang paling utama adalah alhamdulillah" (HR Ibnu Majah dan an-Nasa’ie)

3. Pelindung Dari Api Neraka

Daripada Sayidina Umar r.a berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Sungguh aku akan mengajarkan sebuah kalimah, tidaklah seorang hamba mengucapkannya dengan benar dari hatinya, lalu ia mati di dalam keyakinan itu, kecuali (Allah) mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Iaitu kalimah Laa ilaha illallah" (HR Hakim)

4. Jaminan Masuk Syurga

Daripada Sayidina Zaid bin Arqam r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang mengucapkan ‘La ilaha illallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga".

Lalu ditanya kepada baginda saw: "Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?"

Rasulullah saw bersabda: "Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram" (HR at-Tabarani)

5. Perantara Doa

Daripada Sayidina Abu Sa’id al-Khudri r.a, dari Rasulullah saw bersabda, Nabi Musa Alaihissalam berkata: "Wahai Tuhanku ajarkanlah kepadaku sesuatu, yang aku akan berzikir dan berdoa kepadaMu dengannya"

Allah berfirman: "Wahai Musa ucapkanlah Laa ilaaha illallah. Musa berkata: "Wahai Tuhanku seluruh hambaMu mengucapkan kalimah ini. Allah berfirman: "Wahai Musa, Seandainya langit tingkat tujuh dan apa yang ada didalamnya serta bumi tingkat tujuh selain Aku diletakkan di suatu timbangan, dan Laa ilaaha illallah diletakkan di timbangan yang lain, maka akan berat timbangan laa ilaaha illallah" (HR Ibnu Hibban dan Hakim)

6. Menunda Hari Kiamat

Kalimah ‘Laa ilaaha ilallah’ menunda Kiamat. Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a berkata, Rasulullah saw bersabda: "Tidak akan terjadi kiamat (apabila) masih ada orang yang menyebut laa ilaaha illallah" (HR Ibnu Hibban)

Jom, mulai hari ini kita tetapkan azam untuk beri hati kita sedikit masa meraih ketenangan dengan menyebut serta memahami dan memegang teguh kalimah La Ilaha Illallah. Semoga menjadi asbab jalan hidup kita dipermudahkan. Aamiiin.

10/10/2026

[[ KELEBIHAN BERTAHMID DAN MEMUJI ALLAH KETIKA PESAKIT DIZIARAHI ]]

عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ بَعَثَ اللَّهُ تَعَالَى إِلَيْهِ مَلَكَيْنِ فَقَالَ انْظُرَا مَاذَا يَقُولُ لِعُوَّادِهِ فَإِنْ هُوَ إِذَا جَاءُوهُ حَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ رَفَعَا ذَلِكَ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ أَعْلَمُ فَيَقُولُ لِعَبْدِي عَلَيَّ إِنْ تَوَفَّيْتُهُ أَنْ أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَإِنْ أَنَا شَفَيْتُهُ أَنْ أُبْدِلَ لَهُ لَحْمًا خَيْرًا مِنْ لَحْمِهِ وَدَمًا خَيْرًا مِنْ دَمِهِ وَأَنْ أُكَفِّرَ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ

Daripada 'Atha bin Yasar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang hamba jatuh sakit, Allah SWT mengutus kepadanya dua Malaikat seraya berfirman; “Perhatikanlah apa yang dikatakannya kepada orang-orang yang menziarahinya. Jika ketika mereka datang menziarahinya dia memuji Allah dan menyanjung-Nya, kedua-dua malaikat itu mengangkat perkara tersebut kepada Allah ‘Azza wa Jalla, sedangkan Dia (Allah) lebih mengetahui. Lalu Allah berfirman: ‘Menjadi ketetapan-Ku terhadap hamba-Ku, jika Aku mematikannya, Aku akan memasukkannya ke dalam syurga; dan jika Aku menyembuhkannya, Aku akan menggantikan baginya daging yang lebih baik daripada dagingnya dan darah yang lebih baik daripada darahnya serta Aku akan menghapuskan dosa-dosanya.’" (HR Malik No: 1475) Status: Hadis Hasan lighairihi.

Pengajaran:

1. Sakit merupakan ujian terhadap tubuh, hati dan lidah. Cara seseorang berbicara ketika sakit boleh mencerminkan hubungannya dengan Allah.

2. Seorang Mukmin dianjurkan memuji Allah dalam semua keadaan. Syukur bukan hanya ketika mendapat nikmat yang menyenangkan, termasuklah ketika sakit.

3. Ketika orang yang sakit diziarahi, ucapkanlah zikir memuji Allah bukan keluhan atau kesakitan. Antaranya kalimah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
“Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan.”

4. Mengadu sakit tidak sama dengan mencela ketentuan Allah. Pesakit boleh menjelaskan kesakitannya untuk mendapatkan bantuan dan rawatan.

5. Jagalah lidah ketika sakit. Elakkan kata-kata seperti mempertikaikan keadilan Allah atau berputus asa daripada rahmat-Nya. Sakit akan menjadi penebus dosa.

6. Bagi penziarah, doakan pesakit dan ucapkan kata-kata semangat dan kesabaran untuk pesakit.

7. Pesakit yang sabar dan reda malah mengucapkan tahmid dan pujian kepada Allah terhadap apa yang dilalui (bukan keluhan), jika ia dimatikan, Allah akan menggantikan dengan syurga. Jika disembuhkan, Allah akan menggantikan darah yang lebih baik, daging baru yang tumbuh lebih baik di samping dikurniakan keampunan dosa.

28hb Rabiulakhir 1448H
10hb Oktober 2026

Cuaca berjerebu ni, kena lebih berjaga-jaga. Kurangkan aktiviti luar, pakai pelitup muka bila perlu dan banyakkan minum ...
10/10/2026

Cuaca berjerebu ni, kena lebih berjaga-jaga.

Kurangkan aktiviti luar, pakai pelitup muka bila perlu dan banyakkan minum air kosong.

Kalau mula rasa sesak nafas atau batuk teruk, jangan tunggu lama. Dapatkan rawatan segera!

Kredit poster: Lajnah Kesihatan Pemuda PAS Malaysia


Catatan DuhaMenjadi suami yang baik bukan bermakna kita sempurna. Yang penting, sentiasa belajar daripada akhlak Rasulul...
10/10/2026

Catatan Duha

Menjadi suami yang baik bukan bermakna kita sempurna. Yang penting, sentiasa belajar daripada akhlak Rasulullah SAW dan berusaha memberikan yang terbaik buat isteri dan keluarga.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
28 Rabiul Akhir 1448, 10 Oktober 2026
Sabtu

Catatan DuhaRasulullah SAW adalah teladan terbaik dalam melayani keluarga. Kita mungkin jauh daripada kesempurnaan Bagin...
09/10/2026

Catatan Duha

Rasulullah SAW adalah teladan terbaik dalam melayani keluarga. Kita mungkin jauh daripada kesempurnaan Baginda, tetapi kita wajib berusaha memperbaiki layanan, kasih sayang dan tanggungjawab terhadap keluarga.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
27 Rabiul Akhir 1448, 9 Oktober 2026
Jumaat

[ USRAH QIYADI BULANAN : PENGISIAN UNTUK TINGKAT KEFAHAMAN, BANGKITKAN SEMANGAT, MENTAJDID NIAT DAN ERAT & KUKUHKAN UKHU...
09/10/2026

[ USRAH QIYADI BULANAN : PENGISIAN UNTUK TINGKAT KEFAHAMAN, BANGKITKAN SEMANGAT, MENTAJDID NIAT DAN ERAT & KUKUHKAN UKHUWAH ]

8 OKTOBER 2026 || SELEKOH, BAGAN DATUK

Usrah Qiyadi bulanan DPPK Bagan Datuk bermodul AKTAR DPPN Perak untuk pertemuan Bulan Oktober ini berlangsung pada malam semalam bertempat di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan, Selekoh.

Dinaqibkan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datuk, Ustaz Muhammad Hassanul Hibri merangkap Pengerusi Lajnah Tarbiyah & Perkaderan (LTP).

Tahniah dan terima kasih kepada semua pimpinan Pemuda PAS Kawasan yang telah hadir dan terus istiqamah mengikuti program Tarbiyah.

" TARBIYAH PERKUKUH JEMAAH "

" BAGAN DATUK SEJAHTERA BERSAMA "
" PEMUDA MANTAP & BERTEKAD "

" PENYELESAIAN ISLAM MENGISI KEMENANGAN"
" MEMIMPIN PENYATUAN "
" MEMIMPIN PERAK "

KENYATAAN MEDIAJEMPUTAN RASMI MIN AUNG HLAING: MALAYSIA TIDAK BOLEH MENGORBANKAN PRINSIP, MARUAH NEGARA DAN HAK ASASI DE...
09/10/2026

KENYATAAN MEDIA

JEMPUTAN RASMI MIN AUNG HLAING: MALAYSIA TIDAK BOLEH MENGORBANKAN PRINSIP, MARUAH NEGARA DAN HAK ASASI DEMI KEPENTINGAN DIPLOMASI JANGKA PENDEK

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan kekesalan di atas langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjemput dan menerima kunjungan rasmi Min Aung Hlaing, pemimpin junta tentera Myanmar, ke Malaysia pada 7–8 Oktober 2026.

Walaupun individu berkenaan sudah meninggalkan Malaysia, ia tetap akan dikenang sebagai langkah diplomatik sumbang pada saat Myanmar masih dilanda konflik bersenjata, genosid rakyat awam, penindasan politik, dan krisis kemanusiaan yang berpanjangan. Sambutan rasmi dengan hamparan permaidani merah seumpama tokoh negarawan terbilang berisiko menormalisasikan kepimpinan junta yang terus dikaitkan dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia, termasuk genosid terhadap komuniti Shan dan lain-lain etnik di Myanmar.

Perlu ditegaskan bahawa PAS memahami keresahan rakyat terhadap keberadaan warga asing tanpa dokumen, kelemahan pengurusan pelarian, hak kepentingan rakyat tempatan serta ancaman keselamatan dan eksploitasi tenaga kerja. Keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan rakyat Malaysia wajib menjadi keutamaan pertama kerajaan.

Justeru PAS tidak menolak kepentingan diplomasi di dalam menyelesaikan isu warga Myanmar dan pelarian di Malaysia. Namun, ia tidak boleh mengatasi prinsip, mengetepikan keadilan antarabangsa atau mengorbankan kepentingan rakyat dan keselamatan manusia.

Keputusan kerajaan juga menimbulkan persoalan tentang komitmen Malaysia terhadap Konsensus Lima Perkara ASEAN, khususnya tuntutan menghentikan keganasan, menggalakkan dialog inklusif dan mencari penyelesaian politik bagi krisis Myanmar.

PAS menegaskan bahawa keadilan antarabangsa tidak boleh diamalkan secara terpilih.

Pada November 2024, Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memohon waran tangkap terhadap Min Aung Hlaing atas dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan penganiayaan komuniti . Kes tersebut menuntut pendirian yang jelas dan bertanggungjawab daripada Malaysia.

Pada 21 November 2024, ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, atas dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan Gaza. Prosiding genosid terhadap Israel p**a berlangsung secara berasingan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Jika Malaysia menuntut akauntabiliti antarabangsa terhadap pemimpin Israel, mengapa pemimpin junta Myanmar diberikan sambutan rasmi tanpa penjelasan yang meyakinkan tentang akauntabiliti, perlindungan mangsa dan komitmen terhadap keadilan?

Prinsip keadilan tidak boleh berubah mengikut identiti pemimpin atau kepentingan diplomatik. Malaysia mesti konsisten mempertahankan undang-undang antarabangsa, sama ada melibatkan Palestin, Myanmar atau mana-mana negara.

Hal penghantaran p**ang pelarian dan PATI dari Myanmar mesti mengikut proses undang-undang antarabangsa dan tidak boleh sama sekali mengabaikan risiko ancaman keselamatan dan hak kemanusiaan.

PAS tidak mempertahankan kemasukan tanpa izin atau kelemahan penguatkuasaan. Kerajaan wajib mengawal sempadan, membanteras sindiket penyeludupan manusia dan melaksanakan undang-undang imigresen. Namun, tindakan terhadap PATI mesti dibezakan daripada pengurusan pelarian dan pemohon suaka yang mungkin berdepan penganiayaan jika dihantar p**ang tanpa proses yang jelas dan teratur.

Penghantaran p**ang warga Myanmar dan pelarian yang telah berlaku dan akan berlaku selepas ini mesti dijelaskan oleh kerajaan tentang proses saringan, penilaian risiko dan jaminan keselamatan selepas ketibaan. Adakah setiap individu telah dinilai secara sewajarnya, termasuk mereka yang mungkin memerlukan perlindungan antarabangsa?

PAS tidak mahu Malaysia menjadi tempat kemasukan warga asing tanpa kawalan. Penyelesaian mesti menggabungkan penguatkuasaan yang berkesan, perlindungan hak rakyat, saringan yang adil dan kerjasama ASEAN serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

PAS mendesak kerajaan:

1. Menjelaskan hasil dan tujuan sebenar kunjungan Min Aung Hlaing serta pendirian Malaysia terhadap dakwaan jenayah antarabangsa yang dikaitkan dengannya.

2. Mendedahkan mekanisme saringan dan jaminan keselamatan bagi warga Myanmar yang dihantar p**ang, serta memastikan tiada pemulangan yang melanggar kewajipan perlindungan.

3. Memperkemas pengurusan pelarian dan PATI melalui dasar yang jelas, penguatkuasaan tegas atas pelanggaran undang-undang dan kerjasama serantau berteraskan Konsensus Lima Perkara ASEAN.

Kedaulatan menuntut sempadan yang terkawal. Keadilan menuntut prinsip yang konsisten. Kemanusiaan menuntut agar tiada nyawa dipertaruhkan demi kepentingan politik singkat.

Kerajaan mesti menjelaskan kepada rakyat sama ada kunjungan ini benar-benar membawa penyelesaian kepada krisis Myanmar atau sekadar memberikan ruang diplomatik kepada pemimpin junta tanpa jaminan kemajuan yang nyata.

Malaysia mesti mengutamakan rakyat, mempertahankan maruah negara dan melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan secara tegas, adil serta berprinsip.

“PENYELESAIAN ISLAM MENGISI KEMENANGAN”

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan PAS Pusat

Bertarikh: 9 Oktober 2026

[ TAZKIRAH JUMAAT @ DPPK BAGAN DATUK ]" ISLAM ADALAH CARA HIDUP KESELURUHAN..""...Cara hidup Islam bukan sekadar dalam u...
09/10/2026

[ TAZKIRAH JUMAAT @ DPPK BAGAN DATUK ]

" ISLAM ADALAH CARA HIDUP KESELURUHAN.."

"...Cara hidup Islam bukan sekadar dalam urusan ibadah atau apa jua yang disebut 'Hablum Minallah' sahaja. Tetapi apa yang dimaksudkan Islam sebagai 'Ad-Deen' itu ialah cara hidup Islam yang menyeluruh, dalam urusan individu, mengatur rumahtangga, bermasyarakat dan bernegara menurut Islam.

Tetapi sekiranya seseorang itu hanya dikenali Islam pada nama sahaja, sedangkan cara hidupnya adalah cara hidup Nasrani dan Yahudi.

Jika kaum Nasrani dedah aurat, maka dia pun dedah aurat, ekonomi kaum Nasrani berasaskan riba, dia pun tidak peduliriba atau tidak, asalkan mendapat untung.

Golongan Nasrani mentadbir negara menggunakan undang-undang ciptaan manusia, maka dia pun mentadbir negara demikan juga, malah menentang dan menyindir pihak-pihak yang hendak melaksanakan Syariah Islam..."

- Sedutan tazkirah Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Disediakan oleh :-
Lajnah Dakwah
Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK)
Bagan Datuk

" BAGAN DATUK SEJAHTERA BERSAMA "
" PEMUDA MANTAP & BERTEKAD "

"PENYELESAIAN ISLAM MENGISI KEMENANGAN "
" MEMIMPIN PENYATUAN "
" MEMIMPIN PERAK "

Address

Bagan Datuk
Bagan Datoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kawasan-DPPK Bagan Datuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share