https://www.facebook.com/share/1B8xQJEqkP/
BN Johor Laman Rasmi Barisan Nasional Johor
freelance trainer
https://www.facebook.com/share/1B8xQJEqkP/
BN Johor Laman Rasmi Barisan Nasional Johor
BN Johor Laman Rasmi Barisan Nasional Johor
05/06/2026
Alhamdulilah..
Sambutan luar biasa daripada warga DUN Simpang Jeram terhadap Program Jualan Kasih Johor membuktikan keprihatinan kerajaan sentiasa dihargai rakyat.
Harga lebih rendah, barang keperluan mudah diperolehi dan penjimatan yang dirasai benar-benar membantu masyarakat dalam menghadapi kos sara hidup semasa.
Terima Kasih Kepada semua pengunjung yang hadir. Semoga program selection ini terms dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat Johor.
https://www.facebook.com/share/1DDebxgbc1/
azman7622 on TikTok 6193 Followers, 9466 Following, 46.1k Likes - Watch awesome short videos created by azman7622
Alhamdulilah..
Sambutan luar biasa daripada warga DUN Simpang Jeram terhadap Program Jualan Kasih Johor membuktikan keprihatinan kerajaan sentiasa dihargai rakyat.
Harga lebih rendah, barang keperluan mudah diperolehi dan penjimatan yang dirasai benar-benar membantu masyarakat dalam menghadapi kos sara hidup semasa.
Terima Kasih Kepada semua pengunjung yang hadir. Semoga program selection ini terms dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat Johor.
28/05/2026
Nak Kuburkan BN?
KUALA LUMPUR, 19 Mei – Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Azman Ismail menyifatkan dakwaan kononnya Pakatan Harapan (PH) akan ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) sebagai sekadar retorik politik murahan yang cuba menutup kelemahan sendiri menjelang pilihan raya akan datang.
Menurutnya, kenyataan sedemikian bukan sahaja bersifat provokatif, malah memperlihatkan kegagalan pembangkang untuk menerima hakikat bahawa rakyat Johor masih menilai berdasarkan rekod pentadbiran dan bukannya slogan kosong semata-mata.
“Kenyataan bahawa Pakatan Harapan (PH) akan ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) hanyalah satu retorik politik. Hakikatnya, kekuatan sebenar terletak pada rekod perkhidmatan, perpaduan jentera dan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan yang bekerja dengan ikhlas.
“Oleh itu tidak timbul bahawa UMNO adalah ‘pengkhianat’ dan kali ini UMNO dan BN amat yakin akan dapat memperoleh lebih dari 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Atas keyakinan itu BN membuat keputusan untuk bertanding di semua 56 kerusi.
“BN Johor di bawah kepimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi telah membuktikan kemampuan mentadbir negeri dengan baik, mengekalkan kestabilan politik, memperkukuh ekonomi serta melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat,” katanya kepada UMNO Online.
Tegas Azman, perlu diingatkan bahawa Johor bukannya Kerajaan Perpaduan. Negeri ini ditadbir oleh UMNO dan BN selepas mendapat kemenangan 40 kerusi dari 56 kerusi DUNn pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.
Dalam masa sama beliau turut menghormati setiap pandangan dalam semangat demokrasi yang sihat, namun percaya rakyat Johor tidak mudah terpedaya dengan slogan dan propaganda murahan menjelang pilihan raya.
“Saya menghormati pandangan dan keyakinan pihak lawan, namun saya percaya rakyat Johor adalah pengundi yang bijak dan matang dalam membuat keputusan.
“Untuk pengetahuan semua, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sentiasa bekerja 24 jam dan sentiasa memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah dan membantu rakyat,” tegasnya. – UMNO Online
LAPORAN RINGKAS
Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor Fasa 2 Dun Simpang Jeram & Dun Bentayan Bantuan Tunai One-Off Kepada Ibu Tunggal
Tarikh: 5 Disember 2025 (Jumaat)
Tempat
Dewan Dato’ Mazlan Abu, Tingkat 2, UMNO Bahagian Bakri.
Program ini dianjurkan bagi menyalurkan Bantuan Tunai One-Off kepada golongan ibu tunggal dalam kawasan DUN Simpang Jeram dan DUN Bentayan sebagai usaha meringankan beban hidup dan menyokong kebajikan masyarakat setempat.
Majlis disempurnakan oleh:
Yang Berusaha Mohd Ghazali bin Sabari Ahli Majlis Perbandaran Muar
Merangkap Timb.Ketua UMNO Bahagian Bakri
Program Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor Fasa 2 ini berjaya dilaksanakan bagi memastikan golongan ibu tunggal menerima bantuan tunai secara terus dan berhemah. Usaha ini selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Johor untuk meningkatkan kebajikan rakyat melalui pendekatan mesra masyarakat. Sokongan dan penglibatan pemimpin tempatan turut mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan rakyat, sekaligus membantu memperkukuh kesejahteraan sosial dalam kawasan DUN Simpang Jeram & Dun Bentayan