Pimpinan DAP menyokong MB Negeri Sembilan. ๐ฒ๐พ
Roketkini
Roketkini adalah sumber maklumat utama bahasa Malaysia dalam memahami agenda dan perjuangan DAP
Roketkini adalah sumber maklumat utama bahasa Malaysia dalam memahami agenda dan perjuangan Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Tahniah pelajar-pelajar SPM Tahun 2025 Parlimen Teluk Intan yang telah mencapai keputusan cemerlang dan kemajuan yang besar!
Segala rintangan ini telah membentuk prinsip teguh yang kita pegang dalam DAP. Jika kita ingin terus melangkah jauh ke hadapan, kita tidak boleh sesekali melupakan asal-usul dan prinsip perjuangan kita. Inilah yang dilihat dan dipercayai oleh rakyat.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan rebat RM50 tiket penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Labuan sempena Gawai dan Kaamatan bagi meringankan kos perjalanan rakyatโ๏ธ๐ก
15/04/2026
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP merangkap ADUN Buntong, Thulsi Manogaran tampil memperbetulkan dakwaan yang memutarbelitkan kenyataan kepimpinan parti berhubung isu pemandu mabuk. Beliau menegaskan bahawa DAP kekal konsisten menyokong tindakan tegas dan hukuman paling berat terhadap mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga meragut nyawa.
Bukan sekadar pingat yang dibawa pulang, tetapi memori pagi yang penuh dengan kekuatan dan senyuman.
Acara larian ini menyaksikan kehadiran komuniti yang cukup berinspirasi, di mana kaum wanita tampil menerajui langkah sebagai simbol keberanian dan perpaduan. Suasana harmoni jelas terpancar apabila setiap peserta saling memberi sokongan antara satu sama lain dalam meraikan semangat pemerkasaan.
Program murni ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh DAP Wanita Pulau Pinang. Setiap langkah yang diambil hari ini membawa makna besar dalam usaha membina komuniti yang lebih inklusif dan berdaya saing.
10/03/2026
Sdr Sheikh Omar Ali hari ini menegaskan bahawa insiden memijak simbol keagamaan Hindu, 'Soolam', adalah perbuatan yang tidak wajar dan sama sekali tidak menggambarkan ajaran Islam. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai provokasi yang boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
Fi Lesen Gimnasium Dipotong 80%: Bandar Sihat Bukan Lagi Retorik! ๐๏ธโโ๏ธ
Ini bukan sekadar janji, tapi tindakan nyata ke arah gaya hidup aktif. Dengan pengurangan drastik fi lesen ini, kita membuka ruang seluas-luasnya buat pengusaha industri kecergasan untuk terus berkembang sekali gus menjadikan komuniti kita lebih sihat dan cergas.
Tiada lagi alasan! Transformasi "Bandar Sihat" bermula sekarang.
Ahli Parlimen Bentong, Sdri Young Syefura Othman mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang pelajar universiti yang didakwa memijak kitab suci Al-Quran bagi tujuan provokasi melampau.
Sesiapa pun yang cuba mengugat keselamatan negara, tindakan tetap akan diambil.
Seorang anak muda dengan langkah yang terbatas,
tetapi impian yang tidak pernah terbatas.
Kadang yang diperlukan bukan simpati,
tetapi sokongan untuk terus melangkah. ๐
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
Bagan Lalang
