Bahagian Pengangkutan IPK KL

Bahagian Pengangkutan IPK KL

Share

TRANSFORMASI PENGANGKUTAN PDRM Menerajui Transformasi Pengangkutan Darat PDRM

Photos from Bahagian Pengangkutan IPK KL's post 19/12/2025

𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗣𝗜𝗡 𝗕𝗢𝗪𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗜𝗔𝗟𝗔 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗧𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚𝗞𝗨𝗧𝗔𝗡
𝗜𝗣𝗞 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱

19 Disember 2025 – YDH SUPT Muhamad Naser bin Ismail, Pegawai Turus Pengangkutan IPK Kuala Lumpur telah hadir bagi memeriahkan serta menyokong penganjuran Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pegawai Turus Pengangkutan IPK Kuala Lumpur Tahun 2025 yang berlangsung dari jam 1400 hingga 1730 Hrs bertempat di Wangsa Bowl, Wangsa Walk.

Kejohanan ini telah menghimpunkan pegawai-pegawai kanan dan rendah polis dari Operasi Pengangkutan IPK Kuala Lumpur, Teknikal Pengangkutan IPK Kuala Lumpur serta Cawangan Pengangkutan Daerah, sekali gus mencerminkan semangat kerjasama, perpaduan dan kesukanan dalam kalangan warga Pengangkutan IPK Kuala Lumpur.

Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga Pengangkutan IPK Kuala Lumpur.

Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah menunjukkan komitmen tinggi serta semangat persaingan yang sihat dalam suasana penuh harmoni dan persaudaraan.

Sebagai rekod keputusan pertandingan, Johan telah dimenangi oleh IPD Sentul, diikuti Naib Johan oleh IPD Brickfields manakala Tempat Ketiga disandang oleh IPD Putrajaya, yang kesemuanya merupakan wakil daripada Cawangan Pengangkutan Daerah.



Photos from Bahagian Pengangkutan IPK KL's post 09/04/2025

LELONGAN AWAM ASET ALIH (KENDERAAN PASUKAN)IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KUALA LUMPUR.

TARIKH LELONGAN: 23/4/2025
MASA : 0945 HRS
TARIKH MELIHAT ASET: 14/4/2025 HINGGA 17/4/2025
LOKASI ASET DAN SENARAI ASET: SEPERTI DIIKLANKAN
TEMPAT LELONGAN: CAWANGAN PENGANGKUTAN IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KUALA LUMPUR,JALAN PUDU 55100 KUALA LUMPUR





Photos from Bahagian Pengangkutan IPK KL's post 05/09/2024



JLOG Bahagian Pengangkutan IPK KL , 05 Sept 2024 - Jabatan Logistik dan Teknologi ( JLOG) Polis KL akan mengadakan Jualan Lelong Kenderaan Pasukan bertempat di Perkarangan Bengkel Cawangan Pengangkutan,Jabatan Logistik dan Teknologi, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Maklumat tarikh melihat aset dan lelongan seperti gambar yang disertakan.

sekian makluman lelongan kenderaan.

Photos from Polis KL's post 05/04/2023
Photos from Bahagian Pengangkutan IPK KL's post 22/02/2023

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT JABATAN LOGISTIK DAN TEKNOLOGI POLIS KUALA LUMPUR

Jabatan Logistik Dan Teknologi Polis Kuala Lumpur telah mengadakan Program Gaya Hidup Sihat bertempat di Taman Pudu Ulu KL dengan aktiviti senaman larian 2.4KM anjuran Bahagian Pengangkutan IPK Kuala Lumpur.

Selaras dengan inspirasi Ketua Polis Kuala Lumpur, aktiviti Gaya Hidup Sihat sebegini dijadikan sebagai aktiviti wajib mingguan warga JLog Ipk KL didalam mengekalkan tahap kecergasan yang ideal. Ia juga sebagai mengekalkan semangat espirit de cops sebagai jalinan kerjasama berpasukan.

Selain memenuhi kehendak pucuk pimpinan pasukan agar seluruh warga JLog KL dapat mengurangkan masalah penyakit dan obesiti, ia juga membentuk ketrampilan menarik sebagai frontliners barisan hadapan Pasukan dalam komuniti. Kehadiran seramai 128 orang terdiri daripada Ydh ACP Zulkufli Bin Ismail (Ketua Jabatan Logistik Dan Teknologi Kuala Lumpur), SUPT Mohd Amir Bin Yusof (Pegawai Turus Pengangkutan Kuala Lumpur), Pegawai - pegawai Kanan Polis, Pegawai - pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Jabatan Logistik Dan Teknologi Polis Kuala Lumpur.

Program Gaya Hidup Sihat berjalan dengan jayanya.

Photos from Bahagian Pengangkutan IPK KL's post 20/02/2023

LDP CAWANGAN PENGANGKUTAN IPD SENTUL MENGENAI PENGGUNAAN PDRM (C) 303 OLEH PENGANGKUTAN OPERASI IPK KUALA LUMPUR BERTEMPAT DI CAWANGAN LATIHAN IPD SENTUL, KUALA LUMPUR

INSP MOHAMMAD NORASWAN
SI AZMI
KPL MOHAMMAD SHAHRIL

MENJARING IKAN SUNGAI /PESTA KERAI 05/02/2023

MENJARING IKAN SUNGAI /PESTA KERAI Aktiviti menjaring ikan serta menjala di sungai. 1 utas jaring ikan hilang dipercayai jatuh ketika menranduk di dalam sungai. Namun begitu rezeki keesokan ha...

03/01/2023

: JOM KENALI KEPIMPINAN PPRPD

Presiden
Sub Inspektor Suhami bin Mohd Yusoff
(2021 – KINI)

Sub. Insp. Suhami dilahirkan pada 27 Oktober 1964 di Kuala Kangsar, Perak. Beliau dilantik sebagai Presiden PPRPD Malaysia yang ke 15 pada 1 Disember 2021.

Beliau juga merupakan Pengerusi PPRPD Kontinjen Perak.

Kini beliau bertugas di Cawangan Pengangkutan Teknikal, Jabatan Logistik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Jangan lupa layari laman rasmi Facebook PPRPD Malaysia dengan klik ‘Follow dan Like’ serta kongsikan sebanyak mungkin untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini. Kerjasama dari tuan-tuan amat kami hargai. Terima Kasih.






Want your business to be the top-listed Government Service in Bagan Lalang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Bagan Lalang