05/10/2026
๐
ISNIN | 5 OKTOBER 2026
SEMBANG SANTAI KETUA-KETUA CAWANGAN DALAM BAHAGIAN BANGI DAN SUAI KENAL KETUA PEMUDA DAN KETUA WANITA BAHAGIAN BANGI
Alhamdulillah, Wawasan Negara Bahagian Bangi telah mengadakan sesi sembang santai Ketua -Ketua Cawangan Dalam Bahagian Bangi dan suai kenal Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Bahagian. Tuan Bakhtiar bin Mohd Annuar selaku Ketua Bahagian mengetuai sesi sembang santai dan suai kenal ini.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah hal ehwal keahlian, penubuhan Jawatankuasa di peringkat Bahagian dan Sayap Bahagian serta perancangan program bagi memperkukuh gerak kerja dan organisasi Wawasan Bahagian Bangi.
Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada:
๐น Pn Nani binti Marjan- Ketua Wanita
๐น Sdr. Tajul Aslam bin Tajuddin- Ketua Pemuda
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada gerak kerja yang lebih tersusun, semangat kebersamaan yang lebih utuh serta pengukuhan organisasi Wawasan Negara Bahagian Bangi.
Insya-Allah, dengan kesepakatan, keikhlasan dan komitmen semua, kita bersama-sama membina WAWASAN NEGARA BAHAGIAN BANGI yang kukuh, bersatu dan terus melangkah ke hadapan.
*Bersatu dalam Wawasan Berkhidmat Untuk Negara*