Perpustakaan Awam Bagan Serai

Call Directions Website

Perpustakaan Awam Bagan Serai Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Awam Bagan Serai, Library, Bagan Serai.

Perpustakaan Awam Bagan Serai merupakan salah satu daripada perpustakaan di bawah perbadanan kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Bil. 4 pada 22 Sept 1977 - pindaan Julai 2005

📢 HEBAHAN KEPADA SEMUA PENGGUNA PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN BAGAN SERAI✨ Jom Daftar Sistem PINTAR! ✨Kini segala urusan be...
01/10/2026

📢 HEBAHAN KEPADA SEMUA PENGGUNA PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN BAGAN SERAI

✨ Jom Daftar Sistem PINTAR! ✨
Kini segala urusan berkaitan perkhidmatan perpustakaan boleh diuruskan dengan lebih mudah melalui Sistem PINTAR

Melalui satu akaun PINTAR, pengguna boleh mengakses pelbagai kemudahan seperti:
📚 Keahlian – Daftar dan urus profil keahlian
📖 Perpustakaan Saya – Semak pinjaman, sejarah dan koleksi digital
🏢 Tempahan Fasiliti – Membuat tempahan ruang, kemudahan dan peralatan
🎯 Program – Terokai program dan aktiviti pembelajaran
💬 Khidmat & Aduan – Dapatkan bantuan serta kemukakan maklum balas
💡 Satu akaun, pelbagai perkhidmatan!

Kami menggalakkan semua pengguna Perpustakaan Awam Cawangan Bagan Serai untuk membuat pendaftaran dan mengaktifkan akaun PINTAR bagi memudahkan urusan sirkulasi dan perkhidmatan perpustakaan.

🔗 Daftar/akses Sistem PINTAR:
https://pintar.ppanpk.gov.my/

📱 Jom daftar sekarang


Alhamdulillah, Program Minggu Nilam yang dijalankan khas untuk anak-anak PPKI SK Bagan Serai dijayakan dengan meriah. Pe...
25/09/2026

Alhamdulillah, Program Minggu Nilam yang dijalankan khas untuk anak-anak PPKI SK Bagan Serai dijayakan dengan meriah. Pelbagai aktiviti menarik yang disusun bagi menyemai budaya membaca antaranya sesi bedah buku, mendengar cerita, membaca bersama dan kuiz menguji minda.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang memberi sepenuh tumpuan dan sangat bersemangat sepanjang aktiviti berlangsung.



Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

08/09/2026
04/09/2026

Lawatan sambil belajar ini melibatkan seramai 17 orang kanak-kanak dari sekolah Tadika Indah Emas Bagan serai bersama 5 orang guru pengiring ke Perpustakaan Awam Bagan Serai. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memperkenalkan perpustakaan sebagai tempat pembelajaran yang menyeronokkan. Antaranya ialah aktiviti mewarna bertemakan Hari Malaysia, permainan santai serta aktiviti interaktif yang dapat menggalakkan kreativiti, kerjasama dan kemahiran sosial kanak-kanak. Aktiviti berlangsung dalam suasana ceria dan menyeronokkan.



MAKLUMAN PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
31/08/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, pe...
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Semoga semangat kebersamaan terus menjadi asas dalam membina Malaysia yang harmoni, sejahtera dan maju.

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.

🇲🇾 Tahukah Anda? 🇲🇾31 Ogos 1957 merupakan detik bersejarah apabila negara kita mencapai kemerdekaan daripada penjajahan ...
04/08/2026

🇲🇾 Tahukah Anda? 🇲🇾

31 Ogos 1957 merupakan detik bersejarah apabila negara kita mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British.

Sempena Bulan Kebangsaan, mari kita hayati makna di sebalik Jalur Gemilang, kenali fakta-fakta kemerdekaan, dan semarakkan semangat cintakan tanah air.

Di sebalik laungan "MERDEKA!", tersimpan kisah perjuangan, perpaduan dan pengorbanan yang membentuk Malaysia hari ini.

Jom luangkan beberapa minit membaca infografik ini dan uji pengetahuan anda tentang sejarah kemerdekaan negara.

Tulis jawapan anda di ruangan komen! 👇🇲🇾

Buku Apa Lagi Kurangnya Aku di Mata Mereka membincangkan kesan hubungan yang tidak sihat antara ibu bapa dan anak, terut...
25/07/2026

Buku Apa Lagi Kurangnya Aku di Mata Mereka membincangkan kesan hubungan yang tidak sihat antara ibu bapa dan anak, terutama yang melibatkan sikap narsisistik. Penulis menerangkan bagaimana pengalaman tersebut boleh menjejaskan emosi, keyakinan diri dan kehidupan seseorang.

Bahasa yang digunakan mudah difahami dan disertakan dengan contoh situasi yang dekat dengan kehidupan. Selain menjelaskan masalah, penulis turut berkongsi cara untuk membina semula keyakinan diri dan mewujudkan hubungan yang lebih sihat.

Secara keseluruhannya, buku ini sesuai dibaca oleh remaja dan orang dewasa kerana memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan emosi serta menghargai diri sendiri.

JOM SINGGAH ke Perpustakaan Awam Cawangan Bagan Serai dan DAPATKAN BUKU INI !




Keceriaan terpancar di wajah kanak-kanak sepanjang aktiviti dijalankan.  Kanak-kanak berpeluang membuat aktiviti kreatif...
15/07/2026

Keceriaan terpancar di wajah kanak-kanak sepanjang aktiviti dijalankan. Kanak-kanak berpeluang membuat aktiviti kreatif dan interaktif!

Eksplorasi Warna : Seni Pasir Berwarna
Anak-anak menghasilkan karya seni menggunakan pasir berwarna dengan penuh teliti, aktiviti dapat meningkatkan koordinasi tangan dan mata serta merangsang daya imaginasi. Hasilnya, setiap karya yang dihasilkan unik dan penuh warna.

Ciptaan Ceria : Kraf tangan kreatif
Melalui pinggan dan cawan kertas , kanak-kanak berjaya menghasilkan kraf yang comel dan kreatif. Aktiviti ini menggalakkan mereka berfikir secara kreatif dan mengasah kemahiran motor halus kanak-kanak.

Misi Eksplorasi : Safari Mini Tersembunyi
Kanak-kanak teruja mencari dan mengenal pasti haiwan pada papan permainan. Aktiviti ini melatih daya pemerhatian , kemahiran menyelesaikan dalam suasana yang menyeronokkan !

Semoga setiap aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaat , pengalaman yang bermakna dan kenangan indah buat adik-adik.

Address

Bagan Serai
34300

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 09:00 - 12:15
14:45 - 17:30
Saturday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:30

Telephone

+60102389505

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Awam Bagan Serai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category